Arsenal vs Aston Villa BPL 2012/13 Weeks #27

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebagai Arsenal Fan memang kecewa melihat pasukan kesayangan tewas kepada Bayern Munich 1 – 3 dengan permainan yang membosankan dan jaringan gol yang tidak sepatutnya berlaku. Bermain di padang sendiri untuk pusingan pertama kalah mati Champions League 2012/13 dah kena tiga gol secara logiknya memang susah nak bangkit semula apabila bermain di tempat lawan untuk pusingan ke dua. Bola bulat berbagai keajaiban boleh berlaku manalah tahu pemain Arsenal boleh melakukan keajaiban dengan mencetak lebih tiga gol di tempat lawan tetapi jangan mengharap tinggi sangat.

Arsenal vs Aston Villa

Matlamat paling penting Arsenal sekarang adalah untuk mengakhiri BPL 2012/13 di tempat 3/4 untuk layak ke Champions League 2013/14. Sangat penting bukan sekadar untuk mengekalkan rekod selama 15 tahun berturut-turut layak Champions League tetapi lebih penting untuk mendapat budget Euro40juta.

Arsenal vs Aston Villa

Bukan mudah membina pasukan yang kuat seperti MU yang konsisten walaupun bukan semua permainnya adalag superstar dunia. Barcelona pasukan terbaik dunia mempunyai pemain yang bermain sejak di akademi lagi. Arsenal mempunyai pemain-pemain yang baik sebagai gantian superstar yang telah berhijrah kepasukan lain. Pemain yang baik tidak menjanjikan kejayaan sekelip mata tetapi masa akan membuktikan Arsenal antara pasukan terbaik Europe. Aku yakin musim 2013/14 Arsenal dengan pemain yang ada sekarang akan menjadi antara pasukan yang digeruni lawan.

Arsenal vs Aston Villa

Perjuangan akan diteruskan dan kali ini akan menentang Aston Villa di Stadium Emirates. Aston Villa pasukan papan bawah yang sedang mencari kemenangan untuk keluar dari kelumpok relegasi. Perlawanan Arsenal vs Aston Villa pasti sangat menarik kerana kedua-dua pasukan sedang mencari kemenangan. Pasukan yang banyak buat silap pasti akan kalah dengan harapan Everton dan Tottenham tewas.

Keputusan Arsenal vs Aston Villa : 2 – 1

Live Arsenal vs Aston Villa @ Astro Supersport 831 tarikh 23/2/13 jam 11.00 pm waktu Malaysia.

Live Streaming Arsenal vs Aston Villa @ Goal.com

KEPUTUSAN BPL 2012/13 Week #27

Liverpool vs Swansea : 5 – 0

Fulham vs Stoke : 1 – 0

Norwich vs Everton : 2 – 1

West Brom vs Sunderland : 2 – 1

QPR vs Manchester United : 0 – 2

Reading vs Wigan : 0 – 3

Manchester City vs Chelsea : 2 – 0

Newcastle vs Southampton : 4 – 0

West Ham vs Tottenham : 2 – 3


Spread the love

67 Comments

            1. Sejauh ini, hingga pertandingan ke-27, dengan pemain-pemain ‘baru’ itu, Arsenal sudah mencetak 52 gol di liga. Hanya Manchester United dan Chelsea yang memiliki produktivitas lebih baik dari Arsenal. Kini, tinggal bagaimana memaksimalkan ketajaman itu untuk mewujudkan target yang telah mereka tetapkan.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..MADRE – Cinta Membuat Kita Tetap HidupMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!