Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir bermula. Blog pertama yang terpilih adalah blog status PR2 Naman0807.blogspot.com telah mengumpul 2646 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. BB Bold 9900 bertukar kepada iPhone 4S menjadi impian Cikgu Naman semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Cikgu Naman kenapa iPhone 4S menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Pertama kali ucapan terima kasih kepada team Denaihati kerana menganjurkan contest Gajet Impian ini yang memberi peluang kepada ramai orang memiliki gajet impian masing-masing. Setelah membuat penilaian berdasarkan keperluan sendiri dan juga faktor gajet terkini, dengan ini saya memilih gajet terkini iaitu iPhone 4S.
1. Ingin memiliki smartphone sendiri khususnya gajet terkini, iPhone 4S dan menjimatkan bil telefon
Baru-baru ni saya ada memenangi sebuah smartphone Samsung Galaxy SII dari contest beta.my tajaan mynewshub. Sebelum ini saya kurang mengambil tahu ciri-ciri istimewa dan kecanggihan mana-mana smartphone sehinggalah kecanggihan smartphone Samsung Galaxy SII itu dapat saya cuba sendiri. Tetapi memandangkan hadiah itu saya menangi menjelang hari jadi isteri, maka saya telah menghadiahkan smartphone itu sempena hari jadi beliau. Hidupkan Untuk Memberi.
Bila saya tengok macam-macam aplikasi yang ada dalam smartphone dan yang boleh dimuat turun, saya begitu teruja untuk mendapatkannya untuk diri sendiri. Ini kerana dengan adanya smartphone, banyak mendatangkan kebaikan kepada saya, contohnya aplikasi-aplikasi yang boleh membantu mengurangkan bil telefon seperti entri Say NO to SMS. Aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Viber dan Tango contohnya boleh menjimatkan penggunaan bil telefon kerana aplikasi-aplikasi sebegitu boleh memberi khidmat SMS, panggilan suara dan panggilan video secara percuma dengan syarat ada kemudahan internet.
Jadi kalau adanya iPhone 4S, saya dapat berkomunikasi dengan isteri sekiranya tidak berada di rumah secara percuma sahaja.
2. Ingin berblog, tweet, FB dan menggunakan jaringan sosial yang lain di mana-mana sahaja
Selepas memenangi Samsung Galaxy SII, saya menggunakan telefon Nokia E72 yang sebelum ini digunakan isteri saya. Banyak kekurangan dengan E72 ni. Masalahnya bila menggunakan E72, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil itu. Berbeza kalau menggunakan iPhone 4S yang canggih itu. Paparan internetnya seakan dilihat menggunakan PC/laptop cuma dengan saiz skrin yang lebih kecil. Dengan E72, saya tidak boleh update blog menggunakannya, bila masuk je blogger.com, internet akan off secara automatik.
Selalu juga saya saya baca blog-blog lain menggunakan Nokia E72. Yang tak bestnya hanya boleh melihat dalam versi mobile. Kalau buka je versi penuh, memory full dan internet akan off. Jadi saya selalu menjadi silent reader di blog Denaihati kerana kerap tidak boleh komen dengan versi mobile. Kalau dilihat dengan versi web menggunakan iPhone 4S, insyaAllah saya akan sentiasa komen di setiap entri terbaru Denaihati, mana tahu tahun 2012 boleh challenge Bang Iwan. hehe.
Dengan adanya iPhone 4S, bila balik kampung tak payah bawak balik laptop lagi. Kurang beban kereta. hehe
3. Tidak perlu lagi mengusung DSLR ke mana-mana untuk gambar yang menarik!
Saya memang suka mengambil gambar. Saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu ke mana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang-kadang banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi E72 jugaklah jadi penyelamat. Malangnya ciri-ciri kamera dan kualiti gambar dari Nokia E72 sangat tidak memuaskan. Ciri-ciri kamera dalam iPhone 4S yang sudah diperbaharui daripada iPhone 4 yang sebelumnya sudah tentunya menghasilkan gambar yang sangat berkualiti. Kameranya sudah diupgrade kepada 8.0 megapixel, dengan f/2.4 lens (dalam siri iPhone 4, f/2.8) menjadikan ia lebih sensitif kepada cahaya. Wow!! Lagi-lagi dengan ciri-ciri Face Detection itu, so perfect for taking great photos! Memang tak perlukan DSLR lagi ke mana-mana!
