Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu perkara yang sejak akhir-akhir ini semakin kerap dikongsikan oleh para ilmuan. Kisah dajjal semakin hampir sudah diceritakan sudah sekian lama. Perkara pertama yang melibatkan dua perkara iaitu berpendapat bahawa dajjal akan datang dalam bentuk peribadi atau susuk tubuh manusia dan satu lagi berpandangan dajjal adalah bukan susuk tubuh manusia tetapi adalah simbol kerosakan. Pandangan yang kedua ini adalah lebih kepada fahaman dan sistem.
Adapun demikian, kisah dajjal tidak terdapat di dalam Al Quran tetapi ada disebutkan di dalam hadis-hadis sahih. Dajal digambarkan adalah seorang pemuda yang rambutnya kerinting, matanya menyembul keluar dan menurut Rasulullah s.a.w. seperti Abdul Uzza bin Qathan.
Peringatan tentang kehadiran dajjal telah diberitahu sejak zaman Nabi lagi. Di kuliah-kuliah, di mimbar-mimbar masjid dan ceramah-ceramah agama sudah banyak diperingatkan tentang dajjal ini. Bahawasanya tiada fitnah yang lebih besar yang diberitakan oleh para utusan Allah dari kalangan Nabi-nabi terdahulu yang terlebih besar daripada datangnya dajjal serta fitnah-fitnahnya.
Dajjal sudah keluar?
Sebelum dajjal keluar, sebenarnya tentera-tentera dajjal ini sudah keluar ke pelusuk dunia. Semua ajakan kepada menderhaka kepada Allah adalah tentera-tentera dajjal. Mereka sedaya upaya akan mempengaruhi serta mengajak umat Islam untuk berpaling daripada agama Islam dan itulah fitnah dajjal. Sebelum keluarnya dajjal, maka hendaklah kita menguatkan iman kita dengan melakukan amal soleh.
“Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya, hendaklah membaca permulaan Surah Al-Kahfi”
Dajjal akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Dia juga mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia dan meletakkan manusia pada takhta tuhan.
Freemasons adalah askar-askar Dajjal?
Ramai yang tahu tentang Freemasons dengan perkongsian dan pembongkaran mengenainya. Agenda Freemasons sudah ada di mana-mana sahaja dan penglibatannya pun sangat ramai tidak kira pemimpin, ahli sukan mahupun ahli muzik. Semuanya tidak lari serba sedikit dengan simbolik dan fahaman mereka. Kekuatan askar Dajjal ini sememangnya amat membahayakan bagi mereka yang ambil ringan tentang salah satu petanda kiamat ini.
Jika diceritakan Freemasons ini adalah askar-askar dajjal yang menunggu kehadiran dajjal, masihkan kita ingat tentang Persidangan Freemasons di Pulau Pinang yang mendapat pelbagai kecaman dan bantahan. Jika dikaji dan dipelajari daripada ilmuan dan para ulama’, maka kisah dajjal ini cukup panjang dan berkaitan dengan kehidupan akhir zaman.
Tasik Galilee (Kinneret) semakit surut.
Salah satu fenomena alam yang menunjukkan kemunculan Dajjal adalah menyusutnya Tasik Tiberia atau Tasik Kinneret. Ada juga yang memanggil tasik ini sebagai Laut Galilee yang banyak dengan kisah Nabi Isa a.s. Secara geografi wilayahnya terletak di Palestin dan Suriah, namun saat ini sudah dikuasai oleh Israel. Tasik Galilee yang dikisahkan akan surut diminum Yakjuj dan Makjuj yang telah terkurung sudah sekian lama.
Yakjuj dan Makjuj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat. Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia, berperwatakan ganas, membuat kerosakan dan menjahanamkan tamadun yang mereka serang. Apabila keluarnya mereka ini daripada tempat yang tinggi, bilangannya tidak terhitung banyaknya.
