Covid-19: PKP di seluruh Malaysia kecuali Sarawak bermula 22 Januari


KUALA LUMPUR :
 Seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali negeri Sarawak, selepas Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan.

Baca: Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 bernilai RM15 bilion – Perdana Menteri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas enam negeri tersebut merekodkan jumlah kes positif yang agak tinggi sehingga 18 Januari 2021.

Menurutnya, perintah di enam negeri itu akan mula dikuatkuasakan bermula 12.01 tengah malam pada 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

Berikut adalah perinciannya:

Kedah

• Sehingga 18 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 4,411 kes positif telah direkodkan di negeri ini.

• KKM turut mengesahkan 5 dari 12 daerah di negeri Kedah, merekodkan lebih daripada 40 kes iaitu Kuala Muda, Kota Setar, Kulim, Baling dan Kubang Pasu.

Perak

• Sehingga 18 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 4,481 kes positif telah direkodkan di negeri ini.

• KKM mengesahkan 8 dari 12 daerah di negeri ini, merekodkan lebih daripada 40 kes iaitu Kinta, Larut Matang Selama, Kerian, Hilir Perak, Manjung, Kuala Kangsar, Mualim dan Batang Padang.

• Selain itu terdapat kes bertaburan di daerah-daerah ini yang melibatkan beberapa kluster termasuk hasil saringan daripada kontak rapat.

Negeri Sembilan

• Sehingga 18 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 10,115 kes positif telah direkodkan di negeri ini.

• KKM mengesahkan purata kes positif COVID-19 di Negeri Sembilan dalam tempoh 14 hari bermula 5 sehingga 18 Januari 2021 melebihi 140 kes dan kadar jangkitan yang tinggi dalam komuniti.

• Daerah Seremban dan Port Dickson yang diumumkan sebelum turut tertakluk dibawah pelaksanaan PKP di seluruh Negeri Sembilan.

Pahang

• Sehingga 18 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 2,287 kes positif telah direkodkan di negeri ini.

• KKM turut mengesahkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negeri ini adalah sebanyak 626 kes dan berpotensi untuk meningkat akibat daripada ujian saringan daripada kontak rapat.

Terengganu

• Sehingga 18 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 875 kes positif telah direkodkan di negeri ini.

• Walaubagaimanapun, KMM mengesahkan di negeri ini mula merekodkan kes penularan tempatan yang tinggi. Sejumlah 403 kes telah dilaporkan dalam masa 14 hari dari 42 mukim, di mana 1 mukim telah menjadi Zon Merah, 2 mukim; zon jingga dan 39 mukim; zon kuning.

Perlis

• Sehingga 18 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 114 kes positif telah direkodkan di negeri ini.

• Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan terdapat peningkatan jangkitan dalam komuniti secara bertaburan dan daerah Kangar telah menjadi Zon Merah dengan 51 kes dilaporkan dalam tempoh 14 hari kebelakangan.

Sebelum ini, pada 11 Januari, negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Melaka diletakkan di bawah PKP sehingga 26 Januari. Pengumuman PKP itu diikuti dengan negeri Kelantan dan daerah Sibu, Selangau dan Kanowit di negeri Sarawak dikenakan perintah sama dari 16 Januari hingga 29 Januari 2021.

Sumber: astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!