Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebagai anak Johor bohonglah kalau tidak teruja dengan pasukan bolasepak Johor Darul Takzim FC (JDT) yang membawa nafas baru kepada bolasepak Malaysia. Setiap perlawanan JDT di Stadium Larkin melempah ruah penyokong menyemarakan lagi bolasepak Malaysia yang suam-suam sejuk sebelum ini.
[box type=”shadow”]Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia
JDT vs Kelantan : 4 – 2
Sime Darby vs Sarawak : 0 – 0
Lions XI vs ATM : 1 – 0[/box]
Final piala FA Malaysia 2013 pertembungan dua pasukan yang paling hangat di Malaysia iaitu JDT vs Kelantan. Kedua-dua pasukan ini hangat bukan sahaja kehebatan pemain-pemain tetapi juga kehebat pemimpinnya Tengku Mahkota Johor dan Datuk Annuar Musa yang berani menentang President FAM Tengku Ahmad Shah.
Aku pun tak faham selama 28 tahun President FAM sekarang memegang jawatan apa agaknya sumbangan kepada kemajuan bolasepak Malaysia. Ranking pasukan bolasepak kebangsaan terpesosok ketangga yang memalukan. Tapi pantang dikritik pasti melenting macam super hero yang telah melahirkan jaguhan bola sepak dunia seperti Messi atau Ronaldo. Apalah nak jadi FAM ni??
JDT berjaya masuk final piala FA 2013 setelah menewaskan Pahang dalam perlawanan panas sehingga mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan baru, Khairy Jamaluddin. Kelantan pula berjaya masuk final setelah menewaskan Trengganu dengan persainagan yang sangat sengit.
Persaingan final JDT vs Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pasti panas bukan sahaja antara pemain tetapi pasti antara penyokong kedua-dua pasukan. Semuga kedua-dua penyokong datang dengan semangat kesukanan yang tinggi supaya tidak berlaku pekara yang tidak baik seperti semi-final JDT vs Pahang.
Keputusan JDT vs Kelantan boleh disaksilan secara live di Astro Arena 801 jam 8.45 pm atau boleh live streaming JDT vs Kelantan di Twitter dengan hashtag #JDTvsKelantan pasti ada beribu update dan pasti akan jadi trending terkini.
Keputusan JDT vs Kelantan : 0 – 1
Menang kalah adat perlawanan yang penting peminat bolasepak Malaysia ingin melihat perlawanan yang berprestasi tinggi dengan gerakan yang menarik ala bolasepak profesional.
Harap rakan-rakan dapat kongsikan keputusan di sini.
Hidup Bolasepak Malaysia!
66 Comments
Akhirnyaaa… johor masuk finaaallll… tapi rasa malam ni macam dah tahu je sape yang menanggg… hmmm
Curahan rasa Amirul Ramli @ ..Mari kita kenal dengan Sang Otak dan prelude Novel Projek Cahaya
Rasanya KJ paling layak jadi presiden FAM , tapi rasanya menteri kabinet takleh jadi prseiden persatuan sukan kan…huhu
Curahan rasa papa mifz @ ..Harga Tiket Malaysia vs Barcelona 2013
Gomo kelate Gomo hahaha
Sebagai seorang peminat/penyokong Kelantan, sudah pastinya Kelantan menjadi pilihan. Saya ramalkan Kelantan menang dgn score Kel (2) VS Johor (1). Insya Allah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala FA – Kelantan (TRW) VS Johor (JDT) Pada 29 Jun 2013
setuju dgn pendapat DH, memang takde perubahan..ranking makin teruk…ada pernah kata ranking tak penting..
Curahan rasa hafiz @ ..Johor Darul Takzim vs Kelantan Final Piala FA 2013
15 tahun JDT menunggu piala..harap berjaya..luaskan kuasamu Johor..
Curahan rasa hafiz @ ..Johor Darul Takzim vs Kelantan Final Piala FA 2013
Kalau bercerita tentang FAM dan rangking Malaysia di peringkat dunia, Masya Allah…sedih dan pilu serta kesal dgn sikap FAM. Hanya pandai denda, lantang dikritik dan tiada sikap profesional.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Doodles Sempena Le Tour De France
Semoga yang terbaik akan bisa menang dalam pertandingan ini
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Melatih Anak Puasa
Kalau di Indonesia sahabatku…ada ke perlawanan ini berlangsung…kalau tidak pun lihat di internet?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala FA – Kelantan (TRW) VS Johor (JDT) Pada 29 Jun 2013
Payah nak ulas isu ni…hehe
tp apa yg diperhatikan, hendak atau tidak, jika tiada perubahan besar kepada FAM, ambe yakin, 5 tahun lagi malah 10 tahun sekalipun….sukan bola sepak Malaysia takkan ke mana…maknanya sama jer….
harapnya akan ada perubahan demi sukan bola sepak Malaysia…
malam ni, ambe pilih Kelantan utk menang =)
Semoga setiausaha baru nanti boleh melakukan sesuatu, jika mahu bolasepak kita terus maju…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cendol Banting Vs Cendol Pulut Tapai Wakaf Mek Zainab.
Gomo Klate Gomo 🙂
FAM tak boleh pakai
Entri terbaru Shahrul – http://wp.me/p1A5aL-141
Yes…Gomo Klate Gomo…pasukan yang mengekalkan juara piala FA, jika menang malam ini?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala FA – Kelantan (TRW) VS Johor (JDT) Pada 29 Jun 2013
Dua-dua aku minat keduanya aku sokong tetapi aku memilih JDT menang malam ini.
Curahan rasa hatiputera @ ..JDT Lawan Kelantan Siapa Menang Final Piala FA 2013
Pengurusan FAM makin mengarut..dia je la yang betul..orang lain selalu je salah..no wonder sukan bola sepak tak maju-maju..sokong DH..hoho.
Sangat setu dengan pendapat bro…Selagi Presiden tak letak jawatan…selagi itulah bolasepak Malaysia (Harimau Malaya) tak akan pergi lebih jauh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala FA – Kelantan (TRW) VS Johor (JDT) Pada 29 Jun 2013
Ha ha ha….DH pula dah cari pasal dengan FAM…nanti kena GANTUNG…ya saya setuju dengan pendapat DH…ya tentu penaja banyak yang melabur duit kepada FAM kerana orang kuat FAM sendiri mempunyai pengaruh yang sangat besar…lagipun gaji mereka pun tak KALAH.
Lahir di Besut, menetap di Johor. Moga performance TRW cemerlang mlm ni 🙂
Dua2 terbaik,sama2 kita tunggu,yang penting tiada kekecohan malam ni.
Jangan merencatkan suasan final FA dgn perkara2 yang tidak diingini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala FA – Kelantan (TRW) VS Johor (JDT) Pada 29 Jun 2013
Tuan DH penyokong JDT ya? moga bisa menang JDT.
Dunia sepakbola Malaysia dan Indonesia sekarang ini sama-sama sedang terpuruk.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib vs Persisam ISL 2013
Comments are closed.