Tips Blogging : Bagaimana menguruskan proposal kepada bakal pelanggan.

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

tempoh hari ada yang bertanya bagaimana untuk menghantar proposal atau kertas kerja kepada bakal pelanggan yang ingin beriklan atau ingin mendapatkan perkhidmatan daripada kita sebagai seorang blogger atau social media influencer.

Bila ada yang bertanya, pasti ramai akan ada masalah yang sama, mari kita tengok apa perkara yang perlu kita ambil berat apabila ingin menyediakan proposal atau kertas kerja ini.

Proposal kepada pelanggan

Kenal pasti terlebih dahulu keperluan bakal pelanggan

Setiap pelanggan ada keperluan yang berbeza-beza, adalah sangat penting untuk kita mengenalpasti terlebih dahulu apakah keperluan pelanggan tersebut. Ada sesetengah syarikat hanya inginkan hebahan melalui media sosial, ada yang perlukan paparan di Google melalui penulisan artikel dan banyak lagi.

Setiap keperluan ini akan memberikan kita garis panduan untuk membuat proposal itu nanti. Jika tidak, kita akan memberikan proposal umum yang mungkin tidak menarik perhatian bakal pelanggan tersebut. Selain itu, jika berpeluang, kenalpasti berapa bajet yang boleh atau akan dikeluarkan oleh bakal pelanggan. Perkara ini agak rumit sedikit kerana tidak semua ingin memberitahu bajet mereka.

Kita perlu bijak menggunakan info-info yang kita boleh perolehi sama ada daripada wakil syarikat atau kelompok rakan kenalan kita yang mungkin mempunyai info berkaitan.

Social Media Profile

Menyediakan profile blog atau laman kita

Perkara seterusnya yang perlu kita sediakan adalah profile blog, profile peribadi atau profile laman kita. Jika blog peribadi, bermaksud profile melibatkan akaun media sosial dan blog kita. Dalam profile ini, kita ingin menjual diri kita sebagai influencer blogger dan seumpamanya.

Usah terpengaruh dengan profile orang lain, fokus pada apa yang kita kuat. Contoh blog kita mempunyai engagement tinggi berbanding akaun twitter kita. Fokus pada blog, highlight perkara-perkara yang penting ini. Jika twitter kita lebih aktif berbanding Facebook, fokus pada twitter, highlight akaun twitter.

Contoh social media profile

Ini sangat penting, kerana kita ingin mempromosikan diri kita, bukan ingin membandingkan dengan orang lain. Biarkan client atau bakal pelanggan yang membuat penilaian sekiranya ada beberapa profile yang perlu mereka ukur. Apabila kita fokus pada kekuatan kita, pelanggan akan turut sama fokus pada apa yang kita tekankan.

Masukkan info-info penting seperti jumlah trafik, jumlah followers, likers, demografik jika ada, dan maklumat yang akan membantu pelanggan untuk membuat penilaian dan keputusan.

Perkhidmatan yang ditawarkan

Proposal untuk perkhidmatan yang ditawarkan

Akhir sekali, barulah kita sediakan proposal berdasarkan perkhidmatan yang kita ingin cadangkan atau tawarkan. Kaitkan dengan keperluan pelanggan dan info dalam profile kita. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan berapa pula bayarang yang akan terlibat.

Jawab soalan sebelum mereka bertanya, bermaksud kita telah sediakan jawapan untuk persoalan yang mungkin mereka aka tanya. Andai kita telah menjawab persoalan-persoalan ini, pelanggan akan lebih mudah untuk membuat keputusan. Proposal ini tidak perlu panjang sekiranya ianya untuk kempen yang ringkas atau tawaran perkhidmatan yang jelas.

Pecahan rutin dan cadangan jadual (jika berkaitan), boleh dilampirkan sekali untuk memudahkan pemahaman oleh bakal pelanggan.

Perancangan dan jadual

Dan yang paling penting, sila sediakan satu surat rasmi kepada wakil syarikat yang akan menguruskan cadangan atau proposal kita tersebut. Ini sebagai langkah untuk menjaga etika dan nampak lebih profesional. Surat rasmi itu hanya menerangkan apa yang kita ingin cadangkan dan kemudian sediakan lampiran proposal dan profile untuk rujukan mereka.

Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan blogger yang masih berkira-kira untuk membuat proposal atau kertas cadangan kepada bakal pelangan.


Spread the love

44 Comments

  1. Pertama sekali, sgt perlu kenal pasti terlebih dahulu apakah keperluan pelanggan tersebut.. mukadimmah kena cantik

  2. sangat menarik kan perkongsian ini. Bolehlah disebarkan kepada kawan-kawan nanti. Ilmu yang berguna, wajib dikongsi bersama

  3. Lain orang, lain industri, lain proposalnya. Tapi konten yang ringkas dan padat tetap menjadi pilihan dalam mana mana industri

    1. Betul tu. Eh rate card dah kena update untuk tahun 2019 ni. Kena buat cepat cepat kot kot ada rezeki yg nak dtg nnt

    2. Betul tu. Rate Card kena nampak pro. Hasil kerja pun perlu menarik dan pro. Cara bekerja dgn PR juga kena lagi pro ..

  4. Assalamulaikum.. Pengkongsian menarik ni.. Baru taw propsal ni kena banyak baca lagi ni.. Tq denaihati kongsi.. Masih pembelajaran lagi ni

    1. memang kena buat betul-betul propposal. Buat biarlah simple & padat.. Selalu baca proposal yang berjela-jela tapi konten yillek

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!