iPhone 5C penipuan Apple

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah baca komen-komen panas antara peminat Apple dengan peminat Samsung di entri-entri blog Amanz.my. Memang panas kekadang sampai ketahap bahasa teknikal yang kita orang biasa tak faham … tak percaya tanyalah Bro Framestone. Kefanatikan mereka memang tahap maksimalah.

Aku memang pengguna iPhone dan iPad yang setia tetapi taklah sampai ketahap fanatik begitu. Bagi aku gajet ada alat pemudah yang boleh membantu dalam kehidupan seharian dan paling penting membantu urusan bisnes. Bagi aku gajet mesti membantu menambah nilai kehidupan dan lebih penting menambah pendapatan. Biar gajet menjadi hamba kepada kita bukan kita menjadi hamba kepada gajet. Kepada usahawan seperti Abang Ensem memang sangat-sangat perlu menggunakan smartphone yang sesuai yang boleh menambah nilai urusan perniagaan jangan sampai kita termasuk dalam katogeri 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT.

iPhone 5C Malaysia

Dapat satu komen menarik di entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” tak tahulah samada dia ni pembenci produk Apple atau pembenci produk Yahudi.

[box type=”shadow”]Memang pembeli2 produk Apple selalunya amat mudah tertipu oleh syarikat Apple juga. Contohnya; keluaran ‘terbaru’ Apple – iPhone5C cokia yang casing plastik murah berwarna-warni itu. Sebenarnya ia adalah iPhone5 model lama tahun 2012 yang di ‘stop’ pengeluaran kerana berbagai masalah salah satunya kos aluminium mahal, sedangkan apple mahukan lebih banyak untung yang tinggi.

Tetapi seperti biasa – permainan media Barat sokongan Yahudi, produk-produk Apple selalu digembar gemburkan hebat (hyped-up) – pengguna-pengguna begitu obses dengan jenama Apple iPhone5 lama ini disalut dengan casing plastik murahan dan di pasangkan sistem operasi iOS7 yang terbaru maka jadilah seperti baru – iPhone5C yang sebenarnya iPhone5 tahun lepas yang menyamar….Harga jualan iPhone5C pula sama mahal dengan iPhone5 – sepatutnya lebih murah dalam RM1,300 saja.

Tetapi ramai tertipu, Apple sanggup menjual mahal dan terbukti iPhone5 yang ‘menyamar’ ini laris bagaikan pisang panas….Apple menadapat untung besar – tidak perlu pelaburan baru buat skrin lebih besar, specs rendah dan design tetap sama atau meniru produk-produk lain pun orang masih terkinja-kinja dan gilakan produk-produk Apple maka kos Apple dapat dijimatkan & dapat untung besar.[/box]

Kalau nak melihat penipuan strategi pemasaran produk tak kiralah Samsung atau Apple pasti ada. Apa kurangnya Samsung dengan berbagai nama produk tetapi menggunakan sistem yang sama sahaja. Bagi aku apa sahaja jenama gajet kita boleh gunakan yang paling penting gajet tersebut dapat membantu kehidupan kita bukan sekadar nak bergaya je. Seperti juga beli kereta bukan untuk ditayang tetapi membantu menambah pendapatan.

Apa pendapat kawan-kawan setelah membaca komen di atas??


Spread the love

116 Comments

  1. macammana nak komen ni, samsung atau iphone…kedua-duanya masih belum dapat pakai lagi. Dalam persaingan sengit gajet sekarang ini, sudah pastinya banyak penipuan berlaku… Namun pada masa yg sama persaingan juga memberi banyak pilihan buat pengguna dgn tawaran harga yg semakin mampu milik.
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…My Profile

  2. Tak patut mereka menipu untuk melariskan jualan. mereka menipu sebab mereka tahu yang kita akan beli walau apapun kan. betul tu, gadget yang ada ni untuk membantu dan memenuhi keperluan urusan seharian yang kita lakukan.
    Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

  3. Smartphone yang hebat jangan dilihat semata-mata dari segi spesifikasi yang tinggi seperti processor 2.7, kamera 20MP dan sebagainya.

    Faktor kualiti juga harus dilihat, seperti kelancaran sistem operasi (OS), kualiti kamera (kualiti kamera tidak bergantung sepenuhnya kepada saiz mega pixel) dan lain-lain.

    Sebab tu iPhone masih sebuah jenama yang terus berjaya dan semakin berjaya saban tahun.
    saya juga tak nafikan kehebatan company lain seperti Samsung ye. Cuma kat sini saya ulas pasal iPhone dari Apple sahaja, TQ
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

  4. Sebenarnya sikap sesetengah orang yang mengkritik Apple, akhirnya mereka juga secara tidak langsung berperanan sebagai agen promosi kepada jenama Apple. Ia membuatkan nama Apple semakin meluas, secara viral, tanpa memerlukan kos pemasaran oleh Apple sendiri.

    Semakin ramai berbincang berkenaan Apple, maka semakin ramai yang akan tahu pasal Apple, dan mereka akan selidik sendiri kehebatan iPhone. Akhirnya, makin ramai jadi pembeli.

    Itu antara rahsia Apple sebenarnya.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

  5. Berkenaan isu nak jimat kos dengan membuat cover daripada plastik, itu soal strategi Apple, bukannya menipu.

    Kalau pelanggan tak suka plastik, janganlah beli Iphone 5c. Apa susah?

    Penipuan ni kalau Apple kata iPhone 5c tu diperbuat daripada aluminium, sedangkan ianya diperbuat daripada plastik. Ha, yang ni barulah penipuan. Tapi hakikatnya penipuan ni tak berlaku.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

  6. Sebenarnya, pengguna yang bijak dah boleh tahu sendiri spesifikasi pada iPhone 5c yang lebih rendah daripada 5s, akan tahu bahawa ia adalah produk sama dengan iPhone 5.

    Saya tidak melihat ini sebagai penipuan, kerana jika dibandingkan antara iPhone 5c dan iPhone 5, kita sendiri akan nampak perbezaan, yang mana cuma berbezanya adalah cover plastik sahaja. Perbezaan plastik ini adalah keunikan produk bernama 5c. Jadi ia masih berbeza, cuma dari segi iphone 5.

    Yang jadi menipunya jika Apple mengatakan iPhone 5c mempunyai spesifikasi yang TIDAK sama dengan iPhone 5, atau mereka mengatakan iPhone 5c lebih canggih daripada iPhone 5. Isunya sekarang, mereka tak kata apa-apa tentang perbandingan kedua-dua ini.

    Pelanggan sendiri boleh baca spesifikasi telefon dan pastinya tiada penipuan spesifikasi di situ. Jadi, tiada masalah di sini yang pelanggan ditipu. Sebaliknya kita sendiri boleh menilai daripada semua maklumat tersebut.
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!