Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 4 Oktober yang lalu, Denaihati Network telah menghantar wakil untuk bersama-sama dalam kembara korban di Kemboja bersama eQurban.com. Saban tahun Denaihati akan mengikuti kembara ke sana, tahun ini bukanlah tahun pertama pihak Denaihati mengikuti kembara korban ini.
Pada tahun ini, rombongan kembara berlepas dalam dua kumpulan, kumpulan pertama pada pagi Sabtu manakala kumpulan kedua pada petang Sabtu yang sama. Penerbangan dari KLIA 2 mengambil masa 1 jam 55 minit untuk tiba di Phnom Penh.
Setibanya di Phnom Penh kami disambut oleh wakil CMC dengan sebuah Van. Dalam perjalanan ke lokasi penginapan, kami singgah sebentar untuk membeli simkad tempatan demi memastikan keperluan internet sepanjang berada di sini tersedia.
Perjalanan ke lokasi penginapan mengambil masa hampir 30 minit, setibanya di apartment tempat kami menginap, kumpulan pertama sudah menanti di sana. Pada malam tersebut, selepas menikmati hidangan makan malam, pihak eQurban, TM dan mereka yang terlibat membuat persiapan menyemak senarai nama dan bilangan lembu yang akan disembelih pada hari pertama Aidiladha.
Suasana Aidiladha di Phnom Penh tidak banyak bezanya, walaupun mungkin tak semeriah di tanahair kita, tetapi pada pagi hari raya, solat sunat Aidiladha diadakan dengan jemaah yang tetap ramai. Walaupun khutbah tidak difahami, tetapi alhamdulillah tiada kekurangan yang dirasai.
Selepas selesai solat, rombongan kembara kami terus bersiap-siap untuk menuju ke lokasi sembelihan. Pada hari pertama, sebanyak tiga lokasi sembelihan yang akan diuruskan. Lokasi pertama di Sekolah Nur Iman dengan 12 ekor lembu, lokasi kedua di CIC dengan jumlah 29 ekor lembu dan lokasi terakhir di Kampung Chhnang dengan 37 ekor lembu.
Semasa di Kampung Chhnang ini, saya tersentuh hati melihat kedaifan kehidupan penduduk di lokasi kampung yang kami tujui itu. Rumah yang dibuat daripada buluh dan atas nipah itu kelihatan sangat kecil untuk menempatkan pasangan suami isteri dan anak mereka.
Namun begitu, mereka tetap tersenyum menyambut kedatangan rombongan pihak kami. Mereka masih cuba untuk menikmati kehidupan dengan apa yang mereka ada. Semoga kita semua yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan ini akan sentiasa mensyukuri apa yang kita perolehi, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang untuk merasai kehidupan seperti di Malaysia.
Rombongan kembara korban kemboja 2014 pada kali ini telah menyembelih 330 ekor lembu sepanjang 4 hari proses sembelihan di buat di beberapa lokasi sekitar kemboja. Setiap hari bermula dari hari pertama AidilAdha sehingga hari tasyrik yang ketiga, rombongan kami mengembara ke pelbagai lokasi untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh mereka yang menempah melalui eQurban.com.
Ada beberapa lokasi yang kami pergi mengambil masa sehingga 4 jam perjalanan. Perjalanan melalui jalanraya bertar dan juga jalan raya tanah merah. Syukur alhamdulillah tiada hujan lebat semasa melalui laluan tanah merah ini, kalau tidak mungkin ada sesi tolak menolak kenderaan yang perlu dilakukan.
Melawati ke Kemboja, sekiranya kita hanya bersiar-siar di bandar seperti Phnom Penh mungkin kita tidak akan menemui atau dapat melihat kedaifan kehidupan penduduk-penduduk yang susah ini. Andai kita ingin melihat golongan yang susah, perlu keluar dari bandar, mungkin perjalanan mengambil masa sekitar sejam, untuk membolehkan kita melihat situasi yang diterangkan awal tadi.
Jurang ekonomi yang ketara kelihatan antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat tempatan perlu dilakukan, terutama yang berada di kampung-kampung ini. Ada skop pemikiran yang telah diamalkan sejak dari kecil menyebabkan mereka masih berada di tahap sekarang. Semoga usaha dari pelbagai pihak untuk membantu penduduk di sana dipermudahkan.
