iPhone 5C penipuan Apple

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah baca komen-komen panas antara peminat Apple dengan peminat Samsung di entri-entri blog Amanz.my. Memang panas kekadang sampai ketahap bahasa teknikal yang kita orang biasa tak faham … tak percaya tanyalah Bro Framestone. Kefanatikan mereka memang tahap maksimalah.

Aku memang pengguna iPhone dan iPad yang setia tetapi taklah sampai ketahap fanatik begitu. Bagi aku gajet ada alat pemudah yang boleh membantu dalam kehidupan seharian dan paling penting membantu urusan bisnes. Bagi aku gajet mesti membantu menambah nilai kehidupan dan lebih penting menambah pendapatan. Biar gajet menjadi hamba kepada kita bukan kita menjadi hamba kepada gajet. Kepada usahawan seperti Abang Ensem memang sangat-sangat perlu menggunakan smartphone yang sesuai yang boleh menambah nilai urusan perniagaan jangan sampai kita termasuk dalam katogeri 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT.

iPhone 5C Malaysia

Dapat satu komen menarik di entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” tak tahulah samada dia ni pembenci produk Apple atau pembenci produk Yahudi.

[box type=”shadow”]Memang pembeli2 produk Apple selalunya amat mudah tertipu oleh syarikat Apple juga. Contohnya; keluaran ‘terbaru’ Apple – iPhone5C cokia yang casing plastik murah berwarna-warni itu. Sebenarnya ia adalah iPhone5 model lama tahun 2012 yang di ‘stop’ pengeluaran kerana berbagai masalah salah satunya kos aluminium mahal, sedangkan apple mahukan lebih banyak untung yang tinggi.

Tetapi seperti biasa – permainan media Barat sokongan Yahudi, produk-produk Apple selalu digembar gemburkan hebat (hyped-up) – pengguna-pengguna begitu obses dengan jenama Apple iPhone5 lama ini disalut dengan casing plastik murahan dan di pasangkan sistem operasi iOS7 yang terbaru maka jadilah seperti baru – iPhone5C yang sebenarnya iPhone5 tahun lepas yang menyamar….Harga jualan iPhone5C pula sama mahal dengan iPhone5 – sepatutnya lebih murah dalam RM1,300 saja.

Tetapi ramai tertipu, Apple sanggup menjual mahal dan terbukti iPhone5 yang ‘menyamar’ ini laris bagaikan pisang panas….Apple menadapat untung besar – tidak perlu pelaburan baru buat skrin lebih besar, specs rendah dan design tetap sama atau meniru produk-produk lain pun orang masih terkinja-kinja dan gilakan produk-produk Apple maka kos Apple dapat dijimatkan & dapat untung besar.[/box]

Kalau nak melihat penipuan strategi pemasaran produk tak kiralah Samsung atau Apple pasti ada. Apa kurangnya Samsung dengan berbagai nama produk tetapi menggunakan sistem yang sama sahaja. Bagi aku apa sahaja jenama gajet kita boleh gunakan yang paling penting gajet tersebut dapat membantu kehidupan kita bukan sekadar nak bergaya je. Seperti juga beli kereta bukan untuk ditayang tetapi membantu menambah pendapatan.

Apa pendapat kawan-kawan setelah membaca komen di atas??


Spread the love

116 Comments

  1. just enjoy n have fun with ur phone…tak kisahlah jenama apepun…use it wisely…buat menyemak dan pening2 je nak compare itu ini lah…bosan dah nak membaca comparison2 hp mana lg hebat nih…muak…

  2. Iphone5c ni peniru NOKIA…. ios7 pun copy performance android and windowsphone8…. apa nak jadi lah APPLE ni… xlama lagi iphone ni jd mcm Blackberry, lingkuppp…

  3. Setiap keluaran Apple terbaru mesti ramai yang berebut2.. Saya sendiri menggunakan produk Apple dari dulu.. Ingat lagi 1st Apple desktop iMac gemok tu 🙂 Sjak tu saya mmg meminati Apple produk..tp bkn semua mampu milik lah..Iphone pun Denaihati yg bagi hehe. Saya setuju jgn jadi hamba gadget…cukup sekadar memenuhi keperluan sahaja.

