Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Pengalaman adalah guru yang terbaik“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak menulis cara untuk mempromosi produk baru kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini Abang bertemu dengan usahawan yang sangat berjaya. Kami sudah berkawan lama tetapi sudah hampir dua tahun tidak sempat nak mengopi bersama. Lapan tahun lepas beliau membuka sebuah syarikat membekalkan produk kesihatan dan kini produknya sudah diterima masyarakat dengan mendapat angka jualan yang tinggi setiap bulan. Majoriti hasil jualan adalah dari pada pelanggan yang membeli semula produk setiap bulan. Tertarik sungguh dengan nasihatnya –
Zaman sekarang bisnis baru kena fokus market online bukan beli iklan di majalah atau billboard tepi highway, dua tempat ini hanya sesuai untukk produk yang sudah ada jenama besar sahaja, untuk awareness dan strengthen jenama yang sudah terkenal.
Abang setuju dengan nasihat sahabat ini. Contohnya apabila Mc Donald buat iklan besar dalam surat khabar The Star pasti pengemar Mc Donald nak tengok apa produk baru yang mereka jual. Atau apabila Samsung beli iklan di billboard, peminat Samsung akan diberitahu model baru yang mereka lancarkan. Mc Donald dan Samsung adalah nama besar dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi jadi apabila mereka beli iklan hanya untuk memberitahu kepada follower apa produk baru mereka.
Teknik iklan untuk syarikat baru
Sekarang banyak syarikat baru yang membeli iklan billboard di tepi highway, soalnya, adakah cara itu berkesan? Bayangkan kita sebagai pemandu tiba-tiba nampak satu billboard besar syarikat ABC Sdn Bhd. Memandu dengan laju pasti hanya nampak iklan tersebut beberapa saat sahaja. Memang betul beratus ribu pemandu akan melihat iklan tersebut tetapi berapa ramai yang benar-benar balik rumah buat kajian tentang syarikat yang kita iklan kan apatah lagi produk yang kita paparkan. Banyak juga billboard syarikat baru yang serabut dengan macam-macam fakta yang hendak dipaparkan macamlah pemandu ada masa hendak membaca semua. Iklan billboard mesti ringkas tapi melekat dalam hari pemandu yang nampak hanya beberapa saat.
Banyak juga syarikat baru yang mengiklankan produk mereka di surat khabar contohnya Harian Metro. Kalau anda pembaca Harian Metro adakah anda akan baca iklan-iklan ini? Pakej iklan di surat khabar bukannya murah tetapi majoriti pembaca akan hanya membaca sekali lalu kemudian simpan dalam kotak untuk dijual kepada pembeli surat khabar lama. Itu belum lahi kira statistik pembaca surat khabar yang semakin merudum berbanding media online.
Kalau ikut nasihat sahabat Abang yang sudah berjaya dalam bisnis, cara promosi terbaik untuk syarikat baru adalah pengiklanan secara digital iaitu gabungan perkongsian sosial media, video dan penulisan blog. Kosnya lebih murah dan kadar capaiannya lebih tinggi. Bila kos murah, promosi boleh dibuat berulang-ulang kali. Iklan secara online boleh juga dibuat secara percuma kepada yang sudah mahir dengan caranya. Nak memahirkan diri perlu keluarkan belanja untuk belajar daripada sifu-sifu online yang bagus.
Pengiklanan Secara Digital
Contonya kita buka bisnis baru di kawasan Alor Star jadi apabila kita buat iklan menggunakan Facebook atau Google Adwords atau Instagram, peringkat permulaan kita tetapkan lokasi capaian di Alor Star dan daerah yang berada di sekeliling Alor Star. Apabila bisnis kita sudah semakin stabil barulah kita luaskan kawasan capaian untuk iklan yang kita buat. Kos pengiklanan di sosial media sangat murah dan kita boleh tetapkan bajet untuk setiap hari dan setiap bulan. Kita boleh ulang-ulang iklan dengan cara penulisan iklan yang berbeza-beza sehingga berjaya. Kos pengiklanan secara online boleh dibuat serendah USD1 sehari berbanding pergiklanan di billboard dan surat khabar yang pakejnya perlu dibayar berpuluh-puluh ribu ringgit.
