Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 4 Oktober yang lalu, Denaihati Network telah menghantar wakil untuk bersama-sama dalam kembara korban di Kemboja bersama eQurban.com. Saban tahun Denaihati akan mengikuti kembara ke sana, tahun ini bukanlah tahun pertama pihak Denaihati mengikuti kembara korban ini.
Pada tahun ini, rombongan kembara berlepas dalam dua kumpulan, kumpulan pertama pada pagi Sabtu manakala kumpulan kedua pada petang Sabtu yang sama. Penerbangan dari KLIA 2 mengambil masa 1 jam 55 minit untuk tiba di Phnom Penh.
Setibanya di Phnom Penh kami disambut oleh wakil CMC dengan sebuah Van. Dalam perjalanan ke lokasi penginapan, kami singgah sebentar untuk membeli simkad tempatan demi memastikan keperluan internet sepanjang berada di sini tersedia.
Perjalanan ke lokasi penginapan mengambil masa hampir 30 minit, setibanya di apartment tempat kami menginap, kumpulan pertama sudah menanti di sana. Pada malam tersebut, selepas menikmati hidangan makan malam, pihak eQurban, TM dan mereka yang terlibat membuat persiapan menyemak senarai nama dan bilangan lembu yang akan disembelih pada hari pertama Aidiladha.
Suasana Aidiladha di Phnom Penh tidak banyak bezanya, walaupun mungkin tak semeriah di tanahair kita, tetapi pada pagi hari raya, solat sunat Aidiladha diadakan dengan jemaah yang tetap ramai. Walaupun khutbah tidak difahami, tetapi alhamdulillah tiada kekurangan yang dirasai.
Selepas selesai solat, rombongan kembara kami terus bersiap-siap untuk menuju ke lokasi sembelihan. Pada hari pertama, sebanyak tiga lokasi sembelihan yang akan diuruskan. Lokasi pertama di Sekolah Nur Iman dengan 12 ekor lembu, lokasi kedua di CIC dengan jumlah 29 ekor lembu dan lokasi terakhir di Kampung Chhnang dengan 37 ekor lembu.
Semasa di Kampung Chhnang ini, saya tersentuh hati melihat kedaifan kehidupan penduduk di lokasi kampung yang kami tujui itu. Rumah yang dibuat daripada buluh dan atas nipah itu kelihatan sangat kecil untuk menempatkan pasangan suami isteri dan anak mereka.
Namun begitu, mereka tetap tersenyum menyambut kedatangan rombongan pihak kami. Mereka masih cuba untuk menikmati kehidupan dengan apa yang mereka ada. Semoga kita semua yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan ini akan sentiasa mensyukuri apa yang kita perolehi, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang untuk merasai kehidupan seperti di Malaysia.
Rombongan kembara korban kemboja 2014 pada kali ini telah menyembelih 330 ekor lembu sepanjang 4 hari proses sembelihan di buat di beberapa lokasi sekitar kemboja. Setiap hari bermula dari hari pertama AidilAdha sehingga hari tasyrik yang ketiga, rombongan kami mengembara ke pelbagai lokasi untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh mereka yang menempah melalui eQurban.com.
Ada beberapa lokasi yang kami pergi mengambil masa sehingga 4 jam perjalanan. Perjalanan melalui jalanraya bertar dan juga jalan raya tanah merah. Syukur alhamdulillah tiada hujan lebat semasa melalui laluan tanah merah ini, kalau tidak mungkin ada sesi tolak menolak kenderaan yang perlu dilakukan.
Melawati ke Kemboja, sekiranya kita hanya bersiar-siar di bandar seperti Phnom Penh mungkin kita tidak akan menemui atau dapat melihat kedaifan kehidupan penduduk-penduduk yang susah ini. Andai kita ingin melihat golongan yang susah, perlu keluar dari bandar, mungkin perjalanan mengambil masa sekitar sejam, untuk membolehkan kita melihat situasi yang diterangkan awal tadi.
Jurang ekonomi yang ketara kelihatan antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat tempatan perlu dilakukan, terutama yang berada di kampung-kampung ini. Ada skop pemikiran yang telah diamalkan sejak dari kecil menyebabkan mereka masih berada di tahap sekarang. Semoga usaha dari pelbagai pihak untuk membantu penduduk di sana dipermudahkan.
Ini merupakan pengalaman pertama saya ke Kemboja mengikuti urusan korban di sana. Sepanjang 5 hari berada di Kemboja, banyak perkara yang membuatkan saya termenung jauh, bagaimana sebenarnya begitu banyak nikmat yang sedang kita kecapi.
Nota Denaihati : Syukur kepada yang dapat berkorban tahun ini kepada yang belum mulakan mengumpul duit dari sekarang untuk tahun depan. Terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH janjikan untuk mereka yang menyempurnakan ibadah kurban … kalau bukan kita yang yakin dengan hjanji ALLAH siapa lagi.
232 Comments
Lembu2 yg dikorbankan tu diagih2 kat penduduk situ at least diorg ada benda nk mkn…mulianya…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Dengan usaha eQurban inilah telah beri peluang mereka yang tidak pernah dapat merasa daging, boleh juga makan walau sekali setahun
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Golongan daif sedemikian perlu keluar dari kelompak hidup berkenaan supaya mereka tidak mewarisi kedaifan mereka kepada anak2 mereka…tetapi mampukah mereka?
