Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Pengalaman adalah guru yang terbaik“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak menulis cara untuk mempromosi produk baru kita.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini Abang bertemu dengan usahawan yang sangat berjaya. Kami sudah berkawan lama tetapi sudah hampir dua tahun tidak sempat nak mengopi bersama. Lapan tahun lepas beliau membuka sebuah syarikat membekalkan produk kesihatan dan kini produknya sudah diterima masyarakat dengan mendapat angka jualan yang tinggi setiap bulan. Majoriti hasil jualan adalah dari pada pelanggan yang membeli semula produk setiap bulan. Tertarik sungguh dengan nasihatnya –
Zaman sekarang bisnis baru kena fokus market online bukan beli iklan di majalah atau billboard tepi highway, dua tempat ini hanya sesuai untukk produk yang sudah ada jenama besar sahaja, untuk awareness dan strengthen jenama yang sudah terkenal.
Abang setuju dengan nasihat sahabat ini. Contohnya apabila Mc Donald buat iklan besar dalam surat khabar The Star pasti pengemar Mc Donald nak tengok apa produk baru yang mereka jual. Atau apabila Samsung beli iklan di billboard, peminat Samsung akan diberitahu model baru yang mereka lancarkan. Mc Donald dan Samsung adalah nama besar dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi jadi apabila mereka beli iklan hanya untuk memberitahu kepada follower apa produk baru mereka.
Teknik iklan untuk syarikat baru
Sekarang banyak syarikat baru yang membeli iklan billboard di tepi highway, soalnya, adakah cara itu berkesan? Bayangkan kita sebagai pemandu tiba-tiba nampak satu billboard besar syarikat ABC Sdn Bhd. Memandu dengan laju pasti hanya nampak iklan tersebut beberapa saat sahaja. Memang betul beratus ribu pemandu akan melihat iklan tersebut tetapi berapa ramai yang benar-benar balik rumah buat kajian tentang syarikat yang kita iklan kan apatah lagi produk yang kita paparkan. Banyak juga billboard syarikat baru yang serabut dengan macam-macam fakta yang hendak dipaparkan macamlah pemandu ada masa hendak membaca semua. Iklan billboard mesti ringkas tapi melekat dalam hari pemandu yang nampak hanya beberapa saat.
Banyak juga syarikat baru yang mengiklankan produk mereka di surat khabar contohnya Harian Metro. Kalau anda pembaca Harian Metro adakah anda akan baca iklan-iklan ini? Pakej iklan di surat khabar bukannya murah tetapi majoriti pembaca akan hanya membaca sekali lalu kemudian simpan dalam kotak untuk dijual kepada pembeli surat khabar lama. Itu belum lahi kira statistik pembaca surat khabar yang semakin merudum berbanding media online.
Kalau ikut nasihat sahabat Abang yang sudah berjaya dalam bisnis, cara promosi terbaik untuk syarikat baru adalah pengiklanan secara digital iaitu gabungan perkongsian sosial media, video dan penulisan blog. Kosnya lebih murah dan kadar capaiannya lebih tinggi. Bila kos murah, promosi boleh dibuat berulang-ulang kali. Iklan secara online boleh juga dibuat secara percuma kepada yang sudah mahir dengan caranya. Nak memahirkan diri perlu keluarkan belanja untuk belajar daripada sifu-sifu online yang bagus.
Pengiklanan Secara Digital
Contonya kita buka bisnis baru di kawasan Alor Star jadi apabila kita buat iklan menggunakan Facebook atau Google Adwords atau Instagram, peringkat permulaan kita tetapkan lokasi capaian di Alor Star dan daerah yang berada di sekeliling Alor Star. Apabila bisnis kita sudah semakin stabil barulah kita luaskan kawasan capaian untuk iklan yang kita buat. Kos pengiklanan di sosial media sangat murah dan kita boleh tetapkan bajet untuk setiap hari dan setiap bulan. Kita boleh ulang-ulang iklan dengan cara penulisan iklan yang berbeza-beza sehingga berjaya. Kos pengiklanan secara online boleh dibuat serendah USD1 sehari berbanding pergiklanan di billboard dan surat khabar yang pakejnya perlu dibayar berpuluh-puluh ribu ringgit.
Pengusaha baru mesti mencari penulis yang boleh menulis blog atau upah blogger yang sudah terkenal untuk menulis produk yang dikeluarkan supaya produk kita tersenarai di Google. Lebih daripada 20 juta rakyat Malaysia menggunakan Google untuk mencari semua informasi baru dan lama. Nak cari lokasi makan guna Google, nak beli produk kesihatan guna Google, nak cari homestay untuk bercuti guna Google dan macam-macam lagi informasi semuanya kita cari di Google. Jadi kita kena pastikan produk kita juga tersenarai di Google tapi jangan pulak harap sekali buat terus tersenarai di Google. Ianya perlu dibuat berulang-ulang kali sehingga produk kita tersenarai di Google.
