Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Pengalaman adalah guru yang terbaik“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak menulis cara untuk mempromosi produk baru kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini Abang bertemu dengan usahawan yang sangat berjaya. Kami sudah berkawan lama tetapi sudah hampir dua tahun tidak sempat nak mengopi bersama. Lapan tahun lepas beliau membuka sebuah syarikat membekalkan produk kesihatan dan kini produknya sudah diterima masyarakat dengan mendapat angka jualan yang tinggi setiap bulan. Majoriti hasil jualan adalah dari pada pelanggan yang membeli semula produk setiap bulan. Tertarik sungguh dengan nasihatnya –
Zaman sekarang bisnis baru kena fokus market online bukan beli iklan di majalah atau billboard tepi highway, dua tempat ini hanya sesuai untukk produk yang sudah ada jenama besar sahaja, untuk awareness dan strengthen jenama yang sudah terkenal.
Abang setuju dengan nasihat sahabat ini. Contohnya apabila Mc Donald buat iklan besar dalam surat khabar The Star pasti pengemar Mc Donald nak tengok apa produk baru yang mereka jual. Atau apabila Samsung beli iklan di billboard, peminat Samsung akan diberitahu model baru yang mereka lancarkan. Mc Donald dan Samsung adalah nama besar dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi jadi apabila mereka beli iklan hanya untuk memberitahu kepada follower apa produk baru mereka.
Teknik iklan untuk syarikat baru
Sekarang banyak syarikat baru yang membeli iklan billboard di tepi highway, soalnya, adakah cara itu berkesan? Bayangkan kita sebagai pemandu tiba-tiba nampak satu billboard besar syarikat ABC Sdn Bhd. Memandu dengan laju pasti hanya nampak iklan tersebut beberapa saat sahaja. Memang betul beratus ribu pemandu akan melihat iklan tersebut tetapi berapa ramai yang benar-benar balik rumah buat kajian tentang syarikat yang kita iklan kan apatah lagi produk yang kita paparkan. Banyak juga billboard syarikat baru yang serabut dengan macam-macam fakta yang hendak dipaparkan macamlah pemandu ada masa hendak membaca semua. Iklan billboard mesti ringkas tapi melekat dalam hari pemandu yang nampak hanya beberapa saat.
Banyak juga syarikat baru yang mengiklankan produk mereka di surat khabar contohnya Harian Metro. Kalau anda pembaca Harian Metro adakah anda akan baca iklan-iklan ini? Pakej iklan di surat khabar bukannya murah tetapi majoriti pembaca akan hanya membaca sekali lalu kemudian simpan dalam kotak untuk dijual kepada pembeli surat khabar lama. Itu belum lahi kira statistik pembaca surat khabar yang semakin merudum berbanding media online.
Kalau ikut nasihat sahabat Abang yang sudah berjaya dalam bisnis, cara promosi terbaik untuk syarikat baru adalah pengiklanan secara digital iaitu gabungan perkongsian sosial media, video dan penulisan blog. Kosnya lebih murah dan kadar capaiannya lebih tinggi. Bila kos murah, promosi boleh dibuat berulang-ulang kali. Iklan secara online boleh juga dibuat secara percuma kepada yang sudah mahir dengan caranya. Nak memahirkan diri perlu keluarkan belanja untuk belajar daripada sifu-sifu online yang bagus.
Pengiklanan Secara Digital
Contonya kita buka bisnis baru di kawasan Alor Star jadi apabila kita buat iklan menggunakan Facebook atau Google Adwords atau Instagram, peringkat permulaan kita tetapkan lokasi capaian di Alor Star dan daerah yang berada di sekeliling Alor Star. Apabila bisnis kita sudah semakin stabil barulah kita luaskan kawasan capaian untuk iklan yang kita buat. Kos pengiklanan di sosial media sangat murah dan kita boleh tetapkan bajet untuk setiap hari dan setiap bulan. Kita boleh ulang-ulang iklan dengan cara penulisan iklan yang berbeza-beza sehingga berjaya. Kos pengiklanan secara online boleh dibuat serendah USD1 sehari berbanding pergiklanan di billboard dan surat khabar yang pakejnya perlu dibayar berpuluh-puluh ribu ringgit.
Pengusaha baru mesti mencari penulis yang boleh menulis blog atau upah blogger yang sudah terkenal untuk menulis produk yang dikeluarkan supaya produk kita tersenarai di Google. Lebih daripada 20 juta rakyat Malaysia menggunakan Google untuk mencari semua informasi baru dan lama. Nak cari lokasi makan guna Google, nak beli produk kesihatan guna Google, nak cari homestay untuk bercuti guna Google dan macam-macam lagi informasi semuanya kita cari di Google. Jadi kita kena pastikan produk kita juga tersenarai di Google tapi jangan pulak harap sekali buat terus tersenarai di Google. Ianya perlu dibuat berulang-ulang kali sehingga produk kita tersenarai di Google.