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Ya, pemikiran mereka masih “kuno”, mgkin mereka masih mengamalkan ajaran nenek moyang atau masyarakat taraf kelas bawahan tidak dipandang oleh pemimpin dari segi bantuan sara hidup dan pendidikan
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Mungkin akibat terlalu daif jadi mereka masih berada di dalam kelompok sendiri, tidak mampu untuk hidup keluar atau di bandar.
Kita masih beruntung dan patut bersyukur
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Syukur Alhamdulillah kita di bumi Malaysia ini..jika kita tgk rakyat Malaysia jurang antara org miskin dan kaya tidak terlalu ketara…tapi org miskin di Malaysia masih mendapat perhatian
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Biasanya yang tinggal di kawasan pedalaman yang agak ketara miskin berbanding di bandar tapi rakyat Malaysia ramai yang prihatin
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
sangat jauh bezanya dengan tempat kita…semoga tahun depan akan ada lagi program macam ni dah semoga ia terus berjalan lancar…walaupun ada yang pertikai kenapa nak buat qurban sampai ke Kemboja..tapi dengan niat yang ikhlas nak bantu suadara seagam kita yang lebih susah..aku rasa lebih berbaloi nak nikmat dapat bantu mereka di Kemboja
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Bina Jalanraya Daripada Getah
Aameen, yang duk pertikai tu, dah buat korban ke? Takat mana tolong rakyat sendiri? Hehehe…jangan marah yer… :p
Siapa kita nak pertikaikan amalan baik yang orang lain buat. Yang kita buat tu belum lagi diterima Allah. Apatah lagi kalau rasa diri macam bagus nak complain orang sana sini
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
selalunya kita tak akan berasa bersyukur dengan nikmat yang diberi sehingga sampai dekat tempat orang, baru tahu terasa betapa besarnya nikmat yang diberi.
Curahan rasa misz aa @ ..physics
Oleh sebab itu kita kena sentiasa bersyukur dgn apa yg ita ada sblum nikmat itu ditarik…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
betul tu sebab kita tak tahu, bila-bila saja allah boleh tarik nikmat yang diberi
Curahan rasa misz aa @ ..physics
Seumur hidup saya, hanya baru sekali dapat buat korban.. kalau murah rezeki insyaallah tahin depan.
Teringin juga nak berkorban menggunakan khidmat equrban ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Family saya pown buat sekali sahaja tahun lepas..Insyaallah kalo ada rezeki lebih boleh buat lagi..x salah pown… 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Baguslah, semoga Allah permudahkan kita untuk buat korban setiap tahun, tumpang berkat harta yang ada walaupun tak banyak mana
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
banyaknya lembu untuk dibuat korban, mesti meriah hari raya aidil adha dekat sana
Curahan rasa misz aa @ ..physics
Alhamdulillah.. rezeki mereka penduduk kemboja.. mesti mereka gembira kan bila ada yang sudi membantu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
mestilah gembira bila ada orang yang sudi membantu penduduk kemboja ni
Curahan rasa misz aa @ ..physics
bila tiba hari raya korban atau hari tasyrik, akan duduk dalam rumah, tak nak tengok lembu sembelih, takut rasa kesian
Curahan rasa misz aa @ ..physics
Kalo dh rasa kesian x boleh mkn….sebab kesian kan…samalah kita..masa lembu kena sembelih dok dlm rumah jgk…tapi ulama ckp masa lembu kena sembilih la kena tgk..ibarat darah yg jatuh kebumi tu ibarat hapus dosa2 la..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan Team eQurban di sana. Kita di sini sehingga tak termakan daging yang didapati hasil agihan sedangkan ada tempat lain daging itu begitu mewah bagi mereka…
Curahan rasa kakcik @ ..Sebenarnya, ia berkaitan dengan pembaziran…
Kan…mgkin itu sumber protein yg kaya bagi diorg..tapi kita…ada sesetgh individu membazir, semua daging dia nk..last2 x termakan pown…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Alhamdulillah, tiap niat dan usaha yang baik pasti Allah mudahkan laluannya. Tahniah buat mereka
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Byk betul jumlah korban disana dan ramai dikalangan ahli keluarga sy memilih utk korban disana tahun ini…
Curahan rasa shamiera osment @ ..The Foodgasm : The Heaven for Foodie…
Jangan Kata di Kemboja je, Kat negara kita pun kalau tak masuk ke ceruk kampung memang tak jumpa perbezaan taraf kehidupan antara yg kaya dgn yang miskin.
Curahan rasa pipoq @ ..Gangguan teksual
Betul tu..taraf hidup di Malaysia pon agak teruk lagi.masakan ade je rakyat malaysia yg hidup bergelandangan.
Curahan rasa shamiera osment @ ..The Foodgasm : The Heaven for Foodie…
tahun ini bilangan lembu yang dikorbankan adalah sebanyak 330. insyalllah tahun depan akan meningkat lagi dengan kerjasama dari Denai Hati dan TM.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Semoga tahun dpn diberi rezeki yg lebih utk melakukan ibadah ini..
Curahan rasa shamiera osment @ ..The Foodgasm : The Heaven for Foodie…
semoga ibadah ini diberkati Allah dan dilimpahkan rahmat kepada yang menderma walau sedekit demi ibadah qurban ini.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
moga ibadah korban mendapat keberkatan n diredhai olehNya. beruntung mereka yg dah melakukan ibadah korban. mendapat ganjaran besar dariNya
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Setitis Kasih Darmia
Aameen, bersama-samalah kita merebut peluang keemasan untuk melakukan amal kebajikan ini, semoga terus diberkati-Nya
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Comments are closed.