Perdana Menteri mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, berpeluang masuk ke dalam Kaabah

Spread the love

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi menjadi ketua kerajaan pertama berpeluang masuk ke dalam Kaabah di Masjidil Haram, Makkah, malam tadi selepas lebih setahun ia ditutup berikutan wabak COVID-19.

Perdana Menteri dan isteri selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri, Datin Nor Asimah Petah; Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri, Najwa Hasbullah; serta Gabenor Jeddah Putera Mishaal bin Majed bin Abdulaziz Al Saud.

Muhyiddin menjadi ketua kerajaan pertama yang dijemput oleh Raja Salman untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan dari Persidangan Al-Ula pada 5 Januari 2021 yang lalu.

Dibawa masuk ke dalam Kaabah

Sumber Foto: PMO

Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dibawa masuk ke dalam Kaabah selesai solat Isya dan mengerjakan umrah selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, lewat petang semalam.

Setelah selesai menunaikan fardu isyak dan mengerjakan umrah, Perdana Menteri dan isterinya berpeluang masuk ke dalam Kaabah.

Beliau dan isteri juga berpeluang mengucup Hajar Aswad pada jam 9.56 malam waktu tempatan.

Menerusi laman facebook page rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin;

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang semalam waktu tempatan, untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut oleh Gabenor Jeddah, Yang Amat Mulia Putera Mishaal bin Majid bin Abdulaziz Al Saud serta Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri, Datin Nor Asimah Petah.

Lawatan ke Arab Saudi ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Beliau dan isteri akan menunaikan umrah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini.

Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan YM Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, YM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Memperkasa hubungan dua hala

Lawatan itu dalam usaha memperkasa hubungan dua hala dengan negara Asia Barat berkenaan membabitkan pelbagai bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan perdagangan terutama ketika cabaran berikutan wabak COVID-19.

Lawatan Perdana Menteri cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, semoga kita semua berpeluang dijemput oleh Allah SWT untuk laksanakan ibadah umrah dan haji pada tahun ini dan akan datang, InsyaAllah.

Sumber: Berita Harian


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!