iPhone 5C penipuan Apple

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah baca komen-komen panas antara peminat Apple dengan peminat Samsung di entri-entri blog Amanz.my. Memang panas kekadang sampai ketahap bahasa teknikal yang kita orang biasa tak faham … tak percaya tanyalah Bro Framestone. Kefanatikan mereka memang tahap maksimalah.

Aku memang pengguna iPhone dan iPad yang setia tetapi taklah sampai ketahap fanatik begitu. Bagi aku gajet ada alat pemudah yang boleh membantu dalam kehidupan seharian dan paling penting membantu urusan bisnes. Bagi aku gajet mesti membantu menambah nilai kehidupan dan lebih penting menambah pendapatan. Biar gajet menjadi hamba kepada kita bukan kita menjadi hamba kepada gajet. Kepada usahawan seperti Abang Ensem memang sangat-sangat perlu menggunakan smartphone yang sesuai yang boleh menambah nilai urusan perniagaan jangan sampai kita termasuk dalam katogeri 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT.

iPhone 5C Malaysia

Dapat satu komen menarik di entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” tak tahulah samada dia ni pembenci produk Apple atau pembenci produk Yahudi.

[box type=”shadow”]Memang pembeli2 produk Apple selalunya amat mudah tertipu oleh syarikat Apple juga. Contohnya; keluaran ‘terbaru’ Apple – iPhone5C cokia yang casing plastik murah berwarna-warni itu. Sebenarnya ia adalah iPhone5 model lama tahun 2012 yang di ‘stop’ pengeluaran kerana berbagai masalah salah satunya kos aluminium mahal, sedangkan apple mahukan lebih banyak untung yang tinggi.

Tetapi seperti biasa – permainan media Barat sokongan Yahudi, produk-produk Apple selalu digembar gemburkan hebat (hyped-up) – pengguna-pengguna begitu obses dengan jenama Apple iPhone5 lama ini disalut dengan casing plastik murahan dan di pasangkan sistem operasi iOS7 yang terbaru maka jadilah seperti baru – iPhone5C yang sebenarnya iPhone5 tahun lepas yang menyamar….Harga jualan iPhone5C pula sama mahal dengan iPhone5 – sepatutnya lebih murah dalam RM1,300 saja.

Tetapi ramai tertipu, Apple sanggup menjual mahal dan terbukti iPhone5 yang ‘menyamar’ ini laris bagaikan pisang panas….Apple menadapat untung besar – tidak perlu pelaburan baru buat skrin lebih besar, specs rendah dan design tetap sama atau meniru produk-produk lain pun orang masih terkinja-kinja dan gilakan produk-produk Apple maka kos Apple dapat dijimatkan & dapat untung besar.[/box]

Kalau nak melihat penipuan strategi pemasaran produk tak kiralah Samsung atau Apple pasti ada. Apa kurangnya Samsung dengan berbagai nama produk tetapi menggunakan sistem yang sama sahaja. Bagi aku apa sahaja jenama gajet kita boleh gunakan yang paling penting gajet tersebut dapat membantu kehidupan kita bukan sekadar nak bergaya je. Seperti juga beli kereta bukan untuk ditayang tetapi membantu menambah pendapatan.

Apa pendapat kawan-kawan setelah membaca komen di atas??


Spread the love

116 Comments

  1. plastik tu jenis poly carbonate . boleh search ape maknanye di wikipedia. bukan yg jenis murahan . agak berbaloi . lgpn harge apple di malaysia adalah yg paling murah di dunia tp kene beli di apple reseller. teknologi/gajet sentiase mara ke hadapan. pada siapa yg rse telefon pintar yg sekarang ni agak sukar di kendalikan , beralih la ke telefon yg biase .

  2. Betul2, duk baca gak komen2 kat blog Amanz, mmg depa betul2 minat gajet.
    Komen2 geek yang setengah saya tak tau apa langsung. Dasat.

    iPhone 5 cantik. Design smart. Tapi mmg tak beli kalo HP lebih 1.5k.

  3. jika nak kira produk yahudi… melambak lagi produk yahudi yang lain dlm Malaysia ni. atas kita sebenarnya apa yg kita gunakan sekalipun. jika kita tidak mahu, abaikan sahaja. Masalahnya, ada ke org Islam yg boleh buat peralatan telekomunikasi secanggih Apple atau Samsung?
    Curahan rasa ieta @ ..KEMBALI KE KOTAK KOMEN ASALMy Profile

    1. hEyY IeTa jGn jD SeOrG Yg bOdOh.. yAhUdI YaNg sEcErDiK dIpErKaTaKaN PoN BnYaK AmBIk pAnDuAn dIaMbIl dLm Al qUrAn n dIpErBaHaRuI MnGiKuT ZaMaN SaJa.. tAkDa kNoWlEdGe jGn cKp k..lBiH bAiK DiAm..

  4. pendapat saya sama seperti apa yang dikatakan dalam entri tersebut…design iphone seakan-akan sama pada setiap keluarannya. mungkin promosi yang berlebihan, tetapi berkesan – menyebabkan ramai orang tak sabar-sabar untuk memiliki yang terbaru…

    gunakan sepenuhnya gadget yang ada untuk menambah nilai diri sendiri…jangan hanyut dalam pujian manusia disebabkan gadget canggih yang kita ada…
    Curahan rasa Farid Adam @ ..Wordless Wednesday – Malaysia’s Most Wanted PersonMy Profile

  5. Ramai yang anti dengan produk Apple ni terutamanya daripada pengguna Samsung sendiri. Saya pun perasan yang smartphone daripada Samsung ni semua sama je walaupun pelbagai keluaran. Saya pun peminat Apple tapi tidak la terlalu extreme sampai nak kutuk produk lain secara keterlaluan.
    Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Wordless Wednesday | Sila Tutup MataMy Profile

  6. Assalammualaikum…bro denaihati..

    macam bro cakap kita jangan menjadi hamba kepada gajet2 yg canggih nie… biar gajet nie jadi hamba kita..
    lagi satu.. biarlah gajet yg digunakan dapat membantu menaikkan bisness… kalau nak gaya aje nak buat apa kan… x tahulah kalau nak ‘biar miskin asal bergaya’ ..
    Kekadang mselim3 perasan… dengan kecanggihan teknologi ini melekakan kita daripada berzikir …. dan kekadang juga menyebabkan kita dengan kekawan jarang berbual bila bertemu.. sebab masing2 leka dengan gajet masing2… pape pun benda nie subjektif kan… sebenarnya teknologi tidak salah jika di gunakan dengan betul dan berhemah… seperti dapat dapat jumpa kenalan lama yg lama terpisah..

    mselim3

    pls: tiap2 perbuatan itu dimulai dengan niat..yer tak ?
    Curahan rasa mselim3 @ ..Karamah Abu Yazid Al-Bustami Boleh Terbang Di UdaraMy Profile

  7. Antara Samsung dan Apple, masing-masing ada kekuatannya tersendiri dan juga produk yang terbaik.Mungkin belum ramai yang review dan guna smart phone tersebut jadi timbul pelbagai kontroversi
    Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #75My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!