Akhbar Utusan dibeli Syed Danial Syed Mokhtar? Ini perkongsian bekas pekerja Utusan…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Media Utusan Malaysia yang dilaporkan berhenti beroperasi minggu lalu bakal bernafas semula selepas dibeli oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Lapor Berita Harian Singapura, langkah itu bagi memastikan akhbar tertua Malaysia itu terus kekal beroperasi.

Pelaburan ini dilihat sebagai langkah sokongan Tan Sri Mokhtar bagi memastikan sektor pengiklanan, pengedaran serta percetakan Utusan Malaysia dapat terus kekal. Anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UTUSAN), Dilof Sdn Bhd (Dilof) telah dinamakan semula sebagai Media Mulia Sdn Bhd. 

Mungkin ada yang keliru.

Di media sosial tular beberapa hari ini dengan desas-desus Syed Mokhtar Albukhary yang membeli syarikat Utusan Melayu dan memberikan bayangan bahawa Utusan Melayu akan terus ‘hidup’.

Mungkin ada sesetengah masyarakat yang kurang faham mengenai isu ini, justeru seorang bekas pekerja Utusan Melayu, Khairul Azmi Kamaludin menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di Utusan Melayu.

Assalamualaikum

Dalam beberapa hari ini agak viral satu berita daripada Berita Harian Singapura dengan tajuk “Syed Mokhtar Albukhary beli Utusan, Akhbar itu dijangka diterbit semula” bertarikh 11 Oktober 2019.

Rasa terpanggil untuk menceritakan situasi yang lebih tepat. Pada saya tajuk berita tersebut membuatkan sesetengah orang keliru. Ada yang buat andaian Syed Mokhtar sudah menyelamatkan syarikat Utusan dan menyangka pekerja utusan boleh kembali bekerja semula.

Ada 2 perkara berbeza disini yang kena difahami terlebih dahulu:
1. Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad
2. Suratkhabar Utusan Malaysia dan Kosmo

Sedikit penjelasan daripada saya, mungkin saya tersilap mohon betulkan.

1. Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo diterbitkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad yang memiliki permit penerbitan.

2. Dalam bulan September 2019 (tak pasti tarikh sebenar), permit penerbitan akhbar dipindahkan ke sebuah anak syarikat milik Kumpulan Utusan iaitu Dilof Sdn. Bhd. Jika dilihat pada belakang akhbar, Utusan Malaysia diterbitkan oleh Dilof Sdn Bhd dan dicetak oleh Utusan Melayu (M) Berhad.

3. Khabar angin bertiup mengenai minat Syed Mokhtar untuk membeli saham utusan dan menjadi pemilik baharu. Tetapi timbul persoalan adakah Syed Mokhtar nak beli syarikat yang banyak hutang?

4. 7 Oktober 2019, Utusan Melayu (M) Berhad melepaskan 70 peratus kepentingan dalam anak syarikatnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd. Langkah ini dibuat untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana berkenaan.

5. Utusan Malaysia dan Kosmo sudah dijual. Jadi Utusan Melayu (M) Berhad sudah tiada produk. Ayat mudahnya nak berniaga apa lagi kalau produk utama sudah dijual.

6. 8 Oktober 2019, keluar pelbagai khabar angin dalam whatsapp dan facebook. Keadaan semakin meruncing. Langit semakin gelap. Kilat sabung-menyabung.

7. 9 Oktober 2019. Inilah tarikh keramat yang akan diingati semua pekerja utusan. Pada jam 10:02 minit pagi kami menerima memo terus daripada pejabat Datok Aziz meminta semua pekerja mengosongkan meja masing-masing sebelum jam 1:00 petang. Perasaannya waktu itu hanya tuhan yang tahu.

8. Pengerusi Eksekutif, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator). Aset akan dicairkan untuk membayar hutang. Katanya kalau ada lebihan dapatlah pampasan kepada pekerja.

9. Bijaknya Syed Mokhtar membeli saham Dilof Sdn Bhd iaitu anak syarikat Utusan yang mempunyai permit penerbitan Utusan Malaysia dan Kosmo. Beliau tidak membeli syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

10. Memang benar satu suratkhabar baharu akan diterbitkan oleh Media Mulia Sdn Bhd (sebelum ini Aurora Mulia Sdn Bhd). Tun M juga ada menyebut pekerja utusan akan diserap masuk ke dalam syarikat baharu ini persoalannya berapa ramai. Yang pasti tak ramai. Cukup pekerja yang terlibat editorial dan produksi untuk menerbitkan sebuah akhbar.

11. Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.

“Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat,” katanya.

12. Tunggakan gaji masih ada untuk September dan Oktober. Tak tahulah bila akan dapat. Pampasan? Entahlah.

13. Diserap semula. Tak perlu menaruh harapan.

14. Jadi walaupun Utusan Malaysia dan Kosmo diterbitkan, ia oleh tuan yang baharu.

15. Arkib yang terdapat di Utusan Melayu sangat bernilai dan tak ternilai harganya. Apalah nasib khazanah berharga ini. Bayangkan koleksi akhbar utusan 80 tahun tersimpan rapi dari keluaran pertama sehinggalah keluaran terakhir 9 Oktober 2019.

