Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam tertipu ketika over excited membeli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Hari ini Apple memperkenalkan dua produk terbaru iPhone mengantikan iPhone 5s iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 plus. Seperti yang bocor dalam banyak website sebelum ini, iPhone 6 hadir dalam saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pula akan hadir dalam saiz 5.5-inci dengan sokongan paparan Retina HD, dan lebih nipis berbanding versi iPhone sebelum ini. Selain iPhone 6 paling aku suka apabila Apple memperkenalkan Apple Pay untuk memudahkan transaksi pembelian online.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 :
- iPhone 6 datang dengan papran resolusi 1334×750 pixel.
- Rekaan kerangka juga dilihat lebih membulat berbanding iPhone 5S sebelum ini.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 dari USD199.
Berikut antara yang menarik tentang iPhone 6 plus :
- iPhone 6 Plus datang dengan papran resolusi 1920×1080 pixel.
- Membawakan skrin bersaiz lebih besar dengan resolusi tinggi dan menawarkan paparan secara melintang.
- Menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, iaitu Apple A8 dengan menawarkan tenaga pemprosesan lebih 25% pantas dan grafik lebih 50% laju.
- Penggunaan cip pemprosesan M8 yang khusus untuk memantau gerakan, disamping penggunaan barometer untuk mengetahui tekanan udara dan sebagainya.
- Hadir dengan sokongan LTE yang lebih pantas berbanding dengan iPhone 5S sebelum ini.
- Dilengkapkan ia dengan sokongan VoLTE, dan juga membawakan fungsi WiFi Calling sekiranya penggunaan rangkaian telekomunikasi agak rendah disesuatu kawasan.
- Kamera dinaik-taraf menggunakan sensor 8-megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture untuk rakaman gambar yang lebih cantik.
- Kamera juga hadir dengan Focus Pixel untuk memfokuskan dengan pantas dan baik sebelum melakukan rakaman. Cip A8 juga turut menyertakan sokongan ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.
- Harga iPhone 6 plus dari USD299.
iPhone 6 akan ditawarkan di USA, UK, Singapore, Hong Kong, German, Canada, Jepun, Australia, Perancis bermula 19 September. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan warna emas. Bersama-sama pengenalan iPhone 6 ini, pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 5S dan juga iPhone 5C. Harga iPhone 5C Malaysia akan dijual dari RM1499 dan iPhone 5S Malaysia akan dijual bermula dari RM1999.
Saksi Video iPhone 6 dan iPhone 6 plus untuk lebih banyak maklumat
Perbandingan iPhone 6 dengan smartphone yang lain :
- Perbandingan iPhone 6 Plus, Lenovo Z2 Pro Dan Galaxy Note 4
- Perbandingan iPhone 6, Xperia Z3 Dan Moto X
Apple Watch
Selain iPhone 6 dan iPhone 6 plus, Apple juga memperkenal gajet terbaru iaitu Apple Watch.Ia akan hadir dalam dua saiz berbeza dan dilengkapi dengan skrin Sapphire yang dilengkapi paparan Retina. Gajet ini akan hadir dengan tiga variasi, iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport dan juga Apple Watch Edition. Apple Watch hadir dalam rekaan segi empat dengan membawakan antaramuka khusus serta dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti iPhone 6.
Apple watch mempunyai Digital Crown yang akan membawa pengguna kepada skrin utama, dan pengguna turut boleh memutarkannya untuk memilih sesuatu perkara. Jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan input berasaskan suara melalui integrasi Siri yang membolehkan pengguna berinteraksi dengannya disamping membalas sesuatu perkara dan membuat beberapa perkara lain. Jam tangan pintar ini hanya akan mula dipasarkan bermula awal tahun 2015.
Saksi Video Apple Watch untuk lebih banyak maklumat
Apa komen semua peminat dengan kehadiran iPhone 6, iPhone 6 plus dan Apple Watch produk terbaru Apple serta Apple Pay. Isteri aku pasti suka dengan iPhone 6 plus kerana selama ini dia sering komplen iPhone 5s terlalu kecil untuk dia. Baguslah kalau dia berpindah kepada iPhone 6 plus jadi mudah aku nak bantu bila ada masalah berbanding sekarang sebab aku memang kurang mahir dengan sistem Android.
1,258 Comments
Mula mula produk ni dirasmikan saya agak terkejut kerana design dia lain dari siri sebelum ni dan lebih kepada design android. Namun tetap cantik di mata semua!
Tak dapat iphone 6, iphone 5s pun jadi la kan. So kena la usaha lebih dan lebih dan lebih lagi!
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Keep it up bro…
Sama-sama kita berjuang hingga ke garisan penamat..
Kot 2 ada rezeki iphone 5s…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
Sememangnya persepsi masyarakat memandang brand apple sangat tinggi dan high class berbanding dengan jenama jenama yang lain.
Ada ura ura mengatakan terdapat satu brand smartphone yang meniru design iphone 6. Dalam perniagaan kita kenalah bersaing secara sihat.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
design dia menarik walaupun lain daripada yang lain. haaaa 😉 gilaaa kejap tengokk gambar iphone 6. bila lah dapat merasa guna iphongggg nie kan? apple watch :* mesti best guna dia kan? insyaallah suatu hari nanti….
Curahan rasa ayufrhna @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Secara keseluruhan,memang berguna info ni …tetiba rasa ingin menjadi pengguna produk Apple pula.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
belum pernah lagi memakai tag apple user, mungkin akan beralih kepada apple user selepas ini. TUkar angin. heheheh
Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya Ibu
Sama la kita bro…mungkin satu hari nanti bartular angin kepada Apple pula ye tak…
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
Walaupun iphone 6 ni kelihatan lain daripada siri iphone yang lain namun keanggunan designnya tetap tidak luntur.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
kalau tengok reka bentuk lebih kepada reka awal iphone dan ada juga ala samsung. Tapi apapun iPhone ada kelas yang tersendiri
Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya Ibu
Tun M juga kelihatan sudah memiliki iphone 6 ketika dilihat dia mengeluarkan smartphone itu untuk mengambil gambar.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Tidak mengharap sangat untuk pakai iphone 6 ni sebab dah tau harga mesti mahal punya. Sekarang kena berusaha untuk dapatkan iphone 5s dalam contest denaihati.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Katanya Malaysia tidak termasuk dalam senarai negara yang akan membawa masuk iphone 6 pada bulan october ni.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
smart betul..memang mampu tengok je la iphone ni..hehehe…
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
tak dapat iPhone 6..dapat iPhone 5 pun kira ok juga..mesti seronok pakai nanti..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Temuramah Pelajar UNIMAS Bersama Hero Borneo
Iphone 6 dah power tapi tak boleh dibandingkan dengan Google Nexus 6 yang paling perfect untuk gamers tegar.
Walaupun kualiti kamera tetap sama berbanding iphone 5s, tapi skrinnya yang lebih besar membuatkan senang pengguna untuk browse gambar.
ha ah kan.. macam saya jugak…suka skrin yang besar besar…mudah dan lebih puas..hehe
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Comments are closed.