Pengusaha baru mesti mencari penulis yang boleh menulis blog atau upah blogger yang sudah terkenal untuk menulis produk yang dikeluarkan supaya produk kita tersenarai di Google. Lebih daripada 20 juta rakyat Malaysia menggunakan Google untuk mencari semua informasi baru dan lama. Nak cari lokasi makan guna Google, nak beli produk kesihatan guna Google, nak cari homestay untuk bercuti guna Google dan macam-macam lagi informasi semuanya kita cari di Google. Jadi kita kena pastikan produk kita juga tersenarai di Google tapi jangan pulak harap sekali buat terus tersenarai di Google. Ianya perlu dibuat berulang-ulang kali sehingga produk kita tersenarai di Google.
Bajet untuk pengikalan
Team Denaihati pernah juga bekerjasama dengan Syarikat baru tapi masalah utama bajet pengiklanan yang terlalu kecil, sekali buat terus mengharapkan keputusan yang hebat, nak jualan produk yang banyak dan tersenarai di Google muka surat satu. Bila kita buat keputusan untuk berniaga selain bajet untuk membuat produk, pengusaha wajib ada bajet untuk mengiklanan bukan 5% tapi 50% dan akan berkurangan kepada 20% apabila produk kita sudah dikenali ramai. Kalau tak ada bajet pengiklanan lebih baik jangan mulakan bisnis tersebut kerana sudah tahu hujungnya pasti kecundang.
Cara terbaik sebelum mulakan perniagaan minta nasihat daripada pakar pengiklanan digital, tanyakan berapa bajet yang sesuai untuk dikeluarkan untuk mempromosi produk untuk setahun. Bila sudah tahu bajet baru mudah untuk kita merancang perniagaan kita.
Jangan jadikan bisnis baru kita gagal seperti gagalnya beribu-ribu pengusaha yang hanya buat bisnis sebab ikut-ikut. Orang lain buat bisnis kita pun tak buat bisnis tapi cara dan startegi lansung tak ada. Ilmu dan guru bisnis sangat penting untuk sukses dalam bisnis.
Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
138 Comments
Artikel yang sangat informatif, dan saya setuju dengan kata-kata anda mengenai promosi bisnis dengan tekonologi digital sungguh-sungguh efektif
Betul.. tersangat efektif.. lebih efektik berbanding pengiklanan secara offline yang memerlukan lebih banyak tenaga atau kos..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Mereka yang banyak duit macam DSVida pun dah memilih online untuk promosi jenama kedai emasnya. Bila sedar capaian iklannya lebih luas berbanding iklan di TV dan akhbar. Kosnya juga murah.
Kita yang baru nak bermula boleh cari media lain yang lebih rendah kosnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Bebas Kewangan Untuk Diamalkan
Saya syorkan guna blog dan asah betul-betul kemahiran SEO…
Kalau betul-betul menjadi boleh dapatkan kos pemasaran percuma..
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
bukan mudah untuk promosikan produk baru. tapi jika betul caranya memang boleh berjaya.
Curahan rasa Eray Majid @ ..5 Terbaik Makanan Elak Sembelit Selepas Bersalin
Ada juga produk yangg sudah lama di pasaran mengalami masalah bila nak dipromosikan di internet.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Senarai Kos Beli Rumah Lelong
Betul.. Selagi tak cuba mana tahu… Dah cuba baru tahu tinggi rendah dunia kesusahawanan…. Tapi jangan berputus asa… Kena berusaha sampai berjaya..
