Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilanjutkan sehingga 4 Mac 2021 bagi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
PKP DI WP KUALA LUMPUR, SELANGOR, JOHOR & PULAU PINANG DILANJUTKAN SEHINGGA 4 MAC 2021 pic.twitter.com/IChkq7NnCY
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) February 16, 2021
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan 10 Negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Labuan dan Putrajaya)
Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPB ini akan diteruskan bermula 19 Februari ini sehingga 4 Mac 2021.
PELAKSANAAN PKPB MELIBATKAN NEGERI-NEGERI BERIKUT BERKUAT KUASA 19 FEBRUARI HINGGA 4 MAC 2021 pic.twitter.com/ey9gbe8bL3
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) February 16, 2021
Manakala, Negeri Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa dari 19 Februari sehingga 4 Mac 2021.
Difahamkan keputusan itu dibuat selepas melihat hasil penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama sidang khas Jawatankuasa Teknikal PKP.
Larangan Pergerakan Melebihi 10 Kilometer Dibatalkan
SYARAT PERGERAKAN DALAM RADIUS 10 KILOMETER DIBATALKAN BERKUAT KUASA 16 FEBRUARI 2021 pic.twitter.com/jAFkaWki0t
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) February 16, 2021
Kegiatan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan di negeri PKP tetapi tiada lagi sekatan radius 10km untuk daerah yang sama.
Untuk rekod, jumlah kes harian COVID-19 dalam negara mencatatkan angka 2,176 pada semalam (15 Januari) menjadikan jumlah keseluruhan 266,445 kes.
PKP : Larangan Pergerakan Melebihi 10 Kilometer Dibatalkan, Larang Rentas Daerah Dan Negeri Kekal pic.twitter.com/FRB5cNjQcy
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) February 16, 2021
Sumber: MKNJPM
- COVID-19: PKP di enam buah negeri zon merah – Perdana Menteri
- Mulai esok polis akan ambil tindakan tegas kesalahan langgar SOP khususnya pergerakan rentas negeri, daerah
- Covid-19: PKP di seluruh Malaysia kecuali Sarawak bermula 22 Januari
- Kedai gunting rambut, cuci kereta dan pasar malam dibenarkan dengan SOP yang ketat
- Sifat buruk Melayu di mata Gabenor pertama Tanah Melayu
One Comment
Comments are closed.