Kadar Dividen KWSP 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri sebelum ini  “Munculnya Dajjal fitnah akhir zaman, Freemasons dan Tasik Kinneret“. Kali ini Abang nak berkongi kadar dividen KWSP untuk tahun kewangan 2017.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Alhamdulillah sebelum ini telah diumumkan Dividen dan bonus ASNB 2017 dan terbaru Hibah Tabung Haji 2017. Pasti ramai menunggu pengumuman dividen satu lagi platform pelaburan jangka masa panjang iaitu KWSP. Walaupun Abang sudah lebih 15 tahun tidak mencarum di KWSP tetapi jumlah terakhir yang tersimpan boleh tahan banyak. Sehingga hari ini baru dua kali buat pengeluaran untuk bayar rumah pertama.

KWSP umum dividen 2017

Alhamdulillah pada 10/2/2018, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dan simpanan Syariah pengisytiharan dividen yang pertama sebanyak 6.4 peratus. Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.9 peratus merupakan kadar tertinggi yang pernah diumum semenjak 1997. Secara keseluruhannya, jumlah agihan dividen adalah RM48.13 bilion, naik 29.8 peratus berbanding dividen tahun 2016. Pengkreditan Dividen 2017 akan dilaksanakan pada Ahad, 11 Februari 2018 dan pencarum boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau aplikasi mudah alih i-Akaun.

Pengurusan Akaun KWSP

Caruman KWSP adalah simpanan hari tua setelah kita pencen. Simpanan ini mesti diuruskan dengan baik dan jangan dikeluarkan sesuka hati untuk keperluan yang tidak penting. Keluarkan bila perlu seperti untuk bayaran rumah pertama, membiayai bayaran hospital, membiayai yuran pelajaran anak-anak dan menunaikan haji. Abang sebut ini sebab ada juga yang memperdaya KWSP dengan dokumen palsu untuk pengeluaran tujuan yang lain. Sebenarnya kita bukan menipu KWSP tetapi menipu diri sendiri yang akhirnya kita akan rasa susahnya apabila sudah pencen.

Kalau tidak ada keperluan biarkan sahaja caruman itu bertambah mengikut kadar dividen yang di beri setiap tahun. Kuasa compounding pelaburan di KWSP sangat hebat. Abang sendiri sudah merasai nikmat compounding iaitu dalam tempoh 15 tahun tidak pernah menambah caruman tetapi jumlah simpanan sudah bertambah lebih 130%, inshaallah dalam tempoh lima tahun lagi boleh mencecah 200%.

Akaun Konvensional atau Akaun Syariah

Semasa Abang membuat keputusan untuk memindahkan akaun KWSP konvensional kepada akaun syariah, pegawai KWSP telah menerangkan dengan panjang lebar segala kelebihan dan kekurang kerana setelah perubahan telah dibuat tak boleh nak tukar semula. Pendapat Abang sebagai seorang muslim sebenarnya kita tidak ada pilihan selain menukar akaun kepada akaun Syariah walaupun Pegawai KWSP telah menjelaskan bahawa pulangan akaun Syariah akan lebih rendah daripada akaun konvensional. Keberkatan yang kita dapat daripada dividen akaun syariah adalah lebih bernilai daripada jumlah lebih wang dividen 0.5 peratus yang diperolehi daripada akaun konvensional.

Cara tukar akaun konvensional ke akaun Syariah

  1. Anda hanya perlu ke mana-mana pejabat atau cawangan KWSP berhampiran.
  2. Sila bawa kad pengenalan anda (warganegara) atau passport (warga asing/bukan warganegara).
  3. Anda akan diminta untuk scan dan turunkan cap jari sebagai pengesahan identiti dan pengesahan penerimaan penukaran konsep simpanan.
  4. Pengesahan pendaftaran penukaran simpanan KWSP Syariah akan dimaklumkan menerusi SMS. In Sha Allah, dalam masa sehari akan terima pengesahan ini di telefon bimbit. Jika lulus, simpanan dan pelaburan anda dalam KWSP akan dimulakan dengan konsep Syariah bermula pada 1 Januari 2017. Jika anda tidak terima, anda mungkin dalam senarai menunggu kerana kehabisan dana pelaburan.

Mencari keberkatan dengan akaun syariah adalah tugas kita sebagai muslim. Kepada yang belum mencarum bagus juga mencarum sebagai platform pelaburan jangka masa panjang yang selamat kerana ianya dijamin oleh Kerajaan.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan manafaat


Spread the love

41 Comments

    1. Yup, ini duit yang nak digunakan selepas kita bersara kelak. Kalau dah cukup dgn dividen yg terhasil boleh terus menyimpan..kalu nak dividen yang lebih tinggi, boleh kontek saya

    1. Suda dinyatakan semasa acc syariah dikeluarkan. Pengiraan tak sama. Yang konvensional, mereka labur ditempat tempat yang tak terlalu bersih..

    1. Memang syarat wajib utk majikan mencarum dlm kwsp utk pekerja diorg. Dan boleh dikeluarkan bila mencapai usia wajib bersara. Malangnya ramai yang gelap mata bila dpt duit seketul macam tu

    2. Betul tu Mama. ramai mcm ni. lepas 2 tahun pencen kebanyakan akn habis duit simpanan ni. Kena gunakan mata hati untuk bezakan berita di akhir zaman ni

    1. Dividen tinggi semua orang suka, persediaan untuk masa kita pencen memang perlu dibuat dengan rapi..jangan menyesal di kemudian hari

      1. Betul tu tuan. Malangnya ramai yang tak yakin duit boleh dikembangkan. Berbuih dah mulut say ni hehe..

        Sapa nak kembangkan duit kwsp boleh bagitahu naa

    1. Normal dan menjadi kebiasaan di mana mana, pulangan syariah tidak segah konvesional. sebenarnya di sinilah ujian buat muslimin dan muslimat. jangan tertiup dgn angka. Keberkatan yang kita cari

      1. tu pasal kita kena tukar ke akaun syariah. Sebelum ini semuanya konvensional. Skang ni dah ada pilihan akaun syariah..dijamin patuh syariah

      1. Setuju. ada dana yang beri pulangan agak tak setimpal, ada yang sgt cemerlang. Bergantung kepada belian pada awalnya

    1. Alhamdulillah.. agak tinggi utk kali pertama diistiharkan patuh syariah. Semoga makin meningkat utk tahun seterusnya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!