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
masalah promosi ini memang tidak boleh main-main sekarang youtube juga bisa menjadi lahan promosi yang baik
Curahan rasa Bujang @ ..3 Rahsia Untuk Berjaya Cemerlang
Youtube merupakan antara medium pengiklanan yang sangat efektif pada ketika ini… Ramai yang suka menonton video di you tube…
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Jadi, inilah peluang untuk meletakkan iklan secara berbayar di youtube… Nak iklan percuma pun boleh, tapi kena upload video sendiri… Pastikan kandungan video tu menarik untuk ditonton..
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
pengiklanan memang salah satu bajet terbesar dalam marketing sesuatu bisnes, jadi memang sangat penting. sama ada offline ataupun online.semuanya ada ROI nya yang tersendiri
Curahan rasa reezluv @ ..Boleh Ke Dapat 10K Sebulan Jual Aiskrim Je
Sesetengah orang berharap dapat Cost Per Lead yang rendah, ada yang harap dapat Cost Per Custumor yang rendah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Bebas Kewangan Untuk Diamalkan
Saya baru berjinak-jinak nek mengumpul lead secara berbayar.. dalam 2 tahun kebelakangan ni kumpul lead secara percuma sahaja…
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Setuju dengan Mr Denai. Even GV sendiri rasa lebih mudah kali nak cari info guna google sebab rasa infonya lebih up to date dan mungkin grafik pengiklanan di sosial media juga memainkan peranan. Good info to share. 😀
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..PENYANYI WANITA PALING BERJAYA DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN (1920’s-2010’s)
I am very thankful to you as your article has given me lots of ideas. Great content, thanks for sharing this impressive post. – sameday shirdi flight package, shirdi flight package sameday
antara masalah bila deal dgn bisnes yg baru menapak..buat iklan hari ini, terus nak dapat sales/untung esok hari.. konsep brand awareness masih belum difahami
Curahan rasa JMR @ ..Bangkitlah, Belajarlah Dulu Ilmu Pelaburan
Untung belum tentu, rugi sudah pasti, dalam bisnes tiada jaminan untung.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Bebas Kewangan Untuk Diamalkan
Betul… Setuju…
Nak bisnes kena keluarkan modal pemasaran terlebih dahulu… Jangan terus fikir nak untung… biasanya makan masa sehingga 2 tahun baru boleh dapat pulangan..
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Saya juga pebisnis Pemula atau yang belum lama mulai.
Namun memang benar bahwa promosi digital memang sangat efektif dan juga efesien…
Iklan menggunakan Facebook ads arau google adword jauh lebih murah harganya di banding iklan di bilbord selain lebih tertarget.
bisnes baru ada cara promosi yg tersendiri tak boleh nak samakan dengan yg dah established.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini
Mereka yang sudah berkembang bisnesnya ada cara yan tersendiri untuk buat promosi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan 1 Juta Dalam Masa 7 Hari
DOMINO99
” SAHABATKARTU,NET ”
agenjudikiukiu[dot]blogspot[dot]com/2017/10/sahabatkartu-net-agen-domino99-terpercaya.html
informasi tetap, sahih dan amat penting untuk penjual online yang baru bertatih..
Setakat ni baru mampu promote kat blog, instagram dan FB jer…. twitter pun sebab auto send dari IG. Belum mampu masuk paper atau magazine… kalau kat billboard lagi le tak cukup sumber…
nak promot kat sosial media mcm fb dan ig pun ada trick tertentu.. tu yg usahawa baru kena banyak belajar.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini
HIhi first time nampak billboar mcd yang siap ada tulis kalorinya, ke saya yang selama ini tak perasan
Curahan rasa onlajer @ ..Resepi Air Jagung Hazelnut Syrup Monin
Selamat berjaya. semua medium ada baik dan buruknya
asalkan kita usaha Allah swt mesti akan buka jalan
Insyaallah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Buah pinggang bengkak? Ini punca & Tanda tandanya! Elak rosak
Comments are closed.