Dengan iPhone 4S saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan application picture editor yang kemudian boleh share terus di FB, twitter atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.
Tambahan lagi di sekolah, saya telah ditetapkan menjadi jurugambar rasmi sekolah. Jadi kalau malas bawa DSLR, sudah cukup untuk saya menggunakan kecanggihan kamera iPhone 4S.
Sekarang saya selalu tengok DH menggunakan iPhone 4S untuk mengambil gambar walaupun adanya smartphone yang lain. Sudah semestinya gambar-gambarnya sangat berkualiti kan?
4. Kemampuan iPhone 4S merakam HD video
Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video E72 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Kalaulah dapat iPhone 4S yang boleh merakam 1080p HD video dengan digital image stabilization, gembiranya tak terkata!! Video yang dihasilkan mesti dengan audio dan video yang sangat jelas.
5. Ingin mencuba kebijaksanaan SIRI itu
Intelligent Assistant ni mungkin boleh dianggap sebagai mini robot. Boleh bagi arahan suara untuk urusan harian seperti membuat panggilan, mesej, atau menetapkan jadual/appointment. Atau mungin boleh borak-borak kosong dengan SIRI.
Itu antara sebab-sebab utama kenapa saya inginkan iPhone 4S itu. Nak disenaraikan semua jenuhla team Denaihati nak membacanya. Banyak ciri-ciri lain yang saya tak berapa faham disebabkan tak pernah cuba. Adakah mungkin team Denaihati boleh bagi saya satu untuk meneroka kecanggihan iPhone 4S itu? hehe..
Sekali kali lagi saya ucapkan terima kasih kepada team denaihati.
Nota :
- Cikgu Naman diberi masa sehingga 11.59pm, 15/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
976 Comments
haaaaaa… satu entry yang tulus.. best lak baca.
Curahan rasa KiD @ ..Restoran Mohd Chan | Makanan Cina Muslim
yela..tulis ikut apa yg mahu dan apa yang tahu..kalau dapat baru boleh explore lagi 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
owh… sy pun peminat iphone 4s … slmt maju jayalah cekgu naman yer …
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless wednesday #25 : Anak-anak berendam di Sedim
yeke..harap² dapatlah ye…tq atas sokongan 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Cis! Orang sekarang dan pakai smatrpone lebih canggih – Samsung Nexus, cikgu masih berangan2 dengan junky – iPhone 4 S.?
Apalah cikgu ni, dah ketinggalan zaman la cikgu….
Kalau kau tak suka jgn kondem orang.tak baik.
hehe..kesian bkan org yang macam ni..tapi biarkan saja si luncai terjun dengan labu²nya 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Cikgu naman bukan ketinggalan zaman cuma, sbb dia dah dpt contest beta.com sebelum ni. Cuma dia merendah diri dan hanya telefon tu aje yg paling lama dia miliki, sbb NOKIA 3310 dia sudah tiada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
ala..nanti kalau cikgu pakai canggih² hangpa kutuk
‘cis cikgu sekarang ni..mengajar malas, tapi nak harap gaji tinggi boleh pakai smartphone canggih²!’
😉 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Wishlistku..Kau ada?
mcm bagos je name ko ni…aku suke sgt…
bagus apa mir..dia berani menyatakan pendirian di sebalik nama samaran
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
mesti salah sorang yg tersingkir awl ni..tk baik ada hasad dengki ni..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
eh..tak kot..biasalah blog² famous mcm DH selalunya ada pengdengki macam ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Mulut kata benci Yahudi – Israel, tapi seronok sangat / megah dengan jenama keluaran Apple – iPhone4 S, iPad2. iPod, MacBook, KFC, Pizza Hut, McDonalds.
Nampak sangat sifat2 munafik umat Islam sekarang….Auta saja lebih
Kau pun munafik…pakai window 7 buatan sapa tu?
