Keputusan Arsenal lawan Manchester United mengembirakan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tak sia-sia buat entri “Peminat kecewa Arsenal bermula perlahan” kerana luahan hati peminat Arsenal didengar oleh pemain-pemain Arsenal. Ketika prestasi Arsenal diragui oleh peminat sehingga tidak memberi harapan yang tinggi ketika turun padang menentang MU yang sedang memuncak prestasi. Bola sepak memang bulat berbagai kemungkinan boleh berlaku terutama dalam Barclays Premier League sebuah liga bole sepak yang penuh dengan kejutan.

van persie celebration vs arsenal

Arsenal berjaya menewaskan Manchester United dengan dua jaringan awal minit ke enam dan ke tujuh oleh Alexis Sanches dam Mesut Ozil yang melenyapkan keangkuhan MU. Aku masih teringat cara angkuh Van Persie meraikan jaringan ketika menewaskan Arsenal musim lepas sangat mengores hati peminat. Kali ini bayang Van Persie sudah tiada dalam barisan pemain Manchester United dihumban entah kemana. Pengajaran jangan jadi sombong terutama dengan kelab yang pernah menaikan nama sebagai super star dunia.

alexis sanchez score

Jaringan ke tiga oleh Alexis Sanches membuatkan peminat MU tutup TV pergi minum kopi. Selepas 90 minit pemainan Arsenal mengembirakan peminat dengan menewaskan MU dengan tiga jaringan berbalas kosong. Mungkin betul seperti salah satu komen di entri yang lepas Arsenal akan pulih dan jadi juara BPL 2015/16 memang tidak mustahil ketika Chelsea yang sombong sedang jatuh terceruk di bawah liga.

Terima kasih kepada Alexis Sanches yang sudah kembali kepada prestasi sebenar dengan menjaring gol demi gol dalam tiga perlawan terakhir. Tidak kurang juga prestasi Ozil dengan gerakan-gerakan unik tidak terjangkau fikiran pihak lawan. Kalau begini prestasi baik yang ditunjukan oleh semua tidak mustahil Arsenal akan melakukan keajaiban musim ini.

Untuk melihat keputusan keseluruhan BPL 2015/16 minggu ke lapan sila klik “Keputusan BPL 2015/16“. Arsenal I know you can do it!


Spread the love

72 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!