Bajet untuk pengikalan
Team Denaihati pernah juga bekerjasama dengan Syarikat baru tapi masalah utama bajet pengiklanan yang terlalu kecil, sekali buat terus mengharapkan keputusan yang hebat, nak jualan produk yang banyak dan tersenarai di Google muka surat satu. Bila kita buat keputusan untuk berniaga selain bajet untuk membuat produk, pengusaha wajib ada bajet untuk mengiklanan bukan 5% tapi 50% dan akan berkurangan kepada 20% apabila produk kita sudah dikenali ramai. Kalau tak ada bajet pengiklanan lebih baik jangan mulakan bisnis tersebut kerana sudah tahu hujungnya pasti kecundang.
Cara terbaik sebelum mulakan perniagaan minta nasihat daripada pakar pengiklanan digital, tanyakan berapa bajet yang sesuai untuk dikeluarkan untuk mempromosi produk untuk setahun. Bila sudah tahu bajet baru mudah untuk kita merancang perniagaan kita.
Jangan jadikan bisnis baru kita gagal seperti gagalnya beribu-ribu pengusaha yang hanya buat bisnis sebab ikut-ikut. Orang lain buat bisnis kita pun tak buat bisnis tapi cara dan startegi lansung tak ada. Ilmu dan guru bisnis sangat penting untuk sukses dalam bisnis.
Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
138 Comments
cara pengiklanan dan content iklan juga mainkan peranan..
kalau iklan yang catchy boleh buat pengguna asyik teringat sampai bila bila..malah mungkin dari content iklan tu sendiri secara sendirinya melekat di kepala..pada masa depan dah tak payah laburkan dalam pengiklanan lagi dgn jumlah yang besar hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Lindungi Diri Dari Penipuan – Western Union
Kos pengiklanan digital ni lebih rendah dari yang menggunakan billboard, dan kesannya kepada pengguna untuk membeli barangan kita juga cepat
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Bacaan Tekanan Darah Suami Naik, Tak Boleh Ignore je!
Saya bermula iklankan dengan zero kos di facebook lepas tue baru berjinak pula dengan blog. Masih lagi dalam proses belajar dan apply teknik yang dah diajar. Suka try and error ikut kemampuan diri..
Curahan rasa Nur Razali @ ..Protein Soya Pilihan Terbaik Untuk Ibu Yang Sibuk!
Tak per slow2.. in shaa Allah jika kita terus fokus dengan bisnes, lama2 boleh berjaya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Yang penting jangan sesekali berputus asa.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Ya, pengiklanan di internet boleh dikatakan sangat murah berbanding billboard yang berharga puluhan ribu. IKSB juga buat pengiklanan cuma diinternet.
Curahan rasa Zulfaka Ali @ ..Kitol
Betul tuan.. kalau nak dibandingkan pengiklanan diinternet dengan billboard memang jauh panggang dari api.. beza sangat…
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Terima kasih. Info yang bagus. Masih baru nak berjinak-jinak dengan bisness ni
Curahan rasa sharimah @ ..KOREA MAY 2017 : DAY 5 – NAMI ISLAND
Belum terlambat puan untuk memulakan bisnes.. bagi saya bisnes yang paling selamat ialah bisnes dengan modal kecil, tapi ada permintaan yang tinggi..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Sebagai contoh jual produk digital seperti ebook, software aplikasi dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Risiko kerugian mejual produk digital lebih rendah berbanding produk fizik sebab kita tak perlu nak menyimpan stok..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Terima kasih atas panduan dan kaedag yang diberikan. Semoga bisnes semua nya makin maju dengan kaedah ini.