16. Apa nasib pekerja utusan?
Apa nasib anak-anak syarikat utusan yang lain?
Apa nasib arkib utusan?
Apa nasib produk utusan yang lain seperti Utusan Online, Kosmo Online, Tutor A+, Baitul Hikmat, Quloo dan lain2.
Apa nasib 3 juta buku-buku terbitan UPND?

Tiada happy ending cuma mengharapkan ada sedikit pembelaan dan pampasan yang bersesuaian.

𝙆𝙚𝙨𝙞𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖, 𝙎𝙮𝙚𝙙 𝙈𝙤𝙠𝙝𝙩𝙖𝙧 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 anak syarikat Utusan iaitu Dilof Sdn Bhd yang memiliki 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙞𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙚𝙧𝙗𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙝𝙗𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 (𝙈) 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙.

Utusan Melayu ialah suara keramat orang Melayu dan ia bermula dengan keringat dan air mata wartawan Melayu yang komited pada tahun 1939.

Bermula dengan air mata dan berakhir juga dengan air mata (campur sikit air hujan). Kebetulan pulang ke rumah pada Rabu 9 Oktober 2019 menaiki motosikal dalam hujan yang sungguh lebat. Lebat sungguh, jarak penglihatan terhad. Jiwa kosong. Mengalir juga air mata jantan bercampur percikan hujan. Syahdu weh.

Namun begitu saya yakin Syed Mokhtar mampu mengembalikan kegemilangan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo. Hiduplah walaupun tanpa kami. Terkorban atau berkorban itu akan jadi sebahagian episod kehidupan kami. Selamat maju jaya kepada Media Mulia Sdn Bhd.

19 Ogos 2019 – Piket oleh NUJ
Piket nie pun ada kebaikan dan keburukan.
Kebaikannya bantuan datang dalam pelbagai bentuk. Sokongan semakin bertambah. Jualan akhbar meningkat begitu juga utusan digital e-paper. Pada masa ini dirasakan sinar cahaya semakin terang. Namun rupanya ia bersifat sementara. Apabila umum mengetahui masalah utusan. Pemiutang mula risau hutang-hutang mereka. Dahulu boleh bayar ansur, boleh buat loan dan boleh bincang2. Keadaan berubah. Awan mendung kembali. Kali ini terus lebat membadai. Keadaan semakin menghimpit. Kita merancang Tuhan tentukan. Akhirnya tanggal 9 Oktober 2019 berkuburlah syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Tempat cari makan dari generasi ke generasi.

“Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat,” (Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir)

Aurora Mulia Sdn Bhd adalah sebuah firma yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah memperoleh kepentingan pegangan 70 peratus dalam Dilof iaitu syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan. 

Bagaimapun, pengambilalihan Syed Mokhtar adalah khusus untuk lesen Utusan Malaysia dan bukannya mengambil alih kumpulan Utusan Melayu secara keseluruhan.

Tidak banyak yang diketahui mengenai Aurora Mulia. Namun, anak Syed Mokhtar, iaitu Syed Danial, merupakan antara pengarah syarikat itu. 
Secara tidak rasmi, Syed Mokhtar kelihatan sedang menjadi pemilik aset media terbesar di Malaysia. Beliau dipercayai pemilik TMR Media Sdn Bhd yang menerbitkan akhbar perniagaan The Malaysian Reserve. 

Syed Danial Syed Mokhtar (berdiri tiga dari kanan)

Sepanjang tahun lepas juga, Aurora Mulia secara agresif menambah pegangan sahamnya dalam Media Prima Bhd dengan pegangan saham sebanyak 31.22 peratus.

Media Prima ialah konglomerat media yang menerbitkan akhbar, memiliki empat stesen televisyen dan mengeluarkan kandungan web di banyak platform, selain mempunyai studio produksi dan sebuah syarikat pengiklanan.

9 Oktober lalu, Utusan telah memulakan pembubaran secara sukarela selepas tidak mampu membayar hutang, serta membayar gaji pekerjanya selama beberapa bulan. 

Memegang media di Malaysia… apa kisah seterusnya…?


Spread the love

4 Comments

  1. Suratan takdir..inilah karma akibat terlalu taksub kpd pemerintah (BN). Pekerja rakyat marhen yg menjadi mangsa.

  2. saya merupakan pembaca dan peminat akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo suatu ketjka dulu..

    tetapi setalah media sosial dan dunia online dominasi kehidupan…berita semuanya boleh diperolehi percuma ( bayar untuk data & elektrik sahaja)

    apa-apapun Revolusi 4.0 sudah terasa dan kuasa digital sudah mengubah paradigma lanskap kehidupan..maka untuk survival tiada pilihan selain berubah mengikut rentak teknologi,,

    apa-apa bahan ilmiah dan ilmu …biarlah jadi milik negara

    bekas pekerja pula..marilah move on dan mulakan hidup baharu dengan mencari rezeki di tempat lain..

    rezeki ada di mana-mana..
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman guna blog WordPress AMPMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!