Yalah kadang tak sedar pengomen ni baca blog guna gadget apa, software apa dan siapa yg buat. Bagi je lah dia lepaskan geram supaya tak stress giler kalau stress takut termasuk 1/6 yg ada sakit mental.
hehe..sekali en ilham berkata pedas juga ye..;)
Curahan rasa cikgu naman @ ..Saya Cuti Bersalin 3 Bulan?
cikgu kenapa mood ckgu saye cuti bersalin tiga bulan…hahahahaha..buat lawak la..
tu bukan mood lah amir..tu entri blog yang terkini..cuba klik tengok ada gambar sape..jeng jeng jeng
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bolehkah Jadi Kenyataan Gajet Impian Ini?
amir taknak create blog??nanti boleh masuk contest macam²..kat Denaihati ni banyak contest tauuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)-Monoloque & Azlina Aziz
x de mase la ckgu nnti takot x terupdate blog tu…jadi pengomen ok la..haha
eleh..kalau dah start nanti jadi rajin lah!!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
aik..boleh tahu ke dia pakai window apa?ingatkan admin je boleh tengok
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
maaf bro, janganlah anda rusak ketenangan kami disini…ok?
dan satu lagi saya hanya bisa bilang anda ini seorang penakut, lihat aja anda masuk sini tidak pakai gambar avatar…
Curahan rasa Dadan @ ..Info Lowongan Kerja Asuransi Ekspor Indonesia 2012
Dadan, dia saja nak menimbulkan masalah la tuh..biarkan..biarkan..;)
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Allah Maha Kaya lagi Maha Berkuasa, sbb tulah dia beri kecerdikan dan kepandaian mereka/yahudi supaya mereka dpt guna kecanggihan teknologi mereka utk mengkaji kehebatan kuasa Allah tapi mereka lupa bahawasanya dunia ini hanyalah sementara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
semoga kita semua dijauhkan dengan sifat munafik..amin!! 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Saya Cuti Bersalin 3 Bulan?
orang munafik camtu mulut die busuk..hahaha….hai x abis nk down org….manusia manusia
ngeh3x..sebelum tangan menaip kata lebih baik berwaspada..hahahha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
hehe..baca banyak kali pun nak tergelak je dengan anti munafik ni..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
best betul bila dapat gadget impian percuma,,,,
Curahan rasa hatiputera @ ..Madu lebah
semua org akan rase best..sbb bende percume sape x nak nk beli x mampu..hehe
hehe,,terasa cikgu tang nak beli tak mampu tu amir …
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Betul..kerana kita dah tak payah keluarkan beribu duit sendiri..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
nkbeli bkn tkde duit tp sygnya kalo nkmelabur duit sdri kan..hahha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
hahahaha..betullll…10 markah untuk mrsfiza a.k.a mama darwisy
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Tahniah kepada yang terpilih ke peringkat akhir gadget impian. Semoga berjaya
Curahan rasa hatiputera @ ..Madu lebah
Terima kasih ats ucapan dan sokongan. Semoga saya menang hendaknya..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Lain macam jer komen nih. Dah takde pilihan lain. Kalau nak kata sokong Yahudi, ada ramai lagi umat islam yang dekat luar sana yang guna Iphone. Bukan iphone sahaja, Nokia pun sama juga. Dah itu sahaja produk yang ada dan popular dekat pasaran. Nak tak nak kena la gunakan.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Fenomena batu sungai tegak berdiri
all the best cikgu naman..
Curahan rasa KiD @ ..Restoran Mohd Chan | Makanan Cina Muslim
terima kasih kid..harap² ada rezeki kali ni di blog DH
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
kadang² kita terlalu menjadikan sesuatu tu ‘melamnpau’ tanpa menggunakan logik
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
iPhone 4 S tu buatan Amerika – penyokong Yahudi Israel…
Cikgu pun sokong Anerika – Isarel agak2nya….
Setakjat iPhone 4S pun cikgu termimipi-mimpi, macam budak darjah 1 cikgu ni.
Banyak lagi smartphone yang lebih hebat dari iPhone 4S buatan yahudi tu…
harap² awak takde facebook ke..microsoft ke dan yang seangkatan dengannya 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Saya Cuti Bersalin 3 Bulan?
a’ah bkn nk sokong yhudi ke bende free sape x nk bro…ckp jgn nk belagak ye..
perghh.. harap2 ahli keluarga kamu pon tak terlibat dgn produk makanan yg dijual di pasaraya yahudi ya 😛
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
jangan hari² pergi carrefour dan tescolah kalau berfikiran macam tuuuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
smoga berjaya . tahniah kerana terpilih ke peringkat akhir
thanks myra..myra punya bila gaknya keluar entri tu kn..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
terima kasih..untunglah myra jay menjadi peserta² last
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Assalam..
