Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 4 Oktober yang lalu, Denaihati Network telah menghantar wakil untuk bersama-sama dalam kembara korban di Kemboja bersama eQurban.com. Saban tahun Denaihati akan mengikuti kembara ke sana, tahun ini bukanlah tahun pertama pihak Denaihati mengikuti kembara korban ini.
Pada tahun ini, rombongan kembara berlepas dalam dua kumpulan, kumpulan pertama pada pagi Sabtu manakala kumpulan kedua pada petang Sabtu yang sama. Penerbangan dari KLIA 2 mengambil masa 1 jam 55 minit untuk tiba di Phnom Penh.
Setibanya di Phnom Penh kami disambut oleh wakil CMC dengan sebuah Van. Dalam perjalanan ke lokasi penginapan, kami singgah sebentar untuk membeli simkad tempatan demi memastikan keperluan internet sepanjang berada di sini tersedia.
Perjalanan ke lokasi penginapan mengambil masa hampir 30 minit, setibanya di apartment tempat kami menginap, kumpulan pertama sudah menanti di sana. Pada malam tersebut, selepas menikmati hidangan makan malam, pihak eQurban, TM dan mereka yang terlibat membuat persiapan menyemak senarai nama dan bilangan lembu yang akan disembelih pada hari pertama Aidiladha.
Suasana Aidiladha di Phnom Penh tidak banyak bezanya, walaupun mungkin tak semeriah di tanahair kita, tetapi pada pagi hari raya, solat sunat Aidiladha diadakan dengan jemaah yang tetap ramai. Walaupun khutbah tidak difahami, tetapi alhamdulillah tiada kekurangan yang dirasai.
Selepas selesai solat, rombongan kembara kami terus bersiap-siap untuk menuju ke lokasi sembelihan. Pada hari pertama, sebanyak tiga lokasi sembelihan yang akan diuruskan. Lokasi pertama di Sekolah Nur Iman dengan 12 ekor lembu, lokasi kedua di CIC dengan jumlah 29 ekor lembu dan lokasi terakhir di Kampung Chhnang dengan 37 ekor lembu.
Semasa di Kampung Chhnang ini, saya tersentuh hati melihat kedaifan kehidupan penduduk di lokasi kampung yang kami tujui itu. Rumah yang dibuat daripada buluh dan atas nipah itu kelihatan sangat kecil untuk menempatkan pasangan suami isteri dan anak mereka.
Namun begitu, mereka tetap tersenyum menyambut kedatangan rombongan pihak kami. Mereka masih cuba untuk menikmati kehidupan dengan apa yang mereka ada. Semoga kita semua yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan ini akan sentiasa mensyukuri apa yang kita perolehi, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang untuk merasai kehidupan seperti di Malaysia.
Rombongan kembara korban kemboja 2014 pada kali ini telah menyembelih 330 ekor lembu sepanjang 4 hari proses sembelihan di buat di beberapa lokasi sekitar kemboja. Setiap hari bermula dari hari pertama AidilAdha sehingga hari tasyrik yang ketiga, rombongan kami mengembara ke pelbagai lokasi untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh mereka yang menempah melalui eQurban.com.
Ada beberapa lokasi yang kami pergi mengambil masa sehingga 4 jam perjalanan. Perjalanan melalui jalanraya bertar dan juga jalan raya tanah merah. Syukur alhamdulillah tiada hujan lebat semasa melalui laluan tanah merah ini, kalau tidak mungkin ada sesi tolak menolak kenderaan yang perlu dilakukan.
Melawati ke Kemboja, sekiranya kita hanya bersiar-siar di bandar seperti Phnom Penh mungkin kita tidak akan menemui atau dapat melihat kedaifan kehidupan penduduk-penduduk yang susah ini. Andai kita ingin melihat golongan yang susah, perlu keluar dari bandar, mungkin perjalanan mengambil masa sekitar sejam, untuk membolehkan kita melihat situasi yang diterangkan awal tadi.
Jurang ekonomi yang ketara kelihatan antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat tempatan perlu dilakukan, terutama yang berada di kampung-kampung ini. Ada skop pemikiran yang telah diamalkan sejak dari kecil menyebabkan mereka masih berada di tahap sekarang. Semoga usaha dari pelbagai pihak untuk membantu penduduk di sana dipermudahkan.
Ini merupakan pengalaman pertama saya ke Kemboja mengikuti urusan korban di sana. Sepanjang 5 hari berada di Kemboja, banyak perkara yang membuatkan saya termenung jauh, bagaimana sebenarnya begitu banyak nikmat yang sedang kita kecapi.
Nota Denaihati : Syukur kepada yang dapat berkorban tahun ini kepada yang belum mulakan mengumpul duit dari sekarang untuk tahun depan. Terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH janjikan untuk mereka yang menyempurnakan ibadah kurban … kalau bukan kita yang yakin dengan hjanji ALLAH siapa lagi.
232 Comments
Bro Eizeil pertama kali sampai sana..
