Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi setahun yang lepas Denaihati bersama Rakan Kembara telah mengembara musafir di lima buah negara Europe selama tiga belas hari. Kepada yang belum baca kembara kami sila klik SINI. Tahun ini kami sekali lagi kami akan mengembara ke Selatan Dunia, New Zealand, negara yang menjadi idaman sekian lama. Denaihati, Mohd Yusri, Hj Khanafi dan rakan baru Hj Zainal bersama keluarga akan mengembara memandu selama sepuluh hari melihat dan menyaksikan keindahan dunia ciptaan ALLAH SWT dalam cuaca yang semakin sejuk.
Insuran pengembaran musafir New Zealand kami di taja oleh CS Holidays Sdn Bhd sebuah syarikat pelancungan yang menyediakan berbagai perkhidmatan seperti tempahan umrah, pembelian tiket pesawat, tempahan hotel dan pelancungan muslim. Kami juga akan ditemani dengan gadget seperti Samsung Galaxy Camera hadiah dari Al Ansar Properties dan berbagai gadget kepunyaan sendiri seperti iPhone 5, Nikon Digital Camera D3200, Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy Note 2 dan iPad Mini. Juga tak lupa bekalan Minda Aktif dari mandaaktif.com dan Habbatus Sauda dari Saudacare.com. Kepada Travel Agen yang sudi nak menaja sila DM FB Denaihati.
Pengembaraan musafir kami bermula dari rumah seawal jam 4.30 am pada 24/5/2013 bergerak ke KLIA untuk check in dan akan terbang pada jam 8.45 am menaiki Malaysia Airlines (MAS). Semuga ALLAH SWT mempermudahkan perjalanan pergi dan balik kami dan semuga kembara ini menjadi asbab meningkatnya iman dan taqwa kami dalam menempuh kehidupan akhir zaman yang semakin mencabar. Insya Allah kami akan berkongsi pengalaman melalui entri blog, Facebook, Twitter dan Instagram jadi kepada yang belum follow jom follow.
Alhamdulillah setelah terbang lebih sembilan jam akhirnya pesawar MAS mendarat di Auckland International Airport tepat jam 10.25 pm waktu tempatan, empat jam lebih awal dari waktu Malaysia. Syukur bertahun-tahun menyimpan niat untuk mengembara di New Zealand akhirnya tercapai bukan sendiri tapi bersama keluarga. Sedih juga terpaksa meninggalkan anak ketiga abang Haziq di Madrasah An Nuur tetapi tuntutan pelajaran lebih penting.
Melalui pemeriksaan bagasi yang sangat ketat almaklum New Zealand tak benarkan pelancung bawa masuk buah-buahan segar, daging, tenusu, madu dan kulit binatang. Alhamdulillah semua lancar setakat biskut dan mee segera bekalan kami tak ada masalah. Di luar Kami disambuat oleh abang Gulam dan tuan punya Mesra Homestay, abang Aziz.
Cuaca Auckland boleh tahan sejuk cecah 11 darjah celcious dan kabarnya akan cecah 2 darjah celcious di Selatan New Zealand. Kami bergerak ke Mesra Homestay kepunyaan Abang Aziz lebih kurang 20 minit dari Airport.
Kepada Rakan Blogger yg nak mengembara di Auckland bolehlah contact Abang Aziz dan Isteri yang menguruskan Mesra Homestay. Nak tahu detail boleh lawat http://mesrahomestay.co.nz atau boleh email [email protected]. Kepada yang stay hotel tapi nak makanan halal Auckland boleh juga contact abang Aziz 0064-21-031-3698
Masa untuk berehat kerana esok pagi-pagi nak pergi ambil van sewa untuk suatu perjalanan yang jauh memandu sendiri ke Rotorua antara lokasi pelancongan menarik di New Zealand dengan perkampungan Hobbit dan sebagainya.
