Martabat Blogger di mata Ketua Audit Negara

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia sedang heboh dengan kisah cacat cela pentadbiran berdasarkan Laporan Audit Negara 2012. Laporan Audit Negara ini dikeluarkan menjelang pembentangan belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013. Aku biasa melihat daripada sudut yang berbeza. Bagi aku keberanian Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak adalah luar biasa kerana berani mendedahkan kelemahan pemerintahan sendiri.

[box type=”shadow”]Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.

Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir

Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.

Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.
Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan. Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini. – YB Khairy Jamaluddin[/box]

Kerajaan bukan 100% peratus bergantung kepada Perdana Menteri dan kabinet tetapi dianggotai berjuta kakitangan dari jawatan Ketua Setiausaha Negara hinggalah Pekerja Am. Setiap jawatan mempunyai tanggungjawab dan kuasa yang diberi untuk membuat keputusan berdasarkan “General Order” yang disediakan tetapi berdasar pengalaman terlalu ramai yang pandai memanipulasi sistem untuk kepentingan kumpulan atau diri sendiri. Kepincangan yang terdapat dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah salah satu makanisme penilaian kegagalan pegawai-pegawai tertentu menjalankan tanggungjawab. Menjadi tugas Pemimpin Kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai yang terlibat terutama kepada kes-kes sama yang berulang lagi.

Laporan Audit Negara 2012

Memang ramai yang mengecam kepincangan yang berlaku kerana nak mengutuk bukan susah tetapi kalau kita berada dalam suasana seperti pegawai-pegawai yang terlibat mungkin kita akan buat lebih teruk daripada mereka. Aku pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan selama enam tahun dan sebagai usahawan pernah berurusan berbagai projek dengan berbagai agensi kerajaan … selagi kiblat hidup WANG memang susah nak mencari manusia yang jujur. Ketidak jujuran itulah sebab paling utama berlaku semua kepincangan yang disebut dalam Laporan Audit Negara setiap tahun.

Sebenarnya aku bukan nak ulas sangat cerita Laporan Audit Negara 2012 yang telah banyak diperkatakan termasuklah oleh sifu Blogger. Yang aku tak puas hati sebenarnya apabila Ketua Audit Negara merendahkan martabah Blogger. Bayaran RM1000 untuk Blogger dikatogerikan “perbelanjaan tinggi” begitu juga elaun harian Blogger RM500 juga dikatogeri sebagai “perbelanjaan tinggi”. Jadi apa sebenarnya nilai Blogger adakah seperti kata Blogger EjamOthman, Blogger hanya layak dapat “goodies bag” seperti yang dilakukan oleh beberapa Agensi Kerajaan dan Syarikat PR.

Bayaran untuk Blogger

Aku memang tabik dengan beberapa Top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus yang sentiasa berkerja kuat membina martabat blog sehingga terkenal bukan sahaja di Malaysia. Aman Firdaus setiasa ada di kebanyakan event teknologi dan bukan semua event tersebut berbayar. Tanpa banyak soal beliau seperti wartawan akan menyiarkan entri untuk informasi terkini kepada pembaca setia tetapi hasilnya dengan trafik yang masuk telah mengukuhkan jenama Amanz.my sehingga nilai advetorial di blog Amanz bukan ratusan tapi ribuan ringgit lebih dari nilai RM1000 yang disangka mahal oleh Ketua Audit Negara … tak percaya cuba tanya. Nilai advetorial bukan murah sebenarnya kerana selagi entri tersebut ada dalam blog selagi itu trafik akan mengalir ke jenama yang di iklankan.

[box type=”shadow”]Komen dari seorang Blogger : memang ada blogger bayar mahal – tetapi itulah, bagaimana mahu menilai harga seorang blogger/blog itu? Seperti saya, yang agak sukar untuk hadiri event, apatah lagi bukan blogger yang popular dan dikenali, dengan niche yang agak sempit untuk pengiklan … meletakkan harga terlalu tinggi akan buatkan blog kehilangan pendapatannya.[/box]

Tugas menaikan martabat Blogger adalah diri kita sendiri sehingga Ketua Audit Negara dan Pengiklan dapat menghargai nilai sebenar Blog tanpa perlu mempersoalkan nilai sebenar. Amanz.my, Beautifulnara.com, Paultan.org semua bermula dari sebuah blog kecil yang dibina dengan penuh strategi sehingga menjadi sebuah blog idola. Kita mesti belajar bagaimana mereka membina jenama dari zero menjadi hero dengan mengenepikan berbagai alasan yang menjadi tembok kejayaan.

Sebagaimana Laporan Audit Negara begitu juga kita sebagai Blogger mesti sentiasa audit diri dan blog dari masa kesemasa jika mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya menjadi seorang usahawan Blogger.

Seperti kata Blogger Eizil, KITA MAMPU MENGUBAHNYA sehingga Blogger dipandang dengan nilai sebenar oleh mereka yang berkenaan cuma ingat pendapatan Blogger bukan sahaja dari event … ada banyak lagi cara lain.

134 Comments

  1. Jika ketua audit negara tidak dapat menilainya…sepatutnya blogger sendiri menetapkannya. Blogger sewajarnya sudah ada persatuan yang mampu menjaga kebajikan, mengawal serta memartabatkan blog dimata pihak kerajaan. Pengaruh dan peranan blog sudah tidak dapat dinafikan lagi. Hanya melalui persatuan sahaja dapat menetapkan aras nilai sesebuah blog dan seterusnya menetapkan harga pengiklanan standard mengikut ranking blog tersebut. Saya cadangkan denaihati memulakannya…
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!