Ini merupakan pengalaman pertama saya ke Kemboja mengikuti urusan korban di sana. Sepanjang 5 hari berada di Kemboja, banyak perkara yang membuatkan saya termenung jauh, bagaimana sebenarnya begitu banyak nikmat yang sedang kita kecapi.
Nota Denaihati : Syukur kepada yang dapat berkorban tahun ini kepada yang belum mulakan mengumpul duit dari sekarang untuk tahun depan. Terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH janjikan untuk mereka yang menyempurnakan ibadah kurban … kalau bukan kita yang yakin dengan hjanji ALLAH siapa lagi.
232 Comments
Mereka yg terlibat melakukan tugas dengn baik mebawa amanah dari ramai org untuk melakukan korban ini…tahniah dan syabas di ucapkan..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Alhamdulillah. Tahniah pada mereka yang telah mengambil bahagian dalam ibadah qurban ini.
semoga tahun hadapan giliran saya pula untuk punya bahagian dalam ibadah ini. Amin.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Usahawan Muda Dan Telefon Berpisah Tiada.
Insyaallah..semoga dipermudahkan niat murni saudara untuk melakukan ibadah korban…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Amin. Jadikan ia suatu amalan kita setiap tahun…anggaran kumpul RM30 je sebulan insyaAllah lebih dari mencukupi
Curahan rasa mrsfiza @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
insyaAllah kita boleh jadikan amalan korban itu satu kemestian bagi kita..jadi kita akan usaha lah kan?
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Jadikan ia amalan tiap2 tahun kan…bukan saja dapat kumpul pahala..at least dpt berikan bahagian berkenaan kepada golongan fakir miskin…sangt mulia ibadah korban kan..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
betul tu. tahniah kepada mereka yg berjaya melaksanakan ibadah qurban di kemboja. semoga mereka diberkati oleh Allah SWT. wawa pun berharap dapat melaksanakan ibadah qurban di kemboja.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI
Amin..semoga istiqomah dalam melaksanakan ibadah yang sangat dituntut ini
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Amin. Insyaallah segala urusan dipermudahkan. Niat baik mesti dapat dilaksanakan
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
Semoga ibadah korban yg melakukan di sana diterima Allah dan diberkati Allah…Amin…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
*dilakukan…alamak typing error plak dah..ni gara-gara nk komen cepat la nih…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Amin. Semoga ganjaran yang besar buat mereka yang terlibat langsung mahupun tidak langsung.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Usahawan Muda Dan Telefon Berpisah Tiada.
Pasti meriah sambutan di sana walaupun beraya dalam serba kekurangan…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Sambutan mereka sesuai dengan budaya setempat begitu juga kita ada budaya dalam meraikan perayaan.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Sedapnya Mee Kari Kemaman Kopitiam Starmall Mentakab.
dalam serba kekurangan tidak semestinya tidak meriah..bantuan kita semestinya menambahkan lemeriahan Aildiladha mereka
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kemboja apa tempat best kat sana? Kain kat sana cantik2 kan?
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
ramai yang membuat bisnes kain baju kat sana..mak cik saya sendiri ada dapatkan kain dari sana jugak..memang cantik
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
dengar kata kain kat sana memang cantik dan murah untuk diborong
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
aku tertarik dengan ayat bro yang akhir sekali tu…kita kena yakin dengan janji Allah…keyakinan itu adalah iman..kita percaya dan bergantung harap hanya kepada-Nya…jika hati kita pada tahap ini..apa sahaj kita lakukan adalah hanya kerana-Nya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Bina Jalanraya Daripada Getah
Keyakinan pada-Nya itulah pegangan yang perlu ada pada semua orang agar kita sentiasa syukur akan rezeki yang diberikan.
Curahan rasa EjamOthman @ ..Kehidupan Seorang Pemuzik.
Bila tengok kesusahan saudara kita di sana, dengan jalan tanah merah boleh bayangkan betapa bezamya dengan kita di sini. Syukur.
Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya Ibu
Buat semua saudara yang dah jalankan ibat korban di kemboja semoga ibadah ini diterima Allah swt. Amin
Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya Ibu
betul tu daddydee kita ni kenalah sentiasa bersyukur, kita sendiri boleh buat perbandingan kedaifan yang dialami oleh mrk dengan kehidupan yang kita nikmati.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..2 Slot Review Blog PERCUMA
sebab itulah elok kita melakukan korban di sana..kadang kadang buat kat tempat kita banyak pembaziran
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
aah..kadang kadang daging daging korban yang dah dimasak bila tak habis dibuang macam tu sahaja
Curahan rasa mrsfiza @ ..Keropok lekor guna teknologi pembungkusan vakum
gambar yang paling atas tu menampakkan kesungguhan yang benar benar jitu pihak e qurban dan mereka lain yang terlibat. syabas saya ucapkan. Allah akan membalas jasa kalian.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Kann…nampak kesungguhan mereka di situ. Hanya Allah mampu membalas kebaikan mereka 🙂
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Allah permudahkan urusan hambaNya jika niat itu ikhlas untuk membantu saudara seislam..Tahniah
Curahan rasa nord @ ..Jalan Kaki Ubat KURUS Terbaik!
jika nawaitu betol…sekalipun rintangan dtg, segalanya dapat diatasi dgn mudah
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
eQurban memberi kita satu alternatif menyalurkan bantuan melalui ibadah korban di sana. Alhamdulillah
Curahan rasa mrsfiza @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 6 September
Tak pernah pergi kemboja, tapi dari gambaran penduduk luar bandar sana mmg daif…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Sy pun tak pernah pergi. Haritu ada google pasla kehidupan rakyat kemboja. kesian btol…sgt daif
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
betul tu..tengoklah keadaan bilik darjah mereka..amat menyedihkan sekali..
harap pelajar kita didedahkan dengan keadaan di sana agar mereka bersyukur
Curahan rasa cikgu naman @ ..Soalan Percubaan SPM SBP 2014
memang, patutnya pelajar kita bersyukur mereka boleh belajar dengan selesa walaupun kelas bukannya ada aircond
Curahan rasa mrsfiza @ ..WW : Bekal cinta sayang
betul..rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang. Walaupun tak sesenang mana tapi lebih baik
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
Semoga usaha murni yg mereka lakukan mendapat rahmat dan pahala dari Allah SWT
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Amin..Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan apa yang kita bantu dengan ikhlas
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Tak tergambar besarnya pahala sebab membuka peluang kepada orang lain membuat amal kebajikan. Mudahnya menjemput pahala
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Murni sungguh hati mereka yang memberikan sumbangan untuk qurban di kemboja ni
Curahan rasa nord @ ..Jalan Kaki Ubat KURUS Terbaik!
Sesiapa yg belum melakukan ibadah korban, kumpul duet, Insyaallah tahun depan boleh buat…x semstinya kena beli seekor lembu/kerbau…bayar untuk setompok shja…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Aah kan setompok baru rm500 kot.Kalau mampu boleh la beli aeekor terus
Curahan rasa nord @ ..Menu Diet Sarapan Pagi Popular
setompok tu sebahagian ke? kalau sebahagian baru RM280..
memang kita sebenarnya lebih dari mampu, cuma nak senang kumpul dari awal
Curahan rasa mrsfiza @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
inshaallah klu ada rezeki lebih akan terlaksana juga, kena tanamkan niat dari awal lagi. semoga Allah permudahkan niat murni nk bantu org lain
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..2 Slot Review Blog PERCUMA
betul tu, amik bahagia atas seekor lembu. Hari ada sedara buat macam tu
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
Semoga usaha besar yang dilaksanakan oleh team Denaihati dan eQurban ini menjadi usaha yang berterusan. Juga menjadi contoh kepada pihak lain
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Bersyukurlah sesiapa yg telah melakukan ibadah korban…sememangnya gajaran pahala menanti
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
satu hari nanti, memang teringin nak pergi ke kemboja.
nak berjalan-jalan ke sana. soon.
Curahan rasa titan @ ..7 sebab kenapa Servis Agoda memang terbaik
Best juga tengok pengalaman kawan ke Kemboja. Tambah pula ada tempat makan halal di sana
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
moga cita cita en titan tercapai hendaknya..amin..
bila tengok sendiri akan lebih meninggalkan kesan kan?
Curahan rasa mrsfiza @ ..Balik Kampung | shopping hasil laut | Menu Nasi Kerabu | Eksiden
Comments are closed.