Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismal Sabri menerusi sidang media yang dilakukan sebentar tadi menyatakan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar SOP khususnya pergerakan rentas negeri dan daerah mulai esok.
Menurutnya, amaran itu diberikan susulan daripada kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan serta budi bicara oleh pihak polis dalam mengambil tindakan selepas 3 hari beliau mengumumkan kelonggaran tersebut pada sidang media yang sebelumnya.
“15 Januari iaitu hari ini merupakan hari terakhir pihak polis menggunakan budi bicara mereka.
Mulai esok, pihak polis akan mula bertindak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekali pun yang gagal mematuhi SOP yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan dengan rentas negeri kecuali sebab-sebab tertentu yang dibenarkan seperti kecemasan melibatkan kematian dan sebagainya,” ujarnya.
Polis ambil tindakan tegas kesalahan langgar SOP khususnya pergerakan rentas negeri, daerah mulai esok – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/icbfoMM1Sm
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 15, 2021
Sumber: Bernama
- PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas!
- Keramat Lab Model Keluarga Al Quran
- Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, sedia kongsi idea dan pembaharuan bermanfaat
- Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor diramal tidak seteruk 2006, 2014
- COVID-19: PKP di enam buah negeri zon merah – Perdana Menteri