Kemalangan Memang Tidak Pernah Berbau

Spread the love

Kemalangan tidak pernah berbau. Kemarin sekembali aku daripada memperbaharui pasport di pejabat Imigresen kereta kami dilanggar oleh sebuah motorsikal yang bertukar arah dari kiri ke kanan dengan melulu. Motorsikal itu merempuh pintu belakang kiri kereta yang mengakibatkan kemek dan calar sedikit. Daripada cermin pandang belakang aku nampak mamat itu tergolek dan bagun  semula.

Semalam aku dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak  ke madrasah. Sepanjang perjalanan mata aku memang segar bugar tetapi 2 km sebelum sampai Hentian Ayer Keroh tiba-tiba aku rasa sangat mengantuk. Isteri dan anak-anak semua sudah terlena. Sesampai di parkir Hentian Ayer Keroh aku terus parking dan terlena. Tiba-tiba aku tersedar bila terdengar bunyi dentuman yang kuat. Dalam hati aku siapa pulak yang langgar kereta aku ni. Tetapi alangkah terkejutnya apabila menyedari kereta aku yang melanggar sebuah kereta Honda Jazz.

Rupanya ketika aku parking tadi dalam keadaan mengantuk aku telah terletak gear ke Reverse Gear. Maka kemeklah bumper belakang dan pecah lampu belakang kereta aku dan kereta Honda Jazz tersebut. Pastilah kos baik pulih ribu-ribu juga ni. Tuan kereta nampak panik tetapi anaknya tenang je. Mereka dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Shah Alam. Kami bertukar-tukar no handphone. Insyallah hari Isnin kami akan uruskan dan anaknya cadangkan agar claim insuran je. Pak Cik Sahlan aku mohon maaf di atas kelalain.

Ini kemalangan pertama aku setelah memandu lebih daripada 15 tahun. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tujukkan dengan dua peristiwa kemalangan dalam dua hari berturut-turut. Pasti Allah nak uji aku atau mungkin juga Allah nak bersihkan sebahagian sumber rezeki aku. Insyallah aku REDHA dengan ujian kecil daripada Allah. Alhamdulillah Allah uji begini kalau diuji dengan kemalangan di tengah jalanraya pasti akibatnya lebih teruk.

Pagi ini perjalanan menghantar anak ke Madrasah Tahfiz diteruskan. Perjalanan kehidupan baru untuk aku, isteri dan anak. Hijrah dalam hidup untuk langkah pertama mewakafkan anak kepada perjuangan agama semuga Allah memudahkan segalanya.

@Terima kasih kepada semua teman-teman yang singgah dan tinggalkan kome di rumah baru DENAIHATI.COM

@Kepada peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal baru atau peserta lama yang hendak tukar link sila teruskan Hidup Berani Untuk Gagal.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

50 Comments

  1. Syukur tak tak teruk sgt.. aper2.. harap bersabar dgn dugaan nih… utk jadikan sbg iktibar dimasa yg mendatang..
    .-= hidup berani untuk gagal´s last blog ..Pesanan Buat Kita Semua Umat Islam =-.

  2. Oh, saya sudahpun update blog list. Thanks sebab ingatkan …
    .-= Precious´s last blog ..Koi yang Hidup Berani Untuk Gagal =-.

  3. Wahduh … nasib baik tidak teruk. Pastilah ada hikmah di sebalik kemalangan tu! Allah sentiasa menguji kita …
    .-= Precious´s last blog ..Kau Nak Kupon Makan Free tak =-.

    1. @Precious, Alhamdulillah syukur sangat tapi terkejut juga lah. Dulu pernah juga accident tapi naik motorsikal tu pun kena sondol dengan lori.

  4. kemalangan itu sesuatu yang tidak dijangka, atau dalam eri kata lain sesungguhnya malang itu tidak berbau..
    .-= Putera´s last blog ..IPT Islam Tidak Semestinya Kursus Agama =-.

  5. Ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.. Untuk ingat di masa depan supaya kita x mudah lalai.. Apapun byk2 bersabar yer bro..
    .-= Hidup Berani untuk Gagal´s last blog ..Anugerah Juara Lagu ke-24 =-.

  6. syukur takde pape yang serius. bawa bersabar banyak…
    .-= paeh´s last blog ..Kisah Kebebasan Kewangan =-.

    1. @Kujie, memang tak pernah berlaku sepanjang menggunakan kereta auto tapi akhirnya terlalai juga. Alhamdulillah masih boleh bergerak lagi kereta menuju arah yang dituju.

    1. @beliamuda, Insyallah aku akan lebih berhati-hati lagi. Pasti ada peringatan dari Allah dan mungkin juga salah satu cara Allah bersihkan dosa kecil jika kita terima ujian dengan redha.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!