Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjejaki ke Istanbul yang dahulu dikenali sebagai Constantinople adalah suatu rahmat dari ALLAH. Sebuah bandar yang pernah menjadi pusat pemerintahan kepada Kerajaan Roman, Kerajaan Byzantium dan Kerajaan Ottoman pernah disebut dalam hadis Nabi sehingga berlumba-lumba para sahabat menuju ke Istanbul antaranya kisah Abu Ayub Ansari. Singgah solat di Masjid Abu Ayub Ansari terasa bergetar jiwa terasa jauh sangat pengorbanan aku berbanding para sahabat yang sanggup berbuat apa demi Syurga.
Istanbul sebuah bandar moden yang sangat bersih dan teratur menjadi tarikan pelancung daripada berbagai negara. Antara tempat menarik di Istanbul yang kami jejaki adalah Istana Topkapi melihat berbagai peninggalan para Nabi dan Rasul sehingga ke tongkat Nabi Musa. Kalau nak cepat masuk Topkapi kena beli tiket ekspress kalau tidak kena berbaris panjang begitu juga untuk Hagia Sophia. Menatap kesenian Hagia Sophia memang terpegun yang pernah bertukar dari masjid ke gereja kemudian ke masjid dan semasa lawatan kami ianya sebuah muzium.
Sebulan selepas ziarah kami, Hagia Sophia dijadikan semula sebagai Masjid oleh Perdana Menteri Erdogan. Selain dapat bersembahyang di Masjid Abu Ayob Ansari kami juga singga solat di Masjid Sultan Ahmad atau juga di panggil sebagai Masjid Biru dan Masjid Suleymaniye. Ketika solat di Masjid Abu Ayun Ansari kami sempat singgah ziarah makan Ahmad Ammar Ahmad Azam. Dapat juga melihat dari jauh kapal Mavi Marmara berlabuh di teluk Marmara yang pernah mengemparkan dunia apabila belayar ke Israel menghantar bantuan dan diserang oleh tentera yahudi.
Pelancung yang datang ke Istanbul pasti tidak lupa menjejaki Grand Bazar dan Sipcy Bazar yang menjual berbagai barang dan hadiah untuk dibawa balik. Antara dua bazar ini aku lebih suka ke Spicy bazar yang memang klasik dengan berbagai barang dengan susun atur yang santai. Harga di spicy bazar lagi murah berbanding grand bazar. Kami tidak singgah di Cappadocia kerana misi kembara kami berbeza.
Entri ini yang sudah tertangguh bertahun adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“, “Konya kota bermula tarian sufi Turki“, “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“ dan “Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki“. Kembara kami bermula dari Istanbul ke Gaziantep terus ke Urfa, Adana, Tarsus, Konya, Alanya, Bursa dan berakhir di Istanbul. Kembara rohani yang telah membuka lembara baru dalam kehidupan apabila diperkenalkan dengan sebuah perjuang menegakkan agama ALLAH tanpa publisiti mengunung.
127 Comments
ada masa, memang teringin jugak nak pi istanbul ni.
kena tunggu budak kecil tu jadi besaq sikit.
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 54 dari Ashadee.com
Boleh pergi nanti. Memang menarik istanbul ni. Siapa-siapa ada kelapangan bleh pergi melawat istanbul.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
bestnya kalau dapat ke sana. kena kumpul duit banyak-banyak dulu la nampaknya.
