Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah baca komen-komen panas antara peminat Apple dengan peminat Samsung di entri-entri blog Amanz.my. Memang panas kekadang sampai ketahap bahasa teknikal yang kita orang biasa tak faham … tak percaya tanyalah Bro Framestone. Kefanatikan mereka memang tahap maksimalah.
Aku memang pengguna iPhone dan iPad yang setia tetapi taklah sampai ketahap fanatik begitu. Bagi aku gajet ada alat pemudah yang boleh membantu dalam kehidupan seharian dan paling penting membantu urusan bisnes. Bagi aku gajet mesti membantu menambah nilai kehidupan dan lebih penting menambah pendapatan. Biar gajet menjadi hamba kepada kita bukan kita menjadi hamba kepada gajet. Kepada usahawan seperti Abang Ensem memang sangat-sangat perlu menggunakan smartphone yang sesuai yang boleh menambah nilai urusan perniagaan jangan sampai kita termasuk dalam katogeri 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT.
Dapat satu komen menarik di entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” tak tahulah samada dia ni pembenci produk Apple atau pembenci produk Yahudi.
[box type=”shadow”]Memang pembeli2 produk Apple selalunya amat mudah tertipu oleh syarikat Apple juga. Contohnya; keluaran ‘terbaru’ Apple – iPhone5C cokia yang casing plastik murah berwarna-warni itu. Sebenarnya ia adalah iPhone5 model lama tahun 2012 yang di ‘stop’ pengeluaran kerana berbagai masalah salah satunya kos aluminium mahal, sedangkan apple mahukan lebih banyak untung yang tinggi.
Tetapi seperti biasa – permainan media Barat sokongan Yahudi, produk-produk Apple selalu digembar gemburkan hebat (hyped-up) – pengguna-pengguna begitu obses dengan jenama Apple iPhone5 lama ini disalut dengan casing plastik murahan dan di pasangkan sistem operasi iOS7 yang terbaru maka jadilah seperti baru – iPhone5C yang sebenarnya iPhone5 tahun lepas yang menyamar….Harga jualan iPhone5C pula sama mahal dengan iPhone5 – sepatutnya lebih murah dalam RM1,300 saja.
Tetapi ramai tertipu, Apple sanggup menjual mahal dan terbukti iPhone5 yang ‘menyamar’ ini laris bagaikan pisang panas….Apple menadapat untung besar – tidak perlu pelaburan baru buat skrin lebih besar, specs rendah dan design tetap sama atau meniru produk-produk lain pun orang masih terkinja-kinja dan gilakan produk-produk Apple maka kos Apple dapat dijimatkan & dapat untung besar.[/box]
Kalau nak melihat penipuan strategi pemasaran produk tak kiralah Samsung atau Apple pasti ada. Apa kurangnya Samsung dengan berbagai nama produk tetapi menggunakan sistem yang sama sahaja. Bagi aku apa sahaja jenama gajet kita boleh gunakan yang paling penting gajet tersebut dapat membantu kehidupan kita bukan sekadar nak bergaya je. Seperti juga beli kereta bukan untuk ditayang tetapi membantu menambah pendapatan.
Apa pendapat kawan-kawan setelah membaca komen di atas??
116 Comments
bab smartphone ni tengok keperluan sesorang la..kalau setakat beli telefon untuk call dan mesej tak perlukan smartphone pun xpe..hmm soal tipu atau tidak tu..tak boleh nak cerita panjang la..sebab itu dah termasuk dalam strategi pemasaran bisnes dorang…kalau kita rasa tertipu tak payah beli..senang je..hu3
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Iklan Yang Bagus
Antara produk keluaran syarikat Apple dan Samsung, saya lebih tertarik dengan Samsung… Saya tak tahu kenapa? Mungkin disebabkan harganya lebih murah dan memenuhi cita rasa terkini golongan berpendapatan sederhana seperti saya…
Curahan rasa Anuar @ ..Harga minyak naik, Gaji RM6000 sukar nak Beli Rumah?? Sifu Rumah Lelong ada jawapannya…
pakai je la apa yang ada…biar la dia org tipu ke apa, janji dapat call bini 😀
Curahan rasa Shahrul @ ..YouTube Music Awards akan datang
Segala hal yang berhubungan dengan dunia teknologi dan juga alat bantu teknologi informatika selama membantu dan memberikan manfaat untuk kehidupan dunia akherat saya rasa memang tetap diperlukan.