Sebelum kemunculan Dajjal, peristiwa yang akan terjadi adalah kemarau panjang. Tiga tahun sebelum kemunculannya, Allah SWT akan menahan air dari langit. Perkara ini akan berlaku secara berperingkat dimana pada tahun pertama, Allah menahan sepertiga dari air hujannya, pada tahun kedua, langit akan menahan dua pertiga dari air hujannya, dan tahun ketiga, langit tidak akan turunnya hujan.
Dajjal membawa air dan api.
“Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang terlihat air oleh manusia maka itu sebenarnya adalah api yang membakar. Sedangkan apa yang terlihat api oleh manusia maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan segar. Barangsiapa di antara kamu sekalian berjumpa dengan Dajjal, maka hendaklah ia membuat keputusan memilih pada apa yang terlihat sebagai api kerana sesungguhnya itu adalah air yang segar dan baik.”
Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur.
Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.
Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa, ra secara terpisah atau tulisan `kafir’ secara bersambung berangkai yang dapat dibaca oleh setiap Muslim yang pandai menulis mahupun yang tidak menulis”
Doa berlindung daripada fitnah dajjal.
Di kesempatan ini, sentiasalah memperingatkan diri dan juga keluarga. Hafal bacaan surah Al Kahfi, paling tidak pun 10 ayat pertama.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.”
(HR Muslim)
Berdolah kepada Allah supaya kita dan keluarga dilindungi dari fitnah Dajjal.
اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ
مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.
Video di atas memberikan sedikit sebanyak pengetahuan dan perkhabaran bagi semua umat Islam yang leka di akhir zaman ini. Semoga kita semua terhindar daripada fitnah dajjal di akhir zaman ini dan berdoa kita dimasukkan bersama golongan hamba-hamba yang diredhaiNya.
54 Comments
kalau kita perhatikan macam macam simbol yang mereka letak dalam filem.. tak kan tu semua kebetulan?
Saya doakan kita semua terhindar dari fitnah dajjal di akhir zaman ini. terutama cucu cicit kita yang akan datang
betul tu mereka ni makin lama makin mengganas dlm merosakkan pemikiran anak nak
Semoga kita semua terhindar daripada fitnah dajjal di akhir zaman ini dan berdoa kita dimasukkan bersama golongan hamba-hamba yang diredhaiNya.
amin amin amin..di akhir zaman ni, fitnah dajjal yang sangat mahu dielak. Semoga kita sema dilindungiNya
Antara tanda kedatangan Dajjal ialah dia akan mendakwa menjadi tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya.
Gerunnya membaca tanda tanda kedatangan dajjal ni. Semoga kita dijauhkan dari fitnah dajjal
Kekuatan askar Dajjal sememangnya amat membahayakan bagi mereka yang ambil ringan tentang salah satu petanda kiamat ini.
Di kuliah-kuliah, di mimbar-mimbar masjid dan ceramah-ceramah agama seperti Usatz Dr, Danial sudah banyak diperingatkan tentang dajjal ini.
Peringatan tentang kehadiran dajjal telah diberitahu sejak zaman Nabi lagi. Semoga kita dilindungi dari fitnah dajjal
Sentiasa amalkan ini, :Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.
Selalulah berdoa agak dijauhkan daripada fitnah Dajjal..dunia pun dah akhir zaman skang ni
fitnah dajal semakin menjadi jadi.. macam macam agenda mereka untuk melenyapkan umat islam
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix
semoga kita semua dilindungi fitnah dan serangan mereka. makin bahaya diorang ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix
nak cerita pasal freemason dan dajjal sampai kiamat puntak habis. banyak sangat teori dan ada juga menokok tambah cerita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria
Belum cerita hal ehwal ranting dia lagi, lebih banyak tokok tambah membuatkan ia jadi semakin panjang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Jururawat
cerita yang ditambah-tambah tu yang akan buat pening. Tapi apa yang kita percaya, kedatangan dajjal pasti akan terjadi
ada juga yang sengaja buat buat cerita ttng iluminati ni.. mungkin terlalu paranoid
Macam macam cerita. Tak nak percaya pun tak tahu mana yang betul, mana yang ditokok tambah.
Comments are closed.