Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat satu kisah yang berlaku pada diri sendiri pada tahun 2007. Satu hari aku ke Bank CIMB Cawangan Balakong (tak pasti masa tu bank tu dah guna nama CIMB ke belum) tujuan mengeluarkan sejumlah wang untuk keperluan bisnis. Rancangan awal nak bawa teman tapi kawan-kawan sibuk jadi pergilah sendiri.
Bank tersebut terletak di tepi jalan utama jadi agak susah nak dapat parking depan pintu bank. Setelah tawaf dua tiga kali akhirnya dapat parkir di depan sebuah kedai yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari bank. Memang tak ada rasa apa-apa pun melangkah terus masuk bank yang bukan kali pertama dah selalu sehingga kerani bank pun dah kenal.
Seperti biasa nak keluar duit kena isi borang. Tapi pelik pulak kali ini pak cik guard asyik menyibuk tepi aku nak mengajar aku isi borang. Tak de lah aku nak marah tapi selindung jugalah jumlah yang aku nak tulis sebab boleh tahan banyak juga. Selepas isi borang seperti biasa tunggu giliran.
Sampai giliran, aku ke kaunter dilayan kerani perempuan. Proses agak lama borang pengeluaran aku di bawa masuk ke dalam katanya untuk tanda tangan pegawai. Aku pernah keluarkan wang lebih banyak dari ini tetapi tidak lah selama ini. Sabar menanti selepas lebih 10 minit baru dapat duit yang diletakan dalam sampul surat putih besar.
Dengan gaya bersahaja aku pun keluar dari bank tersebut sambil mengepit sampul surat berisi wang di ketiak tapi sempat juga toleh kanan kiri sebelum keluar. Sedang aku melangkah di kaki lima kedai menuju ke kereta tiba-tiba sebuah kereta toyota camry baru berhenti secara mengejut di hadapan aku. Dengan pantas keluar dua lelaki India dan seorang lelaki Indonesia terus menerpa aku dengan dua bilah parang panjang dihunus ke perut aku dan seorang lagi menarik kuat sampul surat yang berisi wang.
Dalam beberapa saat aku sempat berfikir nyawa lebih penting dari duit jadi tidak melawan dan membiarkan perompak tersebut mengambil wang tersebut. Penyamun tersebut bergegas masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh seorang India dan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengambil nombor plat kereta.
Bigung jugalah sehingga tak terfikir nak buat laporan polis. Yang terfikir mungkin kejadian ini salah satu cara ALLAH nak ambil duit aku kerana tak cukup bayar zakat atau mungkin cara ALLAH nak bersihkan harta yang ada.
Sebenarnya bukan aku je sorang yang kena pernah terbaca emak Redmummy pun pernah ditimpa nasib yang sama. Pelik macam mana perompak boleh tuju tepat pada aku yang sedang bawa duit banyak. Adakah ada spy dia dalam bank yang memerhati gerak geri aku teknik seperti dalam entri INI atau adakah pak cik guard punya angkara atau pegawai bank yang segaja melewat-lewatkan urusan pengeluaran duit yang bersubahat.
Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tahu dan kepada yang terlibat ada ganjaran untuk mereka di dunia dan akhirat.
95 Comments
bijak pencuri itu ya..
Curahan rasa titan @ ..Bangkitkan sifat genius anda melalui Jomniaga.
musti lebih hati-hati nak keluar dari bank bawa uang
Curahan rasa obat jantung koroner @ ..Pengetahuan Tentang Demam Berdarah (DB)
nice share, We do have to be careful, especially when a bank takes out some money
Curahan rasa adi xamt @ ..Pengetahuan Tentang Demam Berdarah (DB)
nih kejadian yang sangat tidak diharapkan terjadi….tapi musibah telah menimpa. ini pembelajaran untuk kita agar lebih waspada dan berhati-hati.
hmm,pasti ada hikmah dibaliknya
Curahan rasa kostjogja @ ..Kost Putra Ditengah Kota Yogyakarta
mungkin perompak tersebut sudah aim tuan…
ataupun staff di dalam bank itu berpakat dengan perompak….
tidak mustahil itu terjadi….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Selamat Datang Ke WordPress
itulah yg menjadi tanda tanya…sapa lah dalangnya..
Curahan rasa hafiz @ ..Samsung Galaxy Tab2 berjaya dimiliki
itu lah… seperti rompakan yang terancang aje.. kan?
Curahan rasa KiD @ ..Aksi Blogger Shakiddo dengan Ular dalam FEAR FACTOR
adusss,seriau mendengarkan kisah kena rompak ni…mintak Allah lindungilah dari terjadi..bg yg mmg duit byk ok la,baginya nyawa lg penting tapi bg yg mmg itu je yg ada dan mmg duit tu penting sangat2,adussss menangis x berlagu…huhu..
Perompak dah tau ada duit dalam sampul , memang pelik tu .. sabar je la .. kalau dah libatkan pisau memang kena fikir nyawa dulu.
Curahan rasa puanbee @ ..Resepi Ayam Masak Keling
lepas ni memang kena pasang bodyguard..
Curahan rasa KiD @ ..Aksi Blogger Shakiddo dengan Ular dalam FEAR FACTOR
mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni..tapi agak pelik kalau perompak tu dah tahu siapa yang keluarkan duit banyak..hurmm..
tu lah kekadang kita pulak jadi fobia nak ke bank…kalau tengok berita2 mcm ni
Curahan rasa KY @ ..Resepi Kek Cawan Berperisa
tu le… rasa cam ada spy je kat dalam bank tu..
cam pelik baru keluar boleh kena kan… cam dah tau je keluar byk duit
Curahan rasa zool @ ..Situasi di tempat awam
Huhuhu.. Bahayanya juga eh. Memang susah nak percaya dengan orang sekarang ni…
Curahan rasa Amirul Aslam @ ..Senarai Penuh Calon PRU 2013
Nasib baik bro tak diapa-apakan,kadang-kadang seram sejuk juga bila terpaksa keluarkan wang dalam jumlah yang besar
Curahan rasa wazy @ ..10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Allah lebih mengetahui..pasti ada hikmat di sebaliknya kan..:-)
Curahan rasa JMR @ ..Harga emas terkini, masa terbaik untuk membeli.
Comments are closed.