Say No to SMS

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, boleh bilang dengan jari berapa kali aku gunakan SMS dalam sehari. Semenjak join Twitter awal tahun 2009 kebanyakan pesanan aku kirim melalui Twitter dan sedikit melalui Facebook. Aku hanya kirim SMS kepada kawan dan keluarga yang tak ada akaun Twitter dan Facebook. Hasilnya memang jimat tak sampai RM5 kos SMS setiap bulan. Twitter ni memang best tapi maaflah sebab aku tak dapat join #OctTwtFest 2011 yang mengikut amanz.my kabarnya pecah rekod dunia.

Beberapa bulan lepas aku terpaksa beli Blackberry kerana majoriti rakan perniagaan menggunakan BBM untuk berkomunikasi. Menarik jugalah BBM ni selain boleh berkomunikasi secara peribadi boleh juga berkomunikasi secara berkumpulan antara pengguna Blackberry.

Gambar Koleksi Smartpone - Sumber Google

Penggunaan BBM sekarang dah berkurangan setelah aku diperkenalkan dengan WhatsApp, Viber dan Tango. Yang menarik dengan WhatsApp, Viber dan Tango tidak tertakluk kepada mana-mana jenis smartphone. Kita boleh berkomunikasi secara bebas antara iPhone, Blackberry, Samsung, Nokia, HTC dan semua smartphone yang boleh download WhatsApp, Viber dan Tango.

Sekarang aku bukan sahaja boleh menghantar pesanan secara individu tapi sering juga meeting online dengan rakan kongsi secara online menggunakan WhatsApp dan yang paling best selalu juga kami berkomunikasi serentak sedang kami berada pada lokasi beribu batu ada yang di dalam negara dan di luar negara. Kepada yang belum pernah menggunakan kemudahan percuma ini boleh gunakan WhatsApp untuk SMS percuma, Viber untuk buat panggilan percuma dan Tango untuk buat video call percuma. Yang penting mesti download applikasi tersebut dan ada line internet ketika hendak menggunakan perkhidmatan yang disebut.

Memang best kalau pandai mengguna smartphone secara maksimum bukan sekadar buat panggilan, sms dan Facebook sahaja. Joom kita berubah dan katakan “Say No to SMS“. Teknologi memang boleh bantu menjimatkan kos perbelanjaan kalau pandai digunakan secara maksimum dan duit lebihan bolehlah disimpan untuk berniaga secara online.


Spread the love

215 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!