Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 4 Oktober yang lalu, Denaihati Network telah menghantar wakil untuk bersama-sama dalam kembara korban di Kemboja bersama eQurban.com. Saban tahun Denaihati akan mengikuti kembara ke sana, tahun ini bukanlah tahun pertama pihak Denaihati mengikuti kembara korban ini.
Pada tahun ini, rombongan kembara berlepas dalam dua kumpulan, kumpulan pertama pada pagi Sabtu manakala kumpulan kedua pada petang Sabtu yang sama. Penerbangan dari KLIA 2 mengambil masa 1 jam 55 minit untuk tiba di Phnom Penh.
Setibanya di Phnom Penh kami disambut oleh wakil CMC dengan sebuah Van. Dalam perjalanan ke lokasi penginapan, kami singgah sebentar untuk membeli simkad tempatan demi memastikan keperluan internet sepanjang berada di sini tersedia.
Perjalanan ke lokasi penginapan mengambil masa hampir 30 minit, setibanya di apartment tempat kami menginap, kumpulan pertama sudah menanti di sana. Pada malam tersebut, selepas menikmati hidangan makan malam, pihak eQurban, TM dan mereka yang terlibat membuat persiapan menyemak senarai nama dan bilangan lembu yang akan disembelih pada hari pertama Aidiladha.
Suasana Aidiladha di Phnom Penh tidak banyak bezanya, walaupun mungkin tak semeriah di tanahair kita, tetapi pada pagi hari raya, solat sunat Aidiladha diadakan dengan jemaah yang tetap ramai. Walaupun khutbah tidak difahami, tetapi alhamdulillah tiada kekurangan yang dirasai.
Selepas selesai solat, rombongan kembara kami terus bersiap-siap untuk menuju ke lokasi sembelihan. Pada hari pertama, sebanyak tiga lokasi sembelihan yang akan diuruskan. Lokasi pertama di Sekolah Nur Iman dengan 12 ekor lembu, lokasi kedua di CIC dengan jumlah 29 ekor lembu dan lokasi terakhir di Kampung Chhnang dengan 37 ekor lembu.
Semasa di Kampung Chhnang ini, saya tersentuh hati melihat kedaifan kehidupan penduduk di lokasi kampung yang kami tujui itu. Rumah yang dibuat daripada buluh dan atas nipah itu kelihatan sangat kecil untuk menempatkan pasangan suami isteri dan anak mereka.
Namun begitu, mereka tetap tersenyum menyambut kedatangan rombongan pihak kami. Mereka masih cuba untuk menikmati kehidupan dengan apa yang mereka ada. Semoga kita semua yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan ini akan sentiasa mensyukuri apa yang kita perolehi, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang untuk merasai kehidupan seperti di Malaysia.
Rombongan kembara korban kemboja 2014 pada kali ini telah menyembelih 330 ekor lembu sepanjang 4 hari proses sembelihan di buat di beberapa lokasi sekitar kemboja. Setiap hari bermula dari hari pertama AidilAdha sehingga hari tasyrik yang ketiga, rombongan kami mengembara ke pelbagai lokasi untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh mereka yang menempah melalui eQurban.com.
Ada beberapa lokasi yang kami pergi mengambil masa sehingga 4 jam perjalanan. Perjalanan melalui jalanraya bertar dan juga jalan raya tanah merah. Syukur alhamdulillah tiada hujan lebat semasa melalui laluan tanah merah ini, kalau tidak mungkin ada sesi tolak menolak kenderaan yang perlu dilakukan.
Melawati ke Kemboja, sekiranya kita hanya bersiar-siar di bandar seperti Phnom Penh mungkin kita tidak akan menemui atau dapat melihat kedaifan kehidupan penduduk-penduduk yang susah ini. Andai kita ingin melihat golongan yang susah, perlu keluar dari bandar, mungkin perjalanan mengambil masa sekitar sejam, untuk membolehkan kita melihat situasi yang diterangkan awal tadi.
Jurang ekonomi yang ketara kelihatan antara golongan berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat tempatan perlu dilakukan, terutama yang berada di kampung-kampung ini. Ada skop pemikiran yang telah diamalkan sejak dari kecil menyebabkan mereka masih berada di tahap sekarang. Semoga usaha dari pelbagai pihak untuk membantu penduduk di sana dipermudahkan.
Ini merupakan pengalaman pertama saya ke Kemboja mengikuti urusan korban di sana. Sepanjang 5 hari berada di Kemboja, banyak perkara yang membuatkan saya termenung jauh, bagaimana sebenarnya begitu banyak nikmat yang sedang kita kecapi.
Nota Denaihati : Syukur kepada yang dapat berkorban tahun ini kepada yang belum mulakan mengumpul duit dari sekarang untuk tahun depan. Terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH janjikan untuk mereka yang menyempurnakan ibadah kurban … kalau bukan kita yang yakin dengan hjanji ALLAH siapa lagi.
232 Comments
Melihat kedaifan mereka di sana, rasa sebak sangat-sangat.. kita di sini walaupun susah tapi tidaklah seteruk mana.. bersyukur di lahirkan di bumi yang bertuah ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Daif di Malaysia, masih ramai orang yang prihatin, banyak badan yang sudi membantu, daif di Kemboja,mereka hanya redha meneruskan hidup.