Gud luck cikgu…
Curahan rasa iza @ ..Wordless Wednesday # 12: Kelapa Berbuah Kundur.
walaupun tak cukup 7 perkataan..tetap nak ucapkan terima kasih 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Cis! Orang sekarang dan pakai smatrpone lebih canggih – Samsung Nexus, cikgu masih berangan2 dengan junky – iPhone 4 S.?
Apalah cikgu ni, dah ketinggalan zaman la cikgu….
oh patutlah nickname pun bodoh sombong 😀
tak baik kata gitu hiks!
Curahan rasa yanmie @ ..Dah Ada Business Card
Pelan pelan kayuh la katakan. Tak kisah la ketinggalam zaman. Janji smartphone idaman dalam genggaman.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Fenomena batu sungai tegak berdiri
baru je bebrepa bulan sampai kt Malaysia..dh cakap ketinggalan zaman..takkan sebulan sekali nak tukar HP cik abang oiiiiiii..hahahaha
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
itulah..biarlah..usaha dah usaha..tawakkal je la..semua hebat²
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Busuk betul hati kau yer…
rakan2, biarkan lah budak ni, nama pun bodoh sombong.. ni budak baligh tak abis ni, mimpi setengah basah.. tu yg meroyan mcm org monopos..haha..
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Jenis-Jenis Filter DSLR
haahah..kenapa setengah basah je tu bro tarmizishukri?
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Adalah lebih baik kalau koment yang si Bodoh Sombong itu di delete saja..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prinsip Tellu Cappa dalam Tradisi dan Budaya Bugis-Makassar
takpe..tak payah delete..menyumbang kepada satu point tu bang iwan..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Saya Cuti Bersalin 3 Bulan?
Kebebasan bersuara, biarkan mereka lepas geram, blog DH terbuka utk semua, tak kira yg menyokong, menentang atau berkecuali. Kadang2 bila dihentam mereka bertambah grrrrr…….!!!.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
adalah tu mana² yang depa tak puas hati 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
ahaha..bodoh sombong name ape ko ni..comel sgt…hahahaha
pernah tak cikgu bagi nasihat jangan jadi ‘bodoh sombong’ kat 5A??
cikgu suka guna ayat tu time bg nasihat..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bolehkah Jadi Kenyataan Gajet Impian Ini?
pernahkot ehhh yeke enth lah x igt ckgu…hehe
canggih sgt ke nexus tu? samsung gsII dh ada tk slaah nk cuba keluar apple plk 😛
Curahan rasa fiza @ ..Sokongan Dari Rakan²/Rakan² Blogger diPerlukan
canggihla kot..bodohsombog tu mesti ada dah 8 biji nexus..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
bodoh sombong pandaitak boleh diajar..ngeh3x
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
belakang parang kalau diasah lagikan tajam..inikan pula bodoh sombong..eh eh
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
kenapa awak meletakkan nama sendiri dengan bodoh sombong? memang tindakan bodoh la tuuuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Dah klik untuk naman 5 markah juga .. hahaha ..
DH ..adakah lepas ni akan terus publish entri peserta yang lain ? saya risau terlepas je .maklumlah jadual padat gile..
Curahan rasa puanbee @ ..Jom Pasang “AirCond”
ooo..next time bole joint..have a nice day..:)
terima kasih puanbee..nanti saya akan balas..;)
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
gudluck jgk utk puan bee..bilalah nkkuar entri puan bee..tksabar menanti
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
puan bee dah tak sabar menanti,
di dalam kepala penuh strategi
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
selamat berjaya CIkgu Naman, semoga gadget yang diimpikan akan berada dalam genggaman.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..Gadget Yang Tersadai
moga zie jugak berjaya mndapat tab yang diidamkan tu..chaiyok semua!
