Harta Yang Kekal Walaupun Kita Mati Adalah Sedekah

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ramai orang berasa berat hati untuk bersedekah, sebab mereka bimbang sedekah itu akan menyebabkan harta mereka berkurangan. Sedangkan jika kita melihat sedekah itu dari sudut kaca mata agama, itu tidak benar sama sekali.

Apa yang kita sedekahkan dan infakkan di jalan Allah, itulah yang akan kekal, yang akan menjadi harta kita yang sebenar, yang akan kita bawa ke akhirat kelak selepas kita sudah mati nanti.

Sedangkan harta yang kita simpan, yang itu akan menjadi harta ahli waris kita apabila kita sudah mati kelak. Ingat, harta kita yang sebenar ialah apa yang kita infak, yang kita kumpul, itu harta pusaka buat yang hidup.

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda:

Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (HR. Muslim no. 4689)

Jadi, setiap kali rasa berat hati untuk bersedekah, ingatlah mati.

Apabila kita ingat mati, nescaya kita akan jadi murah hati untuk bersedekah, bahkan akan berasa takut jika masih ada harta yang tersisa, yang masih belum kita infakkan ke jalan Allah SWT. Takut harta itu kelak akan menjadi sebab utama penyesalan kita di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 274, mafhum-Nya ;

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita”

Jadi, kita kenalah bersedekah agar dapat membantu orang lain walaupun hanya sedikit. Yang menurunkan dan memberi rezeki kepada kita adalah Allah. Allah Maha Pemurah dan Maha Adil.

InshaaAllah, Allah akan gandakan lebih banyak dari apa yang kita SEDEKAH kan tu.

Baca juga di sini, jika ingin rezeki yang melimpah ruah, dan jika berminat untuk melakukan Wakaf Air Bersih di Kemboja, klik sini.

Wallahu’alam. Jangan lupa share 🙂


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!