Yang paling malang, orang nampak iklan di lebuhraya, tapi bila google, tiada maklumat pula.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rahsia Ahmad Memborong Di China Tanpa Pergi Ke China
alamak. yang macam ni pun ada jugak ke. macam mana nak dpt info kalau takde di internet.?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Drama Dia di Tv3
Terima kasih atas panduan dan kaedah yang betul mempromosi bisnis baru.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Akasia Senegal Dan Akasia Seyal Diterima Sebagai Gum Arabic
kaedah sekarang menggunakan blog sebagai media promosi yang ampuh..
semoga trend menggunakan blog sebagai media promosi mendapat tempat di kalangan usahawan.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
sebab tu usahawan digalakkan mendapat pendedahan ttg IM. banyak manfaatnya nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Drama Dia di Tv3
siapa yang ada blog yang power dari segi SEO memang menjadi perhatian para pengusaha bisnes…
ada yang masih belum percaya dan bergantung harap dengan pengiklanan tradisional..
tak kurang kurang yang masih main FB untuk promosi bisnes..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Iklan billboard kosnya amat tinggi, kadar responsifnya pula sangat rendah, lainlah kalau jenama sudah dikenali, buat iklan sekadar untuk membina hubungan dengan pelanggan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Senarai Kos Beli Rumah Lelong
Semasa di peringkat awal pembabitan saya dalam bisnes homestay, saya menggunakan mudah.my..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Tapi semenjak saya tahu menulis blog, saya lebih banyak bergantung kepada blog untuk mempromosikan homestay..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Alhamdulillah.. dah masuk tahun ke 5 blog saya berada di page pertama google, untuk hasil carian keyword2 yang berkaitan dengan homestay saya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Bila saya buat survey, kebanyakan penyewa homestay saya datang dari google dan blog..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Yang bestnya pengiklanan homestay di blog sendiri guna blogspot percuma sahaja.. cuma perlu kos bayar domain sahaja RM30 hingga RM60 setahun..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
yang penting ada ayat cantik dan menyakinkan seperti tuan Anuar gunakan dalam blog..
kalau ada yang nak cari orang yang boleh promosi bisnes online..
carilah Tuan Anuar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Setuju… kualiti trafik atau orang yang melihat iklan kita di tepi highway tak sama dengan kualiti trafik yang melihat iklan kita melalui facebook atau google..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
penjenamaan atau promosi bisnis di lebuhraya sebenar untuk manipulasi minda..
tanamkan dalam minda bawah sedar manuasia..
macam blog Denaihati.com
itu blog kesukaan ramai..
pemiliknya pemurah dan berhati mulia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
pengiklanan di blog pun boleh juga, blog saya iklan murah2 jugalah.. untuk pertama kali saya cuba dapatkan database pelanggan dulu, kemudian baru create strategi apa yang dia mahukan dalam pengiklanan, so ada banyak step disitu. kiranya win2 situation disitu..
Curahan rasa zik @ ..Asas fotograpi yang anda perlu tahu
Pengiklanan di blog dengan cara mengumpul database merupakan cara yang terbaik… boleh follow up database dari masa ke semasa dengan menggunakan pemasaran email..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Teknik ini digunakan oleh kebanyakan usahawan internet tegar untuk menghasilkan jualan sehingga 5 angka dalam tempoh masa yang singkat..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Database is money piping…
bayangkan ada mailnglist ada 100K
convert sales untuk 1% sudah cukup ok…
lebih -lebih lagi kalau margin profit cecah 50%
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Kos rendah untuk bermula memang bagus, bila modal dah ada boleh tingkatkan kos iklan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..10 Senarai Kos Beli Rumah Lelong
kos pengiklan memang dah masuk kos operasi..
kurang kos iklan maka untung boleh dinaikkan..
memgapa bayar lebih kepada iklan yang sementara sifanya berbanding artikel yang ditu;is dalam blog
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
sekarang ni kuasa internet lebih kuat berbanding printed material. sebab tu ramai yng mmpromosikan produk di media sosial
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X
Ramai pengguna telefon yang melayari internet, kafe siber pun belum tentu boleh survive.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi
trend bisnes semakin berubah..
kini orang boleh akses intenet melalui telefon pintar..
jadi tiada alasan untuk mereka pergi CC atau cyber cafe
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Kuasa internet bukan sahaja terbukti efektif malah dalam masa yang sama dapat menjimatkan kos pemasaran..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
kos pemasaran kurang..
keuntungan boleh naik..
kalau boleh percuma..
memang boleh jika ada blog sendiri dan ada produk sendiri untuk dipasaran..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabaran SEO WCB Memang Terbaik
Setuju. Seharusnya dana billboard disalurkan ke pengiklanan digital yang lebih murah dan tinggi capaiannya.
Curahan rasa Razis @ ..Muzik Video Lagu Dealova – Versi Opick. Memang Mendayu
Kos iklan billboard itu boleh guna untuk iklan Adwords atau Facebook Ads yang jauh lebih rendah dan targeted.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa
Terima kasih info.
Terima kasih ingatkan balik saya kepada Blog.
Curahan rasa Cikgu ieta @ ..5 Tips Niaga menghasilkan Rezki Allah tanpa diduga
Comments are closed.