Bajet untuk pengikalan
Team Denaihati pernah juga bekerjasama dengan Syarikat baru tapi masalah utama bajet pengiklanan yang terlalu kecil, sekali buat terus mengharapkan keputusan yang hebat, nak jualan produk yang banyak dan tersenarai di Google muka surat satu. Bila kita buat keputusan untuk berniaga selain bajet untuk membuat produk, pengusaha wajib ada bajet untuk mengiklanan bukan 5% tapi 50% dan akan berkurangan kepada 20% apabila produk kita sudah dikenali ramai. Kalau tak ada bajet pengiklanan lebih baik jangan mulakan bisnis tersebut kerana sudah tahu hujungnya pasti kecundang.
Cara terbaik sebelum mulakan perniagaan minta nasihat daripada pakar pengiklanan digital, tanyakan berapa bajet yang sesuai untuk dikeluarkan untuk mempromosi produk untuk setahun. Bila sudah tahu bajet baru mudah untuk kita merancang perniagaan kita.
Jangan jadikan bisnis baru kita gagal seperti gagalnya beribu-ribu pengusaha yang hanya buat bisnis sebab ikut-ikut. Orang lain buat bisnis kita pun tak buat bisnis tapi cara dan startegi lansung tak ada. Ilmu dan guru bisnis sangat penting untuk sukses dalam bisnis.
Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
138 Comments
Pasaran digital sangat bagus sekarang ini, cuma perlu bijak mengambil kesempatan terutamanya di media sosial Facebook, Google adword, Instagram, blog dan sebagainya.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K
Betul.. mana-mana syarikat atau produk yang tidak mengambil peluang untuk melakukan pemasaran digital akan ketinggalan jauh dari segi pemasaran berbanding pesaing2 mereka..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
Perkongsian yang sangat bagus untuk semua pembaca.
Buat bisnes baru banyak cabarannya, silap langkah boleh lingkup.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K
Tuan Kamil Salleh sendiri sudah melalui pengalaman tersebut..
Lepas ni mungkin tuan Kamil Salleh boleh kongsikan pengalaman membangunkan perniagaan Nasi Pandan..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
secara jujurnya, saya tak pernah beli produk selepas lihat iklan di tepi highway, biasanya buat carian dan kajian di google dan facebook, dah puas hati baru beli..
Curahan rasa abg mus @ ..Mengapa Bitcoin Menjadi Sangat Berharga Pada Hari Ini?
Samalah kita.. saya pun macam tu juga..
Jarang nak ambil tahu tentang produk2 yang diiklankan di tepi highway..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Sebenarnya kebanyakan produk yang diiklankan di tepi highway tu langsung tidak menarik perhatian saya..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Bila kita rasa tak menarik… memang tak ada keinginan untuk membeli..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Ya….. lakukan pencarian di internet sdaah jalan erbaiksemoga tidak tersilap beli.
Saya kebanyakan beli di Lazada, tempat paling selamat untuk belian atas talian walaupun ada kita dengar berlaku kesulitan bila berlaku barang yang dibeli tidak sama dengan yang ditempah.
Namun begitu, sekurang-kurangnya baru yang ditemoah itu sampai ke tangan kita.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K
Saya basedkan bajet saya 10% dari sales sebagai penandaaras untuk iklan online
Bagus juga idea ni.. kalau keuntungan biasa 40% daripada harga jualan, dengan menggunakan pecahan ni sekurang-kurangnya masih ada lagi keuntungan sebanyak 30%..
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
perlu belajar dengan benar kaidah promosi bisnis ini jangan sampai dah keluar banyak duit namun promosi tak berhasil
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
ramai usahawan yg terjerat dengan strategi marketing penjual iklan billboard ni hingga keluar duit puluh ribu dan ratus ribu tapi sale tak ada pun. billboard ni sesuai utk syarikat besar sahaja.
Curahan rasa denaihati @ ..Teknik buat banyak duit trade saham yang dirahsiakan oleh pakar saham
dengan strategi iklan yang benar maka bukan tidak mungkin seorang akan beroleh kejayaan dalam berbagai hal
Curahan rasa Bujang @ ..Wordless Wednesday (Springy Noodle At Noodle Station)
Budget pengiklanan memang kena utk sesuatu perniagaan. Tetiba je terfikir ni macam mana nak tambah jumlah follower blog…haha
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
Betul tu.. nak bisnes kena wajib ada kos pengiklanan.. sebab pemasaran merupakan nadi bagi sebuah perniagaan..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Tapi bergantung kepada kemampuan bajet yang kita ada.. yang penting jangan langsung tak ada bajet pengiklanan..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Promosi bines mesti kena guna kaedah yang betul.. kalau salah kaedah mmg rugi la ..
sbb modal keluar tapi pelanggan tak dapat..
pernah lalui situasi ni dulu.. mmg sedih..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Pinjaman Peribadi Koperasi Kuala Lumpur
Biasanya keadaan ni berlaku bagi mereka yang menggunakan fbads.. ramai yang membakar duit tapi hasil tak ada..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Dengan menggunakan pemasaran secara digital yang bersepadu, hasilnya pasti gempak. Bila dah banyak pelanggan jangan lupa pula untuk menyimpan data pelanggan.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
betul tu..
dengan ada maklumat dari pelanggan ..
kita dapat menawarkan produk yang sesuai untuk mereka.
