Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penantian peminat bola sepak dunia menunggu Piala Dunia FIFA 2014 sudah sampai di kemuncaknya. jam 4.00 am waktu Malaysia, 13/6/2014 sepak mula perlawanan Brazil vs Croatia akan menjadi pembuka tirai kepada 64 perlawanan Piala Dunia 2014. Apa agaknya pasukan pilihan anda untuk aku telah dinyatakan dalam entri sebelum ini “Piala Dunia 2014 di Brazil“. Menang kalah soal kedua yang penting semangat kesukanan sebab pasukan kesayangan aku Arsenal sudah biasa kalah dan menang.
KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA DUNIA 2014
Beza waktu antara Malaysia dan Brazil kira-kira lewat 11 jam pasti memberi sedikit cabaran kepada peminat bola sepak untuk menonton live Piala Dunia 2014. Majoriti perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil bermula seawal jam 12.00 am dan paling lewat jam 6.00 am waktu Malaysia. Aku akan tengok mana yang boleh sahaja selebihnya tengok sahaja berita terkini Piala Dunia 2014 yang pasti ada di Facebook, Twitter dan blog terutama blog Piala Dunia FIFA sahabat kita Wan Gerrad atau pun lansung ke website rasmi World Cup FIFA 2014.
Kepada sahabat-sahabat yang mencari Jadual lengakap Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia boleh rujuk di SINI. Terima kasih kepada blog Malaysiatercinta.com yang telah menyediakan jadual untuk rujukan kita semua. Jadual Piala Dunia 2014 juga boleh disemak di website rasmi World Cup FIFA 2014 sehingga ke final dengan hanya perlu klik “Change to local time”. Semuga dengan ada Jadual Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia semua peminat bola sepak dapat menjadualkan masa sesuai dengan tanggungjawab kerja dan keluarga. Piala Dunia yang bermula pada 13/6/2014 akan berlansung selama sebulan dimana perlawanan akhir akan berlansung pada 13/7/2014, jam 3.00 am waktu Malaysia.
Jadual Final Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia
Agak-agak pasukan mana yang bakal juara mungkinkah tuan rumah Brazil atau jiranya Argentina atau mungkin Perancis, German atau Belanda. Tetapi tidak mustahil negara yang tidak pernah jadi Juara Piala Dunia akan menjulang kejuaraan tahun ini seperti Belgium atau Ivory Coast atau tidak mustahil juga Uruguay boleh mengalahkan semua 31 pasukan yang berjaya masuk pusingan akhir Piala Dunia 2014.
Berita terkini Piala Dunia 2014 @ Twitter
67 Comments
saya dukung german, kalian dukung siapa?
Curahan rasa kangramatea @ ..Download Software Al-Qur’an Digital Untuk Hafalan Al-Qur’an Dan Latihan Hafalan
Nak tidur atau tengok bola? Saya nak tidurlah, biarlah ‘kaki bola’ berjaga. Besok saya tengok keputusan pasukan mana menang.
Curahan rasa ahmadyani @ ..5 Tanda Kecil Ramadhan Bakal Tiba
Aku harapkan TV1 TV2 je … tak ada Astro … hmm tak ada ke syarikat Melayu nak taja … aiyaaa apa aaa
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Widget Keputusan FIFA 2014 World Cup
Bro boleh muat turun aplikasi Astro On the Go dan beli mana-mana game yg nak tengok jadi tak perlu bayar semua. Kalau tak silap satu game RM6.
Curahan rasa denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
perghh, lewat btul piala dunia ni..jwapannya tdo je la..apa2 pun harap2 uruguay juara..hihi
Curahan rasa jiesusanos @ ..Menonton Wayang Edge Of Tomorrow
This Morning…Spain VS Netherlands….Thorbaik…
tak sangka keputusan perlawanan Spain vs Netherlands macam tu
Curahan rasa denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
rasanya macam tahun menjadi cepat betul berlalu, kali ini fifa datang kembali
Curahan rasa myrujukan @ ..Cara Mudah Check Alexa Rank Melalui Chrome Browser
mari tengok bola……
Ada rasa ketinggalan juga sebab saya tak minat bola bila tengok orang lain excited 🙁
Curahan rasa Nia Mk @ ..Ibu Mengandung Minum Ais – Bahaya Untuk Bayi?
Comments are closed.