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Semoga kita semua yang berada di Malaysia dengan pelbagai kemudahan ini akan sentiasa mensyukuri apa yang kita perolehi, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang untuk merasai kehidupan seperti di Malaysia
Curahan rasa nord @ ..Menu Diet Sarapan Pagi Popular
semoga tahun depan aku sudah mampu berkurban sapi!!AMIN semoga allha mendengar niatan baik hati ini,,pergi haji dan berkurban!!AMIN
Curahan rasa Melilea @ ..Melilea Skin Care
Niat di hati pun macam tu..boleh buat qurban untuk diri sendiri.Kalau ada lebihan rezeki boleh buat seisi keluarga pula
Curahan rasa nord @ ..Panduan Set Kulit Cantik Shaklee
Kepada yang tak sempat dan tak dapat berkonban untuk tahun ni, jom kita sama sama saving dari sekarang untuk melaksanakannya tahun depan. Insyaallah kalau panjang umur.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
InsyaAllah panjang umur murah rezeki qurban tahun depan menjengah lagi untuk turn diri sendiri
Curahan rasa nord @ ..KURUS dengan Protein Soya Shaklee
Amin.
Begitulah impiannya.. teringin nak berkorban lagi.. tahun ni memang tak sempat dari segi ekonomi sendiri.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Betul tu, simpan sebulan rm 30-40 dah kebih dari mencukupi. Kalau simpan tiap-tiap bulan,tak terasa pun jumlah yang nak didermakan untuk korban nanti
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Alhamdulillah. Tahniah kepada team equrban dan pihak2 lain yang terlibat dalam kembara korban ni.. semoga apa yang kalian lakukan mendapat ganjarannya.. kedapa mereka yang berqurban juga tahniah dan terima kasih di ucapkan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
tahniah kepada team Denai Hati..semoga ibadah qurban ini diterima Allah dan akan diteruskan pada masa akan datang.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
disamping dapat menunaikan ibadah qurban, team Denai Hati juga sangat bertuah sebab dapat mengembara ni negara orang. Saya pasti warga kemboja sangat berterima kasih dengan aktiviti qurban ini.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Alhamdulillah semoga usaha murni ini di teruskan sampai bila- bila.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
insyallah bila dah kerja dan berpendapatan tetap nanti saya pun akan menunaikan ibadah qurban ini. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Baguslah awal-awal dah tanam niat murni, semoga dipermudahkan mendapat kerja dan diberi keberkatan hidup
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
alhamdulillah dan tahniah team Denai Hati, sekali lagi berjaya menunaikan ibadah qurban di Kemboja.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Tahniah kepada team DH.Disamping membantu rakyat sendiri saluran derma pun boleh diberi kepada umat Islam yg lain juga
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
belum pernah lagi buat korban.. rasanya kalau ada rezeki, insya Allah, dapat merasa jugak nanti
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Inshaa Allah, aameen, semoga Allah beri kemudahan serta kelapangan rezeki untuk membuat amal kebajikan
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Syukur kerana kita berada di Malaysia, banyak nikmat yang kita kecapai. Namun masih ada lagi di kalangan kita yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..7 Kelebihan Berniaga Di Facebook
Sangat setuju!!!APA salahnya kalau rezeki yang berlebih tu diagihkan kepada fakir miskin.Ada sesetengah rakyat kita langsung tak pernah merasa makan daging langsung.Time ni la nak beramal.
Curahan rasa nord @ ..BAHAYA Mengamalkan Kolagen secara Berterusan..
alhamdulillah.. harap2 kita dapat berkorban pulak pada tahun hadapan, moga sama2 dapat jalani ibadah korban
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Bersama-sama kita berkongsi rezeki. Nak korban tak perlu tunggu jadi kaya, harta sikit takpa, asal berkat
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
is like satu kepuasan bila dapat berkongsi dgn yg amat memerlukan 🙂 perngorbanan yg tidak ternilai
Curahan rasa puterijamu @ ..Rambut Gugur Tak
Jutaan tahniah saya ucapkan kepada team eQurban kerana berjaya melaksanakan ibadah korban di Kemboja .Semoga lebih ramai lagi yang akan menempah korban di Kemboja pada tahun hadapan.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
amin, harap2 macam tu lah.. ibadah korban ni banyak manfaat yang kadang2 kita pun tak tahu
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Subhanallah. Nikmatnya berbagi. Kalau mau ikut kembara macam mana caranya ya
Curahan rasa Cerita Komunitas @ ..Akoe Indonesia ingin ciptakan 1000 TeensPreneur
Orang Malaysia terlalu beruntung kerana negara ini lebih maju daripada kemboja..syukur duduk di Malaysia
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik
Ya alhamdulillah… syukur kehidupan kita lebih baik daripada segelintir mereka yang tidak bernasib baik di kemboja.. kalau kita mampu, apa salahnya menghulurkan bantuan kan?
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Tempat Menarik di Sabah.
Orang Kemboja tunggu nak makan daging pun time qurban ja..rakyat Malaysia mewah makanan sampai membazit
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
terlalu banyak nikmat yang kita tak syukuri. Sedangkan kita jauh lebih selesa dari mereka yang susah..
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
tetapkan niat untuk melakukan ibadah e qurban tahun hadapan..semoga dapat tercapai hendaknya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Nak Jadi Cikgu Terbaik
Sangat selesa Malaysia ni..sampai rakyat makan terlebih-lebih..sampai obesiti..lepas tu makan pula sampai membazir
Curahan rasa nord @ ..Jalan Kaki Ubat KURUS Terbaik!
Comments are closed.