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular
Data base yang tersimpan dengan kemas boleh digunakan untuk follow up bagi melihat apa produk yang sesuai untuk ditawarkan pada mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Senarai Semak Beli Rumah Lelong
Kaedah pengiklanan yang kurang tepat pasti tidak dapat memberi pulangan kepada laburan perniagaan. Manakala kaedah yang betul membolehkan peniaga untuk berlipat ganda.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
Penggunaan bilboard juga bagus untuk megapai pelanggan yang tidak menggunakan media digital. Selalunya bila banyak kali pelanggan lihat billboard jenama itu tersebut akan terpasak dalam minta pelanggan seterusnya bila sebuat sahaja tudung orang akan ingat jenama fareeda sebagai contohnya.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
berbaloi la tu..
nak buat mahal..
cara pengukuhan jenama dalam minda manusia
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular
sekarang ni orang suka google je if nak cari info apa-apa. lebih meluas kalau guna digital
Curahan rasa raihanah @ ..Kalsium Magnesium Untuk Ibu Mengandung
Sesetengah orang akan pakai Safari, selain dari guna Google untuk cari maklumat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Bebas Kewangan Untuk Diamalkan
Baru saya tahu tentang Safari ni…
Tapi bagi saya google tetap di hati… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Yang bagusnya bila menggunakan media digital sebagai tool pemasaran, capaian lebih luas, silap-silap dapat pelanggan luar negara. Kan best tu ?
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Kalau dapat pelanggan dari Amerika, makanya caj dalam USD hampir 4 kali ganda wang kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..15 Perkara Yang Boleh Dihentikan
panduan sgt bermanfaat utk newbie bisnes online mcm saya.. terimakasih atas perkongsian ilmu.
DH sentiasa share ilmu berguna utk usahawan. semuanya menarik dan boleh dijadikan panduan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat terus dipraktikkan supaya orang yang sudi berkongsi ilmu mendapat saham di akhirat..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Sekarang terlalu banyak peluang dan ruang untuk kita beriklan, cuma bergantung kepada kemahuan dan kewangan kita. Jangan terlalu ghairah mengejar pengiklanan sehingga tidak melihat kemampuan kewangan bisnes kita.
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Resepi Popia Carbonara Yang Mudah
Betul setuju.. kena bijak membuat perancangan.. kena ada ilmu terlebih dahulu sebelum bertindak..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Kalau kita main redah jer keluarkan kos pengiklanan tanpa ilmu.. terutamanya fbads.. boleh menyebabkan kita rugi..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Pilih ruang iklan atau platform yang benar benar dapat bantu buat jualan sahaja, contohnya Google Adwords.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan 1 Juta Dalam Masa 7 Hari
Mesti monitor ROI setelah billboard dipasang. Kalau ada kenaikan itu petanda bagus kalau tidak kena tukar kaedah atau cara pemasaran yang lain.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Biasanya big boy yang sudah bertapak lama di pasaran berani laburkan kos untuk pasang billboard.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Bebas Kewangan Untuk Diamalkan
Satu masa dulu FB Ads murah dan efektif, hari ini keadaan dah jadi sebaliknya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan 1 Juta Dalam Masa 7 Hari
saya tak tengok orang lain..
saya sendiri kalau nak info pun google je..
pasti berjumpa jawapan atau info yang kita nak..
saya berharap suatu hati nanti blog saya akan terkenal juga
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Boleh tuan.. In Shaa Allah..
Saya tengok tuan pun rajin belajar ilmu SEO..
Kalau praktikkan dengan bersungguh-sungguh pasti boleh berjaya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Blog atau web yang terpapar di muka utama Google juga adalah contoh iklan yang baik di laman enjin carian.
Curahan rasa Ikhwan @ ..15 Perkara Yang Boleh Dihentikan
Betul setuju… Paling best sekali boleh jimatkan kos pengiklanan.. Malah kos pengiklanan percuma kalau tahu caranya…
Curahan rasa Anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Teknologi sepertinya memang sudah menjadi alat utama yg efektif dalam segala aspek, mulai dari promosi bisnis, sosialisasi, dan segala informasi
Comments are closed.