Wakaf Air Bersih kepada keluarga miskin di Kemboja

Spread the love

“Tuan, ada orang kirim salam. Mereka ucap terima kasih kepada semua yang telah membantu buat telaga pam di kawasan mereka. Sangat membantu tak perlu lagi mereka pergi sejauh dua kilometer untuk mencari air bersih terutama di musim kemarau.”

Abang Denai dapat wassap daripada orang kuat Koperasi Muslim Kemboja.

air-bersih-kemboja
Dulu mereka pelu mencari air bersih, kini tidak lagi

Ucapan terima kasih ini Abang Denai panjangkan kepada semua rakan-rakan yang infaq untuk membina berpuluh-puluh telaga pam di Kemboja sejak 10 puluh tahun lalu. Pasti mereka tahu siapa diri mereka.

Setiap wakaf berjumlah USD1400 dari kalian akan kami serahkan kepada Koperasi Muslim Kemboja. Pihak Koperasi akan memilih lokasi mengikut permohonan.

Satu telaga pam akan digunakan oleh 10 keluarga sekeliling telaga tersebut termasuk keluarga bukan Islam. Alhamdulillah projek telaga pam ini bukan sahaja dapat membantu saudara Islam malahan jadi asbab kepada yang bukan Islam hijrah menjadi Islam.

telaga-kemboja

Setiap unit memerlukan bajet sebanyak USD1400 (RM5800)

Kalian boleh menyumbang untuk projek Wakaf Telaga Kemboja

1. Satu bahagian bernilai USD100 (RM420)
2. Satu unit telaga USD1400 (RM5800)

telaga-air-bersih

Sumbangan boleh di bank in ke akaun Maybank Denaihati Resources 562834616817 dan email detail ke admin@denaihati.com dengan nota Wakaf Telaga Kemboja.

Sumbangan akan terus mendapat manafaat selama mana telaga ini berfungsi.

wakaf-telaga-kemboja

Gambar diatas ini adalah antara telaga pam sumbangan rakan Denaihati Network dengan kerjasama Koperasi Muslim Kemboja. Sudah lebih 50 unit telaga Pam yang sudah dibina tetapi masih jauh dari cukup.

“Bayangkan seorang anak Kemboja yang minum air dari Telaga Pam yang di infaq oleh team Denaihati menghafal Quran, setiap huruf yang dibaca ada pahala kepada pewakaf”

“Bayangkan seorang yang berpuasa berbuka puasa dengan air dari telaga yang disedekah oleh team Denaihati, pasti yang menginfaq mendapat pahala puasa mereka”.

Alhamdulillah sejak 2010 sudah lebih 50 telaga pam yang rakan-rakan Denaihati sudah infaq bermakna 500 keluarga sudah mendapat manafaat.

Terima kasih semua yang sudah membantu. Misi 2020 nak bina 100 lagi telaga pam di seluruh Kemboja dengan bantuan Koperasi Muslim Kemboja.

Sebarkan.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!