45 Comments
Senangnya bisa berkembara ke berbagai negara di penjuru dunia yang luas ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Sarapan Pagi
Semoga perjalanan kembara kali ini akan diberikan kemudahan dan keselamatan serta kesehatan dari berangkat sampai pulang nantinya aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Tes CPNS 2013 Di Undur
Dan mendapatkan banyak ilmu dan pengalaman serta melihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah di negara orang lain
Curahan rasa Ferry @ ..Tes CPNS 2013 Di Undur
Alhamdulillah Boleh mengunjungi lagi bagian lain dari dunia yang begitu luas ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Hasil Akhir Result Show X-Factor Indonesia Season Pertama Fatin jadi Juara
Ye rehat dan nikmati keindahan negara orang…
Curahan rasa weschairs @ ..Haiwan menakutkan – SLOTH
selamat berehat tuan.. semoga esok perjalanan lebih cergas… sejuk tu.. sama suhu sewaktu DT pergi.. memang beli baju lebih disana..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Fikir Dulu Sebelum …
seronok rasanya nak ke NZ….kalau ada peluang tentu saya tak akan lepaskannya..
Curahan rasa Syarih @ ..Sudah tiba masa untuk kawinkan komputer notebook.
Jauhnya berjalan sampai new zealand, x penah pergi lagi
Curahan rasa tipsonlines @ ..Fitness Liverpool Plan
semoga semuanya selamat….saya pun teringin nak mengembaran macam tuan haji amir nih….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Bila Lelaki Datang Bulan
Kali ini pengembaraan bersama keluarga tidaklah sunyi. Sekurang-kurang tentang makan ada yang akan menjaganya. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Drama king di Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party
Selamat melakukan kembara musafir ke New Zealand Tuan Haji, semoga selamat dan sehat di perjalanan, ketika berada disana sampai kembali lagi ke tanahair.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persita vs Persib ISL 2013
Muga selamat dan gembira sepanjang pjalanan..
alhamdulillah sudah selamat sampai… di sana memang kawalan ketat.. sehingga kasut kena buka untuk scan…
11 tahun yang lepas DT sudah sampai ke sana. Alhamdulillah.. INsyaAllah sedang kumpul duit untuk travel ke tempat lain pula
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Fikir Dulu Sebelum …
kirim kambing biri-biri tepi jalan ye.. heeee.. nanti tuan ambil gambar kambing biri-biri steady je tepi bukit tau…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Fikir Dulu Sebelum …
tuan, kalau ada terjumpa topeng di sana, DT nak kirim ya.. tak kisahnya harga berapa.. bawah rm100 .. heeee.. teringin juga dapat topeng dari luar negara…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Fikir Dulu Sebelum …
Berkat kesabaran DH Allah sampaikan hasrat, sekian lama berkat Kesabaran menjadi teladan untuk ME ke Kota London, Paris, Rome & seantero Europe…. In Syaa Allah. Allah Bersama DH & Keluarga…
Curahan rasa Kikie @ ..SABAR AKAN INDAH PADA WAKTUNYA
Salam semuwa Semoga selamat sampai tujuan Dan kembali dg selamat, seronok agaknya ya Kat sana,
semoga selamat pergi dan selamat pulang ….
tak sabar nak tunggu entry kembara kali ini mesti sangat menarik perjalanan di sana ….
lama tak jumpa wife DH … kirim salam pada dia ye :p
Curahan rasa namiacinta @ ..Sakit Mata & Petua Hilangkan Sakit Mata
Terima kasih jadi pengomen pertama inshaa Allah akan dapat ole-oleh dari NZ.
aisehhh melepas pula xdapat pertama… selamat pergi dan kembali tuan
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Fikir Dulu Sebelum …
ehhh ada ole2 dari NZ ke … Alhamudillah rezeki namanya tuh terima kasih banyak 🙂
Curahan rasa namiacinta @ ..Sakit Mata & Petua Hilangkan Sakit Mata
Comments are closed.