Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat satu kisah yang berlaku pada diri sendiri pada tahun 2007. Satu hari aku ke Bank CIMB Cawangan Balakong (tak pasti masa tu bank tu dah guna nama CIMB ke belum) tujuan mengeluarkan sejumlah wang untuk keperluan bisnis. Rancangan awal nak bawa teman tapi kawan-kawan sibuk jadi pergilah sendiri.
Bank tersebut terletak di tepi jalan utama jadi agak susah nak dapat parking depan pintu bank. Setelah tawaf dua tiga kali akhirnya dapat parkir di depan sebuah kedai yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari bank. Memang tak ada rasa apa-apa pun melangkah terus masuk bank yang bukan kali pertama dah selalu sehingga kerani bank pun dah kenal.
Seperti biasa nak keluar duit kena isi borang. Tapi pelik pulak kali ini pak cik guard asyik menyibuk tepi aku nak mengajar aku isi borang. Tak de lah aku nak marah tapi selindung jugalah jumlah yang aku nak tulis sebab boleh tahan banyak juga. Selepas isi borang seperti biasa tunggu giliran.
Sampai giliran, aku ke kaunter dilayan kerani perempuan. Proses agak lama borang pengeluaran aku di bawa masuk ke dalam katanya untuk tanda tangan pegawai. Aku pernah keluarkan wang lebih banyak dari ini tetapi tidak lah selama ini. Sabar menanti selepas lebih 10 minit baru dapat duit yang diletakan dalam sampul surat putih besar.
Dengan gaya bersahaja aku pun keluar dari bank tersebut sambil mengepit sampul surat berisi wang di ketiak tapi sempat juga toleh kanan kiri sebelum keluar. Sedang aku melangkah di kaki lima kedai menuju ke kereta tiba-tiba sebuah kereta toyota camry baru berhenti secara mengejut di hadapan aku. Dengan pantas keluar dua lelaki India dan seorang lelaki Indonesia terus menerpa aku dengan dua bilah parang panjang dihunus ke perut aku dan seorang lagi menarik kuat sampul surat yang berisi wang.
Dalam beberapa saat aku sempat berfikir nyawa lebih penting dari duit jadi tidak melawan dan membiarkan perompak tersebut mengambil wang tersebut. Penyamun tersebut bergegas masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh seorang India dan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengambil nombor plat kereta.
Bigung jugalah sehingga tak terfikir nak buat laporan polis. Yang terfikir mungkin kejadian ini salah satu cara ALLAH nak ambil duit aku kerana tak cukup bayar zakat atau mungkin cara ALLAH nak bersihkan harta yang ada.
Sebenarnya bukan aku je sorang yang kena pernah terbaca emak Redmummy pun pernah ditimpa nasib yang sama. Pelik macam mana perompak boleh tuju tepat pada aku yang sedang bawa duit banyak. Adakah ada spy dia dalam bank yang memerhati gerak geri aku teknik seperti dalam entri INI atau adakah pak cik guard punya angkara atau pegawai bank yang segaja melewat-lewatkan urusan pengeluaran duit yang bersubahat.
Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tahu dan kepada yang terlibat ada ganjaran untuk mereka di dunia dan akhirat.
95 Comments
tambahan info sket..boleh baca kat blog saya k…
Curahan rasa weschairs @ ..Jika diPAKSA keluar duit di mesin ATM
jangan pernah ke Bank Sendiri harus bertiga atau berempat paling sedikit
Curahan rasa munir ardi @ ..Shena Malsiana harus pulang pada Gala Live Show X-Factor Indonesia tanggal 26 April 2013
Aksi yang dirakam ketika keganasan dicetuskan oleh penyokong BN ——->>>>>>>>ohpilihanrayaku
situasi begini memang menakutkan.
Walau apapun sentiasalah berdoa semoga kita tidak ditimpa musibah
Curahan rasa yangbaik @ ..Jom Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya
Prihatin dengan situasi sekarang ini. kejahatan dimana-mana dan bisa menimpa siapa saja.
Curahan rasa hybrid car @ ..Inter-Jurisdictional Car insurance Problems in PA!
agaknya pak cik guard tu yg bagi maklumat kpd perompak2 tu kot.
Curahan rasa khairil @ ..8 Gambar Pemandangan Bangunan Di Hong Kong Yang Memeningkan Kepala
ekceli, sy dah baca entri blog Redmummy tu.. bukan mak RM, tp mak guest writer nya 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cara memasukkan kod Google Analytic dalam setting blog WordPress
sy pun agak fobia bila nk keluar dr bank lepas cash out duit.. bukan byk mana pun duit tp takut2 diintip dan diserang. nauzubillah
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..[Gambar] Majlis Aqiqah & Cukur Redza Syah Irfhan
simpati dgn nasib admin DH…
tak apalah, kalau redha, Allah ganti balik dgn lebih banyak 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Ah, merajuklah !
banyak yang melirik dan mengintip apabila kita keluar dari bank. ini harus extra hati-hati
Memang harus hati-hati keluar dari ini baik di ATM maupun di lainnya..
kena lebih berhati-hatilah lepas ni.
Curahan rasa titan @ ..Kontes Panduan Blogger – HasrulHassan.com
perghh bahaya nie, aritu ak bwk beberapa k dalam tngn risau gak kiri kanan pandng smbil jalan…
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..CPUV Keempat 2013 dari Nuffnang
saya pun takut kalau nak bawa duit cash banyak2… selalu bila berurus niaga saya akan cuba yakinkan clien untuk buat bank check. Kalau nilai kecik2 terpaksa juga lah buat cash withdraw.
Curahan rasa staibaqhang @ ..street photography with fuji X-E1
betul tu..rasa macam byk mata sedang tgk…hohoo
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #36 Ini Kalilah…
terer tol puncuri tu.. hahahah.. ntah2 dia dah wusyha lama da kot…
Curahan rasa BukhariMalek @ ..Dragon Force Melancong ke Hongkong
Comments are closed.