    Satu lg tak nafi Gadget Apple memang terkenal dgn harga yg agak tinggi dan apa saya lihat kebanyakkan individu yang sudah lama menggunakan Gadget jenama Apple memang akan setia dengan jenama itu…jadi Apple fan tdk akan berkurang selagi mereka keluar produk yg baru 🙂

    1. hahahahaha.. aku sokong.. diorg ni dah lah tk mampu.. menyalak lagi.. aku gune tkde masalah lansung.. dan quality die berbaloi dngn harga die

  4. Pengguna ada hak untuk memilih untuk membeli produk berkenaan mahupun tidak. Sekiranya mereka rasakan produk itu tidak wajar untuk dibeli, maka mereka boleh beralih kepada produk yang lain. Tiada paksaan mahupun kewajipan bagi setiap pengguna untuk membeli produk berkenaan.
    Curahan rasa Drexar21 @ ..Cara untuk melanggan kepada HyppTV (IPTV)My Profile

  5. Bukan nak cakap apalah, aku dah dekat 5 tahun pakai BB Curve 8520, sampailah BB dah bankrap sekarang. Bukan tak mampu tukar baru, cuma aku rasa tak perlu. Aku guna semata-mata untuk komunikasi, selagi elok tak perlu tukar. Bukan kedekut, cuma macam admin cakap, jangan sampai jadi hamba gajet. Keluar baru, beli baru. Sentiasa tak berpuas hati, tak bersyukur dengan apa yang dah ada, sebab tu hidup hati tak senang. Rilek sudah, nak beria tukar-tukar phone setahun sekali untuk apa? Phone dengan kita dua-dua mereput dalam tanah jugak nanti. Tak gitu?

  6. I have to say iPhone 5C and 5S is the currently the best smatphone in the world since the original iPhone because the iOS speaks for itself already, I’ve been used a lot of smartphone wether its from Apple, Samsung, Sony, Htc and Nokia.. and I found that I never encounter any slow iPhone whereas there are tons of slow Android phones out there for example, Sony Xperia ion and Htc One X that I’ve used previously, however Nokia Lumia 920 is as fast as iPhone but in terms of apps they are way behind schedule than blackberry app world. In conclusion, Apple knows what to do with their phones and all the care is about how THEIR CONSUMER (those can only afford it) will can be satisfy with their product for example, iPhone 5, 5C and 5S have 4″ screen and to me its enough for me to navigate the phone using one finger and if I ever need a bigger screen. there are always a iPad to buy (for those who can afford)

    and one more thing…
    previously the cost of 16GB Unlocked iPhone 5 is RM2199

    now the cost of 16GB Unlocked iPhone 5S is also RM2199

    AND 16GB Unlocked iPhone 5C is 549USD = +/- RM1800

    so its actually cheaper that the previous model. and apple did claim that the new iPhone 5C has the bigger battery hat iPhone 5. if you don’t believe it check the craking open video of iPhone 5C on CNNETTV on YouTube.

  7. tak berani nak cakap. sebab tak pernah guna. abang sedara yang dok kalut ngan kehebatan iphone4, kemudian upgrade jadi iphone 5 tu pun akhirnya mngambil pendekatan bertukar kepada sampsung S4. rasanya semakin hebat dan canggoh gadjet tu, mesti akan menyusahkan dia balik, masing masing berlumba nak jadi hebat.

  8. tips utk membeli iphone : beli la di apple reseller sbb harga jauh lebih murah dr pasaran gelap . sebelum membeli,perlu bertanye,”unlocked ke locked” jikalau unlocked adalah lebih selamat sebab semua simcard di dunia boleh pakai tp jikalau locked,hanye local sim card sahaja dan kos untuk unlocked iphone yg locked, agak mahal

      1. ikut keselesaan masing-masing.. ada yang selesa pakai jenama ini.. ada yang selesa pakai jenama itu.. masing-masing ada kelemahan dan faedah..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!