iPhone 5C penipuan Apple

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah baca komen-komen panas antara peminat Apple dengan peminat Samsung di entri-entri blog Amanz.my. Memang panas kekadang sampai ketahap bahasa teknikal yang kita orang biasa tak faham … tak percaya tanyalah Bro Framestone. Kefanatikan mereka memang tahap maksimalah.

Aku memang pengguna iPhone dan iPad yang setia tetapi taklah sampai ketahap fanatik begitu. Bagi aku gajet ada alat pemudah yang boleh membantu dalam kehidupan seharian dan paling penting membantu urusan bisnes. Bagi aku gajet mesti membantu menambah nilai kehidupan dan lebih penting menambah pendapatan. Biar gajet menjadi hamba kepada kita bukan kita menjadi hamba kepada gajet. Kepada usahawan seperti Abang Ensem memang sangat-sangat perlu menggunakan smartphone yang sesuai yang boleh menambah nilai urusan perniagaan jangan sampai kita termasuk dalam katogeri 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT.

iPhone 5C Malaysia

Dapat satu komen menarik di entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” tak tahulah samada dia ni pembenci produk Apple atau pembenci produk Yahudi.

[box type=”shadow”]Memang pembeli2 produk Apple selalunya amat mudah tertipu oleh syarikat Apple juga. Contohnya; keluaran ‘terbaru’ Apple – iPhone5C cokia yang casing plastik murah berwarna-warni itu. Sebenarnya ia adalah iPhone5 model lama tahun 2012 yang di ‘stop’ pengeluaran kerana berbagai masalah salah satunya kos aluminium mahal, sedangkan apple mahukan lebih banyak untung yang tinggi.

Tetapi seperti biasa – permainan media Barat sokongan Yahudi, produk-produk Apple selalu digembar gemburkan hebat (hyped-up) – pengguna-pengguna begitu obses dengan jenama Apple iPhone5 lama ini disalut dengan casing plastik murahan dan di pasangkan sistem operasi iOS7 yang terbaru maka jadilah seperti baru – iPhone5C yang sebenarnya iPhone5 tahun lepas yang menyamar….Harga jualan iPhone5C pula sama mahal dengan iPhone5 – sepatutnya lebih murah dalam RM1,300 saja.

Tetapi ramai tertipu, Apple sanggup menjual mahal dan terbukti iPhone5 yang ‘menyamar’ ini laris bagaikan pisang panas….Apple menadapat untung besar – tidak perlu pelaburan baru buat skrin lebih besar, specs rendah dan design tetap sama atau meniru produk-produk lain pun orang masih terkinja-kinja dan gilakan produk-produk Apple maka kos Apple dapat dijimatkan & dapat untung besar.[/box]

Kalau nak melihat penipuan strategi pemasaran produk tak kiralah Samsung atau Apple pasti ada. Apa kurangnya Samsung dengan berbagai nama produk tetapi menggunakan sistem yang sama sahaja. Bagi aku apa sahaja jenama gajet kita boleh gunakan yang paling penting gajet tersebut dapat membantu kehidupan kita bukan sekadar nak bergaya je. Seperti juga beli kereta bukan untuk ditayang tetapi membantu menambah pendapatan.

Apa pendapat kawan-kawan setelah membaca komen di atas??


Spread the love

116 Comments

  1. Memang aku dah sangka dari dulu lagi dengan melihat spesifikasi iPhone 5c, memang sama dengan iphone 5. Tiada perubahan. cuma dari segi luaran sahaja yang berbeza. Harga bukan main lagi mahal…walaupun aku juga peminat apple. Tapi tidaklah sampai fanatik. Aku guna Macbook Pro dan iPad. iphone belum lagi…
    Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang BagusMy Profile

  2. Walaupun terang & nyata Apple menipu, masih ramai (berjuta2) pemuja2 produk Apple mudahnya ditipu dan dikebas duit mereka. Memang jelas iPhone5C adalah iPhone5 model 2012 yang di tutup pengeluarannya dan kemudian model yang kalah kepada Samsung S4 itu ‘dibungkus’ semula dengan casing plastik cokia yang murah lagi berwarna-warni serta OS di tukar kepada iOS7 dan dijual semula sebagai iPhone5C yang masih agak mahal – hampir sama harga dengan iPhone5S!
    Inilah taktik penipuan pihak Apple – tidak perlu menurunkan harga, seperti biasa dilakukan oleh Samsung yang lebih pemurah itu – Taktik cumalah body iPhone5 ditukar kepada casing plastik yang murah! Maka Apple terus mendapat untung berlipat kali ganda akibat pemuja2 Apple ini terus membeli produk2 Apple walaupun ditipu hidup2.