Curahan rasa Siti Badariah Baharin @ ..Daftar Perniagaan di SSM
Betul tu. Kumpul-kumpul duit dulu. Lepas tu perrgi istanbul. Best nampak kat sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
semoga sejarah islam di turki akan terus terpelihara. banyak bahan sejarah kat sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Tumpang gembira sebab tuan DH dapat jejakkan kaki ke negara yang penuh bersejarah.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Alternatif Stroke
Sangat bertuah dapat menjejakkan kaki ke negara luar…orang kata jauh perjalanan luas pandangan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tip Hadapi Pelanggan Mulut Celupar
lebih lebih lagi pergi ke tempat yang banyak sejarah islam. bertuah DH di beri peluang itu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Yea. tumpang gembira. dari blog DH dapat tahu banyak cerita tantang istanbul. Terima kasih DH atas perkongsian ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
istanbul tempat yang saya teringin sangat untuk ziarah, semoga allah sampaikan saya ke sana.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Mitos dan Fakta Tentang Jagung Yang Anda Harus Ketahui
Kan.. cecentik aaa permandangan kat Istanbul. ini baru bro DH sharekan sikit jerk nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kenali Tanda Serangan Awal Stroke
Istabul memang cantik dan menarik..hasil gabungan tamadun barat dengan timur..malah ada kisah sejarah yang cukup agung untuk diketahui
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tip Hadapi Pelanggan Mulut Celupar
Setiap tinggalan ada cerita yang menarik di sebaliknya. Sememangnya tenpat yang penuh dengan sejarah.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Alternatif Stroke
Saya hanya mampu pergi ‘travel’ di Thailand(Danok) sahaja. Hehehe.
Curahan rasa Asyraf @ ..Juvana 2, Bolehlah
Sesama tingkatkan usaha untuk memastikan kita pun mampu untuk ke Istanbul.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Alternatif Stroke
Nanti kumpul duit lebih sikit pergi istanbul pula. Banyak kesan sejarah boleh lihat kat sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
Alhamdulillah, bukan semua yang mampu pergi ke sana, bersyukur kepada mampu.. Banyak dengar cerita menarik di Istanbul, teringin juga nak pergi.
Curahan rasa Asyraf @ ..Juvana 2, Bolehlah
Kalau pandai urus sendiri sebenarnya kos ke Istanbul bukanlah mahal sangat cuma ramai yg terlalu bergantung kepada Travel Agen.
Curahan rasa Denaihati @ ..Aceh jejak tsunami dan bisnis persahabatan
istanbul merupakan sebuah negara islam yang banyak sejarah islam. makam nabi pun banyak di sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga Tambang KTM Komuter Disember 2015
Betul tu. Banyak sejarah Islam di sana tempat yang bersih.
Curahan rasa Asyraf @ ..Juvana 2, Bolehlah
Memang dah lama dah simpan hasrat nak ke Istanbul nih. memang menarik sgt tempatnya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Alternatif Stroke
Turki memang mempunyai tempat yang amat menarik…ada rezeki lebih memang nak melawat juga nanti
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Blogger Mengurangkan Emosi Stress
Kena lipat gandakan usaha… supaya dapat pergi ke Turki satu hari nanti…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
Iyup, itu dah sebetulnya, poket kena penuh dulu baru lah syok nak g negara orang.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Alternatif Stroke
Andai ada rezeki salahg satu tempat yang nak juga saya pergi. Tengok review dari blog memang terserlah kecantikannya
Curahan rasa lekatlekit @ ..CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2)
Ini baru perkongsian dari DH nih, belim lagi kita g sendiri nih, mau tak nak balik nanti nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Alternatif Stroke
Teringin sangat nak ke Hagia Sophia dan muzium industrialist Turky.
Moga kita semua dilimpahkn rezeki ke sana juga.
Curahan rasa Suri @ ..Doa Untuk Mendapatkan Anak Yang Soleh & Solehah
Wah.. mampaknya dah ada aim nak pergi ke mana sekiranya menjejakkan kaki ke turki… semoga impian menjadi kenyataan..
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
teringin nak ke Istanbul entah bila la boleh pergi. eyra suka belajar tentang culture org bila travel
Samalah kita… bumi Allah ni terlalu luas… setiap tempat ada budaya dan corak kehidupan yang tersendiri… kata orang jauh berjalan, luas pemandangan…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
semakin jauh kita pergi, semakin banyak yang kita akan belajar, sebab itu kita di galakkan untuk pergi jauhh dan jauhhh lagi…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Rawatan Alternatif Stroke
Syukur Alhamdulillah. . Perkongsian yang menarik. . Satu hari nanti, kalau ada rezeki, saya juga ingin menjejakkan kaki ke sana. .
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
Alhamdulillah ..diberi kesempatan oleh Allah untuk tuan berkunjung ke istanbul …:)
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Blog reviews : Amysyeera.
Semoga satu hari nanti kita juga mendapat kesempatan yang sama…
Curahan rasa anuar @ ..Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
Comments are closed.