Jangan ambil kesempatan naik harga barang – PM

Spread the love

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pihak syarikat dan industri untuk tidak menaikkan harga barang atas alasan kenaikan bil elektrik selepas ketiadaan rebat selain turut dikenakan surcaj.

Beliau berkata perubahan dalam bil elektrik yang perlu dibayar oleh syarikat dan industri selepas ini, difahamkan adalah tidak terlalu besar sehingga membolehkan pihak terlibat mengambil kesempatan untuk berbuat demikian.

“Saya juga telah minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat libat urus dengan syarikat besar terutamanya pihak industri supaya tidak berlaku kenaikan (harga barang),” katanya.


Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai.

AWANI


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!