Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam tertipu ketika over excited membeli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Hari ini Apple memperkenalkan dua produk terbaru iPhone mengantikan iPhone 5s iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 plus. Seperti yang bocor dalam banyak website sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci dengan sokongan paparan Retina HD, dan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Selain iPhone 6 paling aku suka apabila Apple memperkenalkan Apple Pay untuk memudahkan transaksi pembelian online.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 :
- iPhone 6 datang dengan papran resolusi 1334×750 pixel.
- Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat berbanding iPhone 5S sebelum ini.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 dari USD199.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 plus :
- iPhone 6 Plus datang dengan papran resolusi 1920×1080 pixel.
- Membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi dan menawarkan paparan secara melintang.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 plus dari USD299.
iPhone 6 akan ditawarkan di USA, UK, Singapore, Hong Kong, German, Canada, Jepun, Australia, Perancis bermula 19 September. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan warna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C. Harga iPhone 5C Malaysia akan dijual dari RM1499 dan iPhone 5S Malaysia akan dijual bermula dari RM1999.
Saksi Video iPhone 6 dan iPhone 6 plus untuk lebih banyak maklumat
Perbandingan iPhone 6 dengan smartphone yang lain :
- Perbandingan iPhone 6 Plus, Lenovo Z2 Pro Dan Galaxy Note 4
- Perbandingan iPhone 6, Xperia Z3 Dan Moto X
Apple Watch
Selain iPhone 6 dan iPhone 6 plus, Apple juga memperkenal gajet terbaru iaitu Apple Watch.Ia akan hadir dalam dua saiz berbeza dan dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina. Gajet ini akan hadir dengan tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition. Apple Watch hadir dalam rekaan segi empat dengan membawakan antaramuka khusus serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti iPhone 6.
Apple watch mempunyai Digital Crown yang akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara. Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri yang membolehkan pengguna berinteraksi dengannya disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain. Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula awal tahun 2015.
Saksi Video Apple Watch untuk lebih banyak maklumat
Apa komen semua peminat dengan kehadiran iPhone 6, iPhone 6 plus dan Apple Watch produk terbaru Apple serta Apple Pay. Isteri aku pasti suka dengan iPhone 6 plus kerana selama ini dia sering komplen iPhone 5s terlalu kecil untuk dia. Baguslah kalau dia berpindah kepada iPhone 6 plus jadi mudah aku nak bantu bila ada masalah berbanding sekarang sebab aku memang kurang mahir dengan sistem Android.
1,258 Comments
Tengah tunggu jugak ni..saya pun fikir sama macam wife tuan..nak besar sikit dari iPhone 5s..baru rasa puas sikit pegang tu :p
Curahan rasa Shah PK @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kalau hendak membeli iPhone 6 dengan rebet RM200, boleh tempah d lazada
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
nanti tuan buat contest iphone 6, baru DT join agak nya.. hehehe
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
rasanya kalau ikutkan trend denaihati, insyaAllah pasti ada contest iPhone 6 pula nanti..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
kalau DH ade buat jugak contest menang iphone 6 memang lagi best dan mencabarlah..contest iphone 5s yang sedang berlangsung pun perlukan ketabahan hati
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
makin lama makin panjang ye iphone ni.
DT so far belum tergerak hati nak ke arah iphone.
dari dulu samsung je..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
sesiapa nak mempunyai iPad Mini namun mahukan fungsi telefon, iPhone 6 Plus semestinya pilihan yang memenuhi kehendak anda
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
dengan iphone 6 plus masalah typo rasanya akan berkurang kan?hee
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
penstabil optikal pada iPhone 6 Plus satu lagi fungsi yang bakal memberikan faedah baik kepada pengguna yang menyukai fungsi rakaman video mahupun pengguna biasa
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
kalaulah dapat satu ni mesti best kan..pengalaman dengan produk apple memang berbeza
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
Iphone 6 plus… gajet idaman kalbu…
InsyaALLAH cuba mendapatkan nya…
kena tgk gambar selalu nie.. he he..
Curahan rasa fazrol @ ..Mulakan dengan Bismillah!
Lazada turut telah mula menawarkan Apple iPhone 6 yang menjadi fokus utama ramai pengguna akhir-akhir ini
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
ada rebat Rm200 pulak tu kalau beli kat Lazada..tapi kena pastikan dia punya warranty claim macam mana
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
Sekali guna barangan Apple, rasa macam susah nak tukar ke barangan lain…
Tapi tak salah mencuba.. Apple pun bukan perfect sangat…
Curahan rasa fazrol @ ..Aisy dan monopod!
aah mana ada barangan yang sempurna sebab pembuatnya pun tak sempurna..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
antara negara yang bakal menerima kemasukan iPhone terbaru pada bulan ini adalah termasuk China, India, dan juga negara jiran kita, Thailand
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
tak dapat 6 plus…
Dapat 6 pun ok…
Tapi kalau menang 5s lagi laa suka hati… he he eh
Curahan rasa fazrol @ ..Aisy dan monopod!
Rasa terigin pulak nak try iphone 6 plus…
Besar dan berbaloi tak?
Curahan rasa fazrol @ ..Mulakan dengan Bismillah!
Teringin merasa apa apa pun produk apple sebab mmg tak pernah nak merasa. Moga berjaya dalam kontest denaihati nanti.
Salah satu punca saya meminati brand apple adalah kerana kamera yang sangat berkualiti. Walaupun pixel kamera depan sedikit namun kualitinya sangatlah hebat.
betul tue bro…
Aku pengguna iphone 4s..
Smartphone paling lama aku pakai…
Hopefully dapat tukar 5s plak lepas nie.. he he…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
Ada jugak yg menyalah ceo apple kerana peranti iphone 6 plus yg dikatakan mudah bengkok. Apa apa pun kita tunggu review daripada pengguna yang telah merasainya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Comments are closed.