Segala hal yang bermanfaat maupun berdampak negatif sepertinya dikembalikan kepada personal orang yang menggunakannya
Curahan rasa Ferry @ ..Lowongan Bidan PTT
Saya seirama dengan pendapat tuan DH. Apa jua gajet, biarlah memudahkan urusan dan meningkatkan nilai hidup.
Pasal fanatik ni, kalau fanatik…boleh rosak juga hati kita…sederhanalah
Curahan rasa hafizmd @ ..Segmen – Saya Mahu Ditegur
biasa la tu kalau strategi nak pasarkan mana-mana produk gadget, tak boleh nak ubah besar2 sangat kot
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Javier Pastore ke Liverpool. Lebih baik dari Mkhitaryan dan Eriksen?
tak tahulah kalau apple tapi kalau brand lain saya juga pernah dapat seperti itu cukup ganti Chasing lalu dirilis balik dan laris manis
Curahan rasa munir ardi @ ..Nasihat Lukman al Hakim dalam Mencari Rezeki di dunia
Kalau ada duit lebih mahu tukar gajet macam tukar baju. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Program Qurban dan Aqiqah Kemboja bersama eQurban
Main gajet pun kena ada strategi yg penting modal pertama kemudian next next next dah mudah. Bila ada je modal baru keluar trade in je yang lama so harga tak jatuh banyak jadi kena top up sikit je tapi kalau kita lap sampai dua modal memang teruk lah contoh dah keluar iPhone 5S cepat2 upgrade iphone 4S tu kalau tak mesti jatuh banyak harganya.
Curahan rasa denaihati @ ..Qurban hanya ibadah sunat
Fanatik pada gajet? sungguh terlalu… 🙂
knp ada yg terlampau taksub ye sehingga pantang ada yg menegur kelemahan sesuatu brand.. bg saya asalkan gadjet tu berfungsi dgn elok dan memudahkan kerja x kisah la brand mana pun…
:peminat sony tp pakai samsung,brand Apple je x penah pkai lg… 🙂
betul tu zie…janji gadget tu beri keselesaan…brand mana2 pun tak kisah… 😉
Curahan rasa syamila @ ..WW : Bersantai Di Pantai Balok
setuju tu, kekadang taksubnya boleh kalahkan jurujual pulak.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 5C penipuan Apple
siapa nak iphone color beli la iPhone 5c, kalau nak specs sama tapi cover aluminium beli iPhone 5, yang terbaik sekali beli iphone 5s ~Sekadar pendapat~ 🙂
Curahan rasa lewis @ ..Samsung Galaxy Note 3 In Malaysia, Priced At RM2399 (Official)
Sedang selesakan diri dengan iOS7… Ada beberapa apps yang selalu digunakan tidak berfungsi seperti yang kita harapkan bila diupdate untuk menyetarafkannya dengan iOS7
Dan kenapa part gosip dekat blog Amanz. Mesti gua kena petik nie.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Identiti Blogger Ben Ashaari Didedahkan Oleh Facebook
Sebab aku terbaca kisah perdebatan kat blog Amanz tu dari wall FB bro.
Curahan rasa denaihati @ ..iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square Singapore
Saya kagum dengan pandangan beliau terhadap keluaran iPhone 5C yang baru tu. Bagus.. Itu satu pandangan di luar kotak. Apa pun sangkaan pengguna yang kurang berpuas hati, Apple takkan mengecewakan peminat setia yang lebih ramai dari pembenci. Buat apa nak kesah mereka yang sentiasa tak sukakan kita. Lebih baik kesahkan pengguna yang sukakan perubahan yag dibuat walaupun cuma kulitnya. Itu lebih menguntungkan. Kalau bab penipuan yang diperkatakan, rasanya amat malanglah tuduhan tersebut.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Makan Time, Lamb Chop @ FiskeSteakhouse
rimas betul dengan puak yang taksub sangat dengan gajet, pantang ditegur kelemahan gajet yg dia guna, melenting macam bapak dia punya company..
Curahan rasa tarmizishukri @ ..10 Aplikasi Fotografi Untuk iPhone
Baru je beli Samsung Galaxy Note 3 untuk buat bisnes online.
Curahan rasa anastasyea @ ..Sibuk Dengan Bisnes Online
memang pantaslah, tahniah. bisnis online tak boleh lari dari gadjet, pantas untuk balas sebarang kehendak dan pertanyaan pelangan walaupun tengah shopping.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 5C penipuan Apple
Comments are closed.