Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi setahun yang lepas Denaihati bersama Rakan Kembara telah mengembara musafir di lima buah negara Europe selama tiga belas hari. Kepada yang belum baca kembara kami sila klik SINI. Tahun ini kami sekali lagi kami akan mengembara ke Selatan Dunia, New Zealand, negara yang menjadi idaman sekian lama. Denaihati, Mohd Yusri, Hj Khanafi dan rakan baru Hj Zainal bersama keluarga akan mengembara memandu selama sepuluh hari melihat dan menyaksikan keindahan dunia ciptaan ALLAH SWT dalam cuaca yang semakin sejuk.
Insuran pengembaran musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim. Kami juga akan ditemani dengan gadget seperti Samsung Galaxy Camera hadiah dari Al Ansar Properties dan berbagai gadget kepunyaan sendiri seperti iPhone 5, Nikon Digital Camera D3200, Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy Note 2 dan iPad Mini. Juga tak lupa bekalan Minda Aktif dari mandaaktif.com dan Habbatus Sauda dari Saudacare.com. Kepada Travel Agen yang sudi nak menaja sila DM FB Denaihati.
Pengembaraan musafir kami bermula dari rumah seawal jam 4.30 am pada 24/5/2013 bergerak ke KLIA untuk check in dan akan terbang pada jam 8.45 am menaiki Malaysia Airlines (MAS). Semuga ALLAH SWT mempermudahkan perjalanan pergi dan balik kami dan semuga kembara ini menjadi asbab meningkatnya iman dan taqwa kami dalam menempuh kehidupan akhir zaman yang semakin mencabar. Insya Allah kami akan berkongsi pengalaman melalui entri blog, Facebook, Twitter dan Instagram jadi kepada yang belum follow jom follow.
Alhamdulillah setelah terbang lebih sembilan jam akhirnya pesawar MAS mendarat di Auckland International Airport tepat jam 10.25 pm waktu tempatan, empat jam lebih awal dari waktu Malaysia. Syukur bertahun-tahun menyimpan niat untuk mengembara di New Zealand akhirnya tercapai bukan sendiri tapi bersama keluarga. Sedih juga terpaksa meninggalkan anak ketiga abang Haziq di Madrasah An Nuur tetapi tuntutan pelajaran lebih penting.
Melalui pemeriksaan bagasi yang sangat ketat almaklum New Zealand tak benarkan pelancung bawa masuk buah-buahan segar, daging, tenusu, madu dan kulit binatang. Alhamdulillah semua lancar setakat biskut dan mee segera bekalan kami tak ada masalah. Di luar Kami disambuat oleh abang Gulam dan tuan punya Mesra Homestay, abang Aziz.
Cuaca Auckland boleh tahan sejuk cecah 11 darjah celcious dan kabarnya akan cecah 2 darjah celcious di Selatan New Zealand. Kami bergerak ke Mesra Homestay kepunyaan Abang Aziz lebih kurang 20 minit dari Airport.
Kepada Rakan Blogger yg nak mengembara di Auckland bolehlah contact Abang Aziz dan Isteri yang menguruskan Mesra Homestay. Nak tahu detail boleh lawat http://mesrahomestay.co.nz atau boleh email [email protected]. Kepada yang stay hotel tapi nak makanan halal Auckland boleh juga contact abang Aziz 0064-21-031-3698
Masa untuk berehat kerana esok pagi-pagi nak pergi ambil van sewa untuk suatu perjalanan yang jauh memandu sendiri ke Rotorua antara lokasi pelancongan menarik di New Zealand dengan perkampungan Hobbit dan sebagainya.
45 Comments
Bagus juga sewa homestay kalau pergi bekumpulan. New Zealand pemandangannya sgt indah tp saya ta pernah pergi lah lagi.
Curahan rasa Aina @ ..Bukan Sekadar Alas Kaki
Kemanapun PErgi semoga selalu berada dalam Lindungan Nya
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara Cepat Mendapatkan Tiket Pesawat Murah dan Promo
seronoknya dapat gi trip macam ni..bila nak merasa
Curahan rasa kak baery @ ..KEMEJA LABUH FABRIK KAPAS – VERSI 44
alhamdulillah tahniah rezeki murah buat keluarga tn Hj Ilham dan rakan2 yg lain kerana dapat mengunjungi NZ ..moga dpt meningkatkan lg keimanan dan ketakwaan kpd Allah Taala. sha teka Australia rupa rupanya NZ hehe
Curahan rasa sha @ ..Tuntutlah ilmu sampai negeri China
baru berkesempatan nak baca kisah pengembaraan ni setelah 3 paper exam berjalan. alhamdulillah.
moga selalu dilindungiNya!
Curahan rasa Zida @ ..Ringan Di Mulut, Berat Di Timbangan
negara ragbi tu huhu. Alhamdulillah kalau ada rezeki nak bawak keluarga ke sana..
Curahan rasa Bidadari @ ..Telatah : Disebalik Mimpi
seronoknya..insyaAllah suatu masa saya akan ke sana bersama famili. Buat pakej ke sana pun Ok juga..
Curahan rasa Hj Iqbal Safwan @ ..Kouta Umrah Semakin Berkurangan dan Terhad
Seronoknya dapat melihat dunia ciptaan Allah..seronok juga dapat menimba pengalaman di negara orang..hehe..semoga perjalanan tuan DH dipermudahkan salam setiap perkara..aminnn
Curahan rasa Hafizul @ ..Kenapa Harus Sedih Bila Miskin
Sebuah perjalanan yang menyenangkan tentunya ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Fitness Bagi Kesehatan
Cerita pengalaman kembara sudah mulai dikupas pada entri terbaru
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Cara Menjaga Kesehatan
Akan mendapatkan banyak pengalaman dan ilmu baru dalam setiap manjalankan kembara apalagi bila kembara ke negeri orang
Curahan rasa safiyhati @ ..Manfaat Beras Merah Bagi Kesehatan
moga selamat pergi dan pulang dengan seribu kenangan yang boleh dikongsi bersama
Curahan rasa Kujie @ ..Meraikan Tetamu Sebelum Bercuti
Jauh berjalan luas pemandangan
Curahan rasa Hafiz @ ..Keburukan Menangguhkan Tugasan
Comments are closed.