Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini akan dikongsikan cerita individu yang telah menyertai program eUsahawan anjuran MDEC di Kuantan. Peserta yang bernama Liyana Shahirah Esahar.
Semenjak beliau masih belajar di Universiti Malaysia Pahang dalam bidang Grafik lagi beliau sudah mula melakukan kerja-kerja kreatif seperti membuat hantaran, membuat hamper dan membuat cetakan tshirt. Bermula dari menolong keluarga yang tidak mampu untuk membeli hantaran, timbul minat beliau dari situ untuk menjadikan hantaran sebagai satu perniagaan.
Sebagai pelajar, masalah kekurangan modal menjadi halangan utama kepada beliau pada masa itu. Dalam menerima tempahan hantaran perkahwinan, beliau terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk membeli peralatan.
Liyana Shahirah yang berumur 26 tahun mengambil keputusan untuk menghadiri kursus eUsahawan setelah melihat promosi di televisyen. Jika sebelum ini beliau mempunyai masalah untuk mengurus masa beliau, kini selepas kursus eUsahawan beliau sudah bijak menggunakan masa untuk mempromosikan produk beliau di media sosial dan berjaya mendapat banyak tempahan.
Apa yang dipelajari di kelas eUsahawan telah menaikkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan secara sambilan. Jika sebelum ini hanya sebaran dari mulut ke mulut dan blog, pendapatan jualan pun hanya sedikit.
Dengan mengeluarkan modal sebanyak RM300, beliau berjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM1,500 sebulan selepas aktif dan pandai menggunakan media sosial.
Setiap hari semakin bertambah tempahan yang diterimanya. Penulis juga melihat beliau gigih menyiapkan tempahan walaupun sedang menjaga booth di karnival #YouCanDuit Kuantan ini.
Beliau berharap dapat membeli mesin sendiri untuk menjahit tempahan beliau dan menaikkan jualan.
Bagi mereka yang masih mencari mencari rentak berniaga, boleh sertai program eUsahawan dan rasai sendiri perubahannya.
30 Comments
Bagus betul program ni. Boleh bantu ramai usahawan baru yang nak belajar berniaga. Semoga lebih ramai yang akan berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah September 2016
Bila kena dengan gaya dan tempatnya memang menjadi berniaga walaupun jual bantal aje. kena belajar juga macam ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah September 2016
Cantik hasil tangan cik adik manis. InshaAllah semoga berjaya ya adik Liyana. Tak mustahil nanti ada mesin sendiri, pusat training bagi mereka yang nak belajar buat hasil tangan. Ameen!
Betul tu. Cantik buatannya. Dengan adanya program macam ni boleh buka lebih banyak peluang untuk berniaga dikalangan orang kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah September 2016
di mana ada internet di situ ada duit… semoga usahanya menjadi pembakar semangat buat remaja lain…
Curahan rasa yangbaik @ ..Jus dari Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Baik Untuk Kesihatan
Ilmu penting dalam berniaga. Dengan ilmu dan usaha perniagaan akan mudah dikembangkan 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BRAXTON HICKS? CONTRACTION PRA KELAHIRAN?
Bila ada ilmu mudah untuk dapatkan tempat di pasaran dan jualan yang memberangsangkan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
wah! terbaik ni. pendek kata, apa sahaja produk yang kita ada, jika kena dengan caranya, pasti berjaya. kena pulak menggunakan platform eusahawan ni. kan?
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Adakah mereka melawan ketentuan Allah?
kalo barang dagangan kampung di bawa ke kota jadi trend juga ya,,! Bisa jadi referensi juga nih
Curahan rasa Manfaat kopi hijau @ ..Inilah 10 Cara Mengobati Sakit Gigi Berlubang Secara Alami Dan Efektif
Terbaik, usaha selagi boleh. Tak kenal erti gagal insyaallah berjaya.
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Kereta Sewa Toyota Vellfire oleh Admin Kereta Sewa
barang-barang kampung kalau di marketing kan cara modern, memang akan meningkat jualannya
Curahan rasa doa qunut @ ..Doa Masuk Tandas dan Keluar Tandas
Seronok baca kisah kejayaan orang kita. Semoga lebih ramai lagi yang akan berjaya selepas ini dengan program ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Walaupun jual bantal aje. Jika kena dengan caranya boleh dapat hail berlipat ganda. Bagus program ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Hari Raya Haji
wah hebatnya semoga boleh jadi inspirasi kepada kejayaan orang lain pula
Curahan rasa raihanah @ ..Pengedar Shaklee Nilai, Bangi dan Kajang
sangat beruntung dapat duit secara online lebih -lebih lagi untuk bidang yang kita minati
Curahan rasa mrhanafi @ ..Anis Coffee Takluki Kota Samarahan
Betul tu. Bila ada minat semua menjadi. Dapat untung macam ni memang seronok.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Cuti Merdeka
Memang boleh berjaya kalau pandai mereka bentuk kekabu nih. Ramai yang perlukan bantal kan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Serangan Stroke – Bahagian Otak Sebelah Kiri Telah Mati.
Comelnya bantal bantal tuh… pandainya dia buat memacam bentuk. Kompem boleh berjaya nih.
Comments are closed.