Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penantian peminat bola sepak dunia menunggu Piala Dunia FIFA 2014 sudah sampai di kemuncaknya. jam 4.00 am waktu Malaysia, 13/6/2014 sepak mula perlawanan Brazil vs Croatia akan menjadi pembuka tirai kepada 64 perlawanan Piala Dunia 2014. Apa agaknya pasukan pilihan anda untuk aku telah dinyatakan dalam entri sebelum ini “Piala Dunia 2014 di Brazil“. Menang kalah soal kedua yang penting semangat kesukanan sebab pasukan kesayangan aku Arsenal sudah biasa kalah dan menang.
KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA DUNIA 2014
Beza waktu antara Malaysia dan Brazil kira-kira lewat 11 jam pasti memberi sedikit cabaran kepada peminat bola sepak untuk menonton live Piala Dunia 2014. Majoriti perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil bermula seawal jam 12.00 am dan paling lewat jam 6.00 am waktu Malaysia. Aku akan tengok mana yang boleh sahaja selebihnya tengok sahaja berita terkini Piala Dunia 2014 yang pasti ada di Facebook, Twitter dan blog terutama blog Piala Dunia FIFA sahabat kita Wan Gerrad atau pun lansung ke website rasmi World Cup FIFA 2014.
Kepada sahabat-sahabat yang mencari Jadual lengakap Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia boleh rujuk di SINI. Terima kasih kepada blog Malaysiatercinta.com yang telah menyediakan jadual untuk rujukan kita semua. Jadual Piala Dunia 2014 juga boleh disemak di website rasmi World Cup FIFA 2014 sehingga ke final dengan hanya perlu klik “Change to local time”. Semuga dengan ada Jadual Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia semua peminat bola sepak dapat menjadualkan masa sesuai dengan tanggungjawab kerja dan keluarga. Piala Dunia yang bermula pada 13/6/2014 akan berlansung selama sebulan dimana perlawanan akhir akan berlansung pada 13/7/2014, jam 3.00 am waktu Malaysia.
Jadual Final Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia
Agak-agak pasukan mana yang bakal juara mungkinkah tuan rumah Brazil atau jiranya Argentina atau mungkin Perancis, German atau Belanda. Tetapi tidak mustahil negara yang tidak pernah jadi Juara Piala Dunia akan menjulang kejuaraan tahun ini seperti Belgium atau Ivory Coast atau tidak mustahil juga Uruguay boleh mengalahkan semua 31 pasukan yang berjaya masuk pusingan akhir Piala Dunia 2014.
Berita terkini Piala Dunia 2014 @ Twitter
67 Comments
tak sabar nak tengok Jepun lawan di Piala Dunia 2014 nanti.
menang kalah tak kesah asalkan Malaysia perlu contohi negara Jepun.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Kad Raya Blogger 2.0 Telah Bermula!
Deman Piala Dunia 2014 sudah bermula. Dengan adanya jadual perlawanan nanti senang nak tengok pasukan kegemaran beraksi.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Dunia 2014: Deman Piala Dunia Telah Bermula
Rasa cam nk demam dah ni
Curahan rasa weschairs @ ..Fenomena SHC – tubuh badan terbakar sendiri
jadi kaki bola jangan lupe jadi kaki masjid pulak…ye.. hihihi.. go spain go
Curahan rasa hafizi @ ..Tip Meningkatkan Alexa Rank
Nampaknya mesti ramai yang akan bersengkang mata untuk menonton perlawanan pasukan pilihan masing-masing dan masa nie la peluang nak jual jersi bola kan…..
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Promosi Bufet Ramadhan 2014 – Pak John Steamboat & Yong Tau Foo
betul, peluang terbaikbaik jual jersi… kalau jual kat kedai mamak pun boleh laris…
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest Piala Dunia 2014 USD100 ribu untuk anda
Terimakasih DH tolong promote Malaysiatercinta.com 🙂
Saya masih tercari-cari pasukan underdog untuk disokong, hmm mungkin Bosnia-Herzegovina.
Namun pilihan untuk jadi juara ialah …. Brazil.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Rohingya: Umat Islam Yang Dilupai
puasa tahun ini suami boleh kejut isteri bangun sahur la
Curahan rasa faizal @ ..Bulan Syaaban Yang Semakin Pendek
Demam paial dunia 2014 sudah bermula. Puasa pulak tak lama lagi menjelang.
Curahan rasa brohantu @ ..Rod Pancing Daiwa Tatula Bass
Seperti yang saya sampaikan di entri DH sebelumnya dan juga di entri Jadwal Piala Dunia FIFA 2014 di blog saya. Untuk kali ini saya pilih Argentina sebagai tim favorit Juara Piala Dunia 2014.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Jadwal Piala Dunia FIFA 2014 Brasil
pasukan top4 pasti nya pilihan
Spain, Argentina, Germany dan Netherlands
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Semak Keputusan Rayuan ke IPTA
Hangatlah status fb pasni.. Sana sini cerita bola..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
itu memang tak boleh elak dah….group whatapp, twitter lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarikh Nisfu Syaaban penting untuk umat Islam
jangan ada yang ponteng kerja nak tengok live semata-mata..mujurlah kami suami isteri tak minat sangat bola ni… tergelak bila tadi terdengar dalam radio…sepanjang wolrd cup..suami tidur di ruang tamu..sebab dia mudah terjaga.
Curahan rasa ema @ ..Kisah Pelamin Indah Khabar Dari Rupa
hehe.. sama la kita.. tapi kalau dah tertengok, boleh jadi ketagih plak.. jadi jangan macam-macam nak try tengok plak.. :p
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Kulit Halus Seperti Kulit Telur Tanpa Dipinta
Seperti biasa setiap kali World Cup..Brasil dan Spain tetap menjadi pilihan Juara..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
Pemain-pemain utama dalam skuad beberapa pasukan World Cup ni ramai yang injured. Mungkin boleh jejaskan rentak beberapa pasukan yang bergantung harap dengan mereka. Ni silap hari bulan, mau Honduras yang menang Piala Dunia 2014 ni kang. Hahaa
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Kuasa Internet Mengatasi Bihun
betul juga tu selain kecederaan selalu juga berlaku out of form sebab dah penat main utk liga dan persahabatan.
Curahan rasa denaihati @ ..Piala Dunia 2014 Brazil pasukan pilihan
inilah yang ditunggu-tunggu oleh adik saya. hahahaha!!! kemain dah plan nak tengok dekat mana dengan kawan-kawan
Curahan rasa Lizz @ ..Maksimakan Simpanan Anda Dengan Compound Interest Dalam Unit Trust
Kesemua pasukan yang menyertai WorldCup 2014 hebat-hebat belaka.. Tetapi saya berminat untuk melihat pasukan dari Amerika Selatan memenangi WoldCup pada kali ini.. Jadi pasukan pilihan saya ialah Argentina..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Finalist Top 10 DiGi WWWOW Awards 2014
Comments are closed.