Mesti banyak yang di lihat…
Alangkah indah dapat pengalaman macam tue…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
Ibadah korban adalah amalan yg mulia..disamping dpt mungumpul pahal malah dpt memberi bahagian kepada fakir miskin…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Bila lihat negara lain…
baru kita tahu betapa bersyukurnya kita di Malaysia nie…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
benarlah kata pepatah..banyak berjalan, luas pandangan. Bila ke tempat orang dan melihat kapayahan orang lain, barulah kita sedar orang lain ada lagi yang lebih daif dan susah berbanding kita
Curahan rasa maria @ ..Punca Kitaran Haid Yang Tidak Stabil
Semoga ibadah korban yg dikerjakan mendapat rahmat daripada Allah SWT
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Semoga yang telah menunaikan ibadah qurban ini mendapatkan balasan kebaikan yang berlipat dari Allah Ta’ala aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Pengumuman Hasil TKD CPNS KKP 2014
semoga ibdah korban yg mereka lakukan diredhai dan mendapat ganjaran pahala
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Insaf tengok kedaifan rakyat Kemboja di sana. Syukur di negara kita kehidupan di nmalaysia masih lagi selesa
Curahan rasa doulnut @ ..Bagaimana Saya Memilih Produk Affiliate Yang Boleh Jual
alhamdulillah jika semuanya telah berjalan dengan lancar.Semoga amalan kita diterima allah.
Curahan rasa kizmyself @ ..Doa Ketika Ribut
InshaAllah setiap kebaikan tentu saja ada ganjaran yang menanti,yg penting harus ikhlas melakukannya..
Curahan rasa Ohpilihanku @ ..Blackberry Passport Harga RM788??
alhamdulillah jika semuanya telah berjalan dengan lancar. Semoga amalan kita diterima allah.
Curahan rasa kizmyself @ ..Doa Ketika Ribut
Insyaallah..semoga amalan yg murni diterima oleh Nya…janji dilakukan dgn ikhlas
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
husband join affiliate eQurban, sekejap sahaja dapat capai komisyen menyamai jumlah satu bahagian lembu
jadi korban sebenarnya pembuka rezeki kita
Curahan rasa mrsfiza @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Alhamdulillah.keberkatan yg Allah berikan dalam kita berkorban kerana Allah s.w.t .Allah bukakan pintu rezeki terbentang luas.
Curahan rasa puteraohtrabulan @ ..Update Contest iPhone5s 9 Jam Lagi Sebelum Ditutup ye….
Alhamdulillah ,rezeki Allah,sy pula join affiliate sudah last minit..dah nk raya tp xmngapa InshaAllah tahun hadapan boleh bt awal kan sbb dah daftar.
Curahan rasa Ohpilihanku @ ..Blackberry Passport Harga RM788??
Alhamdulillah..rezeki Allah dtg dalam pelbagai cara…kita cuma kena berusaha sahaja…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Yayasan Semesta ada turut sama menganjurkan ibadah qurban di kemboja. Cerita yang dibawa dari sana oleh kawan yang pergi, ada seorang hamba allah dari kalangan penduduk kampung disana beritahu, pertama kali mereka mendapat daging qurban oleh penganjur dari Malaysia.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
maksudnya masih ada kawasan yang belum mana mana penyedia pelaksana korban sampai ke sana
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
banyak berkat melakukan ibadah qurban disana. Dapat membantu rakyat dhaif. Walapun dengan sedikit bahagian dari daging hasil qurban, amat bermakna untuk mereka yang memerlukan
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
Ye betul..mereka semua akan menghargai apa yang kita telah sumbangkan..Allah juga akan bagi ganjaran sewajarnya
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
melakukan ibadah qurban disana memang merupakan pengalaman yg paling manis dalam hidup.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Alhamdulillah ibadah qurban disana berjalan dengan lancar. walaupun tak dapat menjalankan ibadah qurban di kemboja, tapi inshaaAllah suatu hari nanti nak jug abuat disana
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
InsyaAllah kalau ada rezeki saya hendak pula melaksanakan ibadah korban terus ke saudara Islam kita di Kemboja
Curahan rasa puteraohtrabulan @ ..Update Contest iPhone5s 9 Jam Lagi Sebelum Ditutup ye….
InshaAllah semoga anda di murahkan rezeki untuk melakukan Ibadah Qurban pada tahun akan datang. .Amin,.
Curahan rasa Ohpilihanku @ ..Benarkah RM1 Boleh Mengubah Kehidupan Anda?
InsyaAllah semoga dipermudahkan Allah..
Niat baik, amalan yang dituntut pasti besar ganjarannya
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Insyaallah…nmpaknya ramai yg berminat nk join korban di kemboja next year..semoga dipermudahkan…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
kalaulah dapat lihat sendiri acara korban kat sana mesti ia menjadi pengalaman yang bagus sekali
Curahan rasa mrsfiza @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
betul tu. Kita dapat merasai pengalaman sendiri macam mana Qurban di sana
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
ye..sokong dgn kenyataan awk…ia mungkin menjadi pengalaman yg berharga
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Comments are closed.