    1. Bukan saja Apple menipu, malah pengedar2 iPhone5S/iPhone5C juga ambil kesempatan baik untuk menipu customer mereka yang taksub jenama Apple. Ada ke patut iPhone5S dijual pada harga RM3,500 – RM10,000 dan iPhone5C pada harga RM2,600 – RM3,000?

      1. Ini nama demand dan supply … Untuk dapat harga normal kenalah tunggu dijual secara rasmi di Malaysia bermula 31/10/13. Penjual2 ini juga mendapat harga yg mahal sebab tu produk ini dijual pada harga mahal tetapi pengguna ada pilihan utk tidak membeli dan tunggu pelancaran. Ada pengguna sanggup membeli pada harga mahal sebab nak dapat awal jadi itu bukan penipuan tetapi pilihan.

  3. hari ini gadjet memang menjadi kegilaan ramai masyarakat seluruh dunia. biasanya yang mendatangkan masalah adalah mereka yang terlalu taksub..

  4. Saya kurang setuju.. Tambah2 bab harga yang kamu letk, iaitu sekitar 1300.. At first, ya iPhone 5c pakai plastik tapi bukan plastik murah sebaliknya polycarbonate yang mana material dia mcm iphone 3gs. Saya sendiri masih pakai 3gs. Bab harga tu, saya nak tanya kamu.. Kamu tahu atau x dengan sebenar2nya berapa harha iphone tu? Dan kamu percaya x iphone yang dijual sebenarnya x membawa untung yg byk kepada Apple. 1 phone untung hanya sekita 50dolar, iaitu 150 ringgit sahaja.. Bagaimana saya tahu, saya pernah kerja denga apple reseller.. Kalau penilis.blog ni sekadar nak “talk co#k”, x payah laa.. Pegi cari maklunat yg sahih baru ckp k..

    Btw sy bukan apple fanboy, saya apple user yg menggunkan Macbook serta 1 3gs.dan 2Sony.. Believe me, kalau nk compare Samsung dgn Apple, sy cakap Samsung adalah SAMPAH.. X pandai gunakan peluang mengkaji dan buat better dr Apple sedangkan cip iphone Samsung yg buat. Lebih baik compare Apple dgn sony sebab Sony jauh lebih bagus dan berkualiti dari Samsung.

    1. Kalau lah ‘polycarbonate’..samalah juga dengan body Samsung S2, S3 & S4 atau Note2 dan Note 3 – bukannya casing plastik murahan tetapi dibentuk dari pelbagai komposit terutama Note3. Bukannya plastik bungkus belacan!

      Pasal untung itu en. Jazz, adalah bohong semata2. Sebenarnya Apple adalah syarikat phone paling besar untung didunia! Kos membina sebuah iPhone5S lebih murah daripada Samsung S4 sebab semua produk2 Apple samada iPhone atau iPad takde langsung – slot memory card, takde NFC, takde smart stay, takde smart scroll, takde radio FM, takde wireless charging dan banyak lagi…Sedangkan semua produk2 Samsung ada – apa yang Apple takde. Walaupun harga produk2 high-end Samsung murah sedikit, Samsung akan sengaja diturunkan harga selepas 5 bulan untuk memberi peluang lebih ramai orang! Manakala Apple amat kedekut untuk menurunkan harga yang sentiasa ditetapkan mahal supaya tidak ramai orang memilikinya. Haji Bakhil!

      Semua produk2 Apple itu pula dipasang dikilang yang sememangnya kos buruh amat rendah – Foxconn di negara China. Upah memasangnya cuma RM26.00 bagi sebuah iPhone5S! Kos komponen bagi sebuah iPhone5S -RM650 sahaja, kemudian iPhone5S dijual pula pada harga RM2,199. bayangkan betapa besar untung Apple yang sengaja dijual mahal2 bukan kerana ‘kualiti yang bagus’ – tetapi untuk prestige, konon!

  5. Harga iphone 5C dijangka RM1899 sedangkan harga iphone 5 pada msa sekrg dijual pada harga RM2199 jadi tiada istilah penipuan disitu sbb bila material dikurangkan harga juga direndahkan. Fokus utama apple pada tahun ini sbnrnya adalah pada iphone 5S. Iphone 5C tu adalah rebadge iphone 5 dengan material dan harga yang lebih rendah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!