Curahan rasa fiza @ ..Sokongan Dari Rakan²/Rakan² Blogger diPerlukan
kalau zie dpat Darwisy nak pinjam main angry birds…teng teng teng
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Terima kasih atas sokongan zie fauzi. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Salam cikgu naman , akhirnya bermula ya ..tahniah jadi yang pertama , tk perlu tunggu2 lagi mcm kami , teruskan berusaha ye ..moga tercapai impian ..
Curahan rasa puanbee @ ..Jom Pasang “AirCond”
Mesti Bee berdebar-debarkan? Masa ni memang sesuai kalau nak tumpu kepada kontest ni, musim cuti dah habis… Kalau tidak asyik ingat cuti saja…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Gadget Yang Tersadai
waktu sekolah pun sibuk gak zie , 8 trip hantar dan ambil setiap hari ..uwaaa
Curahan rasa puanbee @ ..Jom Pasang “AirCond”
jadi puan bee tarik diri je lah..hehe (jahatnya)..gurau je..goodluck nanti!!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Saya Cuti Bersalin 3 Bulan?
alang2 tu usaha le sampai habis cikguuuu ..hahah
Curahan rasa puanbee @ ..Suka “Make – Up” Tak ?
alang mnyeluk pekasam biar sampai ke pangkal kaki..hehe
kesian amir kerana kakinya yang luka itu 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
yes..tepat sekali..mesti puan bee tak sabar² menuggu admin post entri kan?hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bolehkah Jadi Kenyataan Gajet Impian Ini?
hahha..ade plk suruh org tarik diri..nksmpi pergkt ni pnya lah susah
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
cutilah baru boleh fokus..hari bekerja boleh online jap je malam..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
aah..haritu siap berharap tak jadi peserta terawal..last↓ dapat yang first…hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
dah berakhir dah pun…wp banyak kekurangan menjadi peserta terawal..tetap usaha sampai 2-3 pagi..dan tamat dengan 1 dugaan 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
iPhone 4 S pun aku nak heran – Bukannya tahan & tak secangggih Samsung Galaxy S 2 punnn…
Samsung galaxy S 2 buatan Korea. Tapi software android dalam smartphone tu milik google. Ini pun produk buatan Yahudi.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Fenomena batu sungai tegak berdiri
betul tu sobri, komen di atas macam tak puas hati je hehee
Curahan rasa yanmie @ ..Dah Ada Business Card
saja timbulkan kontroversi je tu kak yan ..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
oh..korea ek..tak ambil tahu pulak..ala..kalau tengok barangan dalam rumah mungkin kita tak perasan banyaknya barang buatan Amerika atau Yahudi
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Cuba bagi nenek kau test test mau melompat dia…
hamboi..hamboi..lasernya rezza..tak baik tau ..biar je la dia tuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
dah ada samsung galaxy s 2 sebijik..tapi dah bagi isteri ;). Apa salahnya cuba produk apple pulak kan?
Curahan rasa cikgu naman @ ..Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)-Monoloque & Azlina Aziz
aku pon anti yahudi tapi x la seacah awak…peace..
haha..ni respek anak en azney sorang ni..;)
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
brader kite nk pki ape² pon kene ikot kemampuan diri…. nk beli fon ni pon da mahal..jadi bile contest ni dah ditawarkan ramai yg nk masok sebab masing² mereka nk mencube nasib…jadi brader x payah la nk kecek macam ni..bile brader ckp mcm membuatkan ramai org benci awak….pikir la sebelom cakap….ikhlas dari saye…:)
hok aloh..ambo royak doh demo..jange bui abe amir ni maroh..berat..berat
ha ha..dok tahu…x pe laa ni kite pujuk abe tu soh rilex…haha
hhaahaha..abe amir pun rilek la jugok..cool…
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
amir..dia berani komen disebalik nama samaran ja..org mcm ni kategori baling batu sembunyi tgn..hahaha blh dak?
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
bukan takat sembunyi tangan..sembunyi badan terus..bak kata YUNA, penakut
ini tidak adil tidak adil bagiku
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
chekgu naman dah ada seketul GSII tp dihadiahkan pada saya..jadi kita try plk keluaran apple.. keh3x
Curahan rasa fiza @ ..Sokongan Dari Rakan²/Rakan² Blogger diPerlukan
nanti mrsfiza juga yang dapat apple kalau rezeki kan?haha
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Comments are closed.