Pengajaran daripada atlet Olimpik Rio Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, walaupun demam Olimpik Rio sudah berlalu tapi semangatnya masih membara. Olimpik Rio adalah hasil paling cemerlang sepanjang Malaysia ikut serta sukan Olimpik. Apa yang Abang Denaihati pelajari daripada atlet Malaysia yang layak ke Olimpik Rio dan lebih hebat berjaya menang pingat.

Pandelela dan Jun Hong

1. Atlet yang nak layak ke olimpik mesti berlatih siang, malam, bertahun-tahun paling tidak tiga empat tahun. Buat benda yang sama berulang-ulang tanpa jemu. Tinggal keluarga, isteri dan anak-anak. Nak berjaya memang begitu isteri mesti bersedia untuk ditinggalkan dan menguruskan anak-anak dalam tempoh tertentu. Kalau isteri nak suami berjaya tapi masa yang sama nak suami berada di rumah memang tak akan menjadi. Buat bisnis pun sama  perlu pengorbanan tinggal keluarga. Kalau suami isteri buat bisnis bersama kena pulak tinggalkan anak-anak diuruskan pembantu rumah atau pengasuh. Perlu ada pengorbanan untuk setiap kejayaan.

Lee Chong Wei

2. Setelah berusaha bertahun-tahun buat perkara yang sama, sampai ke Olimpik belum tentu berjaya layak ke final. Layak ke final belum tentu layak dapat pingat, Dapat pingat belum tentu dapat pingat emas. Adakah altet kita kecewa. Abis Olimpik rehat kejap mereka berlatih lagi untuk beberapa tahun untuk Olimpik Tokyo. Berbisnis pun begitu perlu masa, perlu buat aktiviti yang sama berulang-ulang tapi belum tentu berjaya. Apabila gagal adakah perlu putus asa dan berhenti, pasti tidak … Kita kena buat, buat dan buat lagi hingga berjaya.

Azizulhasni Awang

3. Atlet Malaysia berjaya bukan hanya semangat sendiri-sendiri tetapi kerja berjemaah gabungan atlet, jurulatih, pengurus, nutritionist, medical team, penaja dan keluarga. Bisnis pun tak akan berjaya kalau berusaha sendirian. Bisnis berjemaah ada berkatnya dan lebih lama untuk setiap kejayaan.

If You Want To Go Fast, Go Alone. If You Want To Go Far, Go Together.

Apa pendapat anda?

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.