Kelebihan Bersedekah Yang Dinyatakan Di Dalam Al-Quran

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kelebihan Bersedekah Yang Dinyatakan Di Dalam Al-Quran. Wujudnya golongan kaya adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Allah tidak menjadikan dunia ini sama rata seperti semua orang kaya atau semua orang mampu mempunyai pekerjaan yang hebat.

Jika semua orang bekerja sebagai pegawai syarikat, siapa yang akan membantu menyapu daun-daun kering di jalanan atau membersihkan tandas di pejabat anda?

Disebabkan itu, kita tidak boleh memandang rendah akan setiap pekerjaan atau orang sekeliling anda kerana manusia itu saling berkait dan memerlukan.

Baca : Harta Yang Kekal Walaupun Kita Mati Adalah Sedekah

Seperti sedekah. Islam menggalakkan untuk memberi kepada mereka yang memerlukan kerana dengan memberi, anda tidak akan jatuh miskin, malah anda ialah yang paling kaya di akhirat.

Sedekah itu adalah dengan memberikan sesuatu kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kewangan, harta benda serta makanan. Banyak kelebihan yang diceritakan di dalam Al-Quran terhadap perbuatan sedekah.

1 – Ganjaran Pahala Seperti 700 Kebaikan

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” 

(Surah Al-Baqarah, 2:261)


2 – Mengubati Kesedihan

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berduka cita.” 

(Surah Al-Baqarah, 2:274)

Baca : Sedekah yang lebih penting


3 – Allah Membalas Dengan Sebaik-Baik Balasan

Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma.”

(Surah Yusuf, 12:88)


4 – Manusia Yang Beriman

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (Kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir mereka itulah orang-orang yang zalim.” 

(Surah Baqarah, 2:254)

Jadi, dengan memberi, ia akan membuatkan anda lebih bahagia dan tenang. Setiap pahala yang mengalir itu akan menjadi saham untuk anda di akhirat. Oleh itu, memberilah walau sedikit namun ikhlas kerana tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada yang menerima.

Dengan keadaan Malaysia yang terkesan akibat covid-19, marilah kita sama-sama menyumbangkan sedikit rezeki ke dalam tabung Musaadah Covid-19 yang dilancarkan oleh JAKIM bagi membantu meringankan pihak-pihak yang terjejas.

Semoga dengan sedikit pemberian dan sedekah kita, Allah tarik kita masuk ke Syurga-Nya. Insyallah.

Wallahua’alam.

Sumber : tzkrh.com

baca : Wakaf Air Bersih kepada keluarga miskin di Kemboja


Spread the love

5 Comments

  1. Ya Allah banyak sekali keuntungan yang Allah berikan jika kita bersedekah.. Semoga hati, tangan dan pikiran kita dimudahkan untuk selalu bersedekah kepada orang-orang yang membutuhkan dan siapapun itu, aamiin

  2. SEDEKAH merupakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya kepada seluruh umat muslim. Kerana di dalam rezeki kita terdapat hak orang lain….

  3. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Memang dunia hari ni susah dari segi wabak dan juga status ekonomi. Tapi pasti ada yang lebih sedikit kesenangannya. Jika yang lebih turut berkongsi rezeki, alangkah indahnya..
    Curahan rasa JMR @ ..Covid-19 VS Kemelesetan Ekonomi.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!