Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir bermula. Blog pertama yang terpilih adalah blog status PR2 Naman0807.blogspot.com telah mengumpul 2646 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. BB Bold 9900 bertukar kepada iPhone 4S menjadi impian Cikgu Naman semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Cikgu Naman kenapa iPhone 4S menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Pertama kali ucapan terima kasih kepada team Denaihati kerana menganjurkan contest Gajet Impian ini yang memberi peluang kepada ramai orang memiliki gajet impian masing-masing. Setelah membuat penilaian berdasarkan keperluan sendiri dan juga faktor gajet terkini, dengan ini saya memilih gajet terkini iaitu iPhone 4S.
1. Ingin memiliki smartphone sendiri khususnya gajet terkini, iPhone 4S dan menjimatkan bil telefon
Baru-baru ni saya ada memenangi sebuah smartphone Samsung Galaxy SII dari contest beta.my tajaan mynewshub. Sebelum ini saya kurang mengambil tahu ciri-ciri istimewa dan kecanggihan mana-mana smartphone sehinggalah kecanggihan smartphone Samsung Galaxy SII itu dapat saya cuba sendiri. Tetapi memandangkan hadiah itu saya menangi menjelang hari jadi isteri, maka saya telah menghadiahkan smartphone itu sempena hari jadi beliau. Hidupkan Untuk Memberi.
Bila saya tengok macam-macam aplikasi yang ada dalam smartphone dan yang boleh dimuat turun, saya begitu teruja untuk mendapatkannya untuk diri sendiri. Ini kerana dengan adanya smartphone, banyak mendatangkan kebaikan kepada saya, contohnya aplikasi-aplikasi yang boleh membantu mengurangkan bil telefon seperti entri Say NO to SMS. Aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Viber dan Tango contohnya boleh menjimatkan penggunaan bil telefon kerana aplikasi-aplikasi sebegitu boleh memberi khidmat SMS, panggilan suara dan panggilan video secara percuma dengan syarat ada kemudahan internet.
Jadi kalau adanya iPhone 4S, saya dapat berkomunikasi dengan isteri sekiranya tidak berada di rumah secara percuma sahaja.
2. Ingin berblog, tweet, FB dan menggunakan jaringan sosial yang lain di mana-mana sahaja
Selepas memenangi Samsung Galaxy SII, saya menggunakan telefon Nokia E72 yang sebelum ini digunakan isteri saya. Banyak kekurangan dengan E72 ni. Masalahnya bila menggunakan E72, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil itu. Berbeza kalau menggunakan iPhone 4S yang canggih itu. Paparan internetnya seakan dilihat menggunakan PC/laptop cuma dengan saiz skrin yang lebih kecil. Dengan E72, saya tidak boleh update blog menggunakannya, bila masuk je blogger.com, internet akan off secara automatik.
Selalu juga saya saya baca blog-blog lain menggunakan Nokia E72. Yang tak bestnya hanya boleh melihat dalam versi mobile. Kalau buka je versi penuh, memory full dan internet akan off. Jadi saya selalu menjadi silent reader di blog Denaihati kerana kerap tidak boleh komen dengan versi mobile. Kalau dilihat dengan versi web menggunakan iPhone 4S, insyaAllah saya akan sentiasa komen di setiap entri terbaru Denaihati, mana tahu tahun 2012 boleh challenge Bang Iwan. hehe.
Dengan adanya iPhone 4S, bila balik kampung tak payah bawak balik laptop lagi. Kurang beban kereta. hehe
3. Tidak perlu lagi mengusung DSLR ke mana-mana untuk gambar yang menarik!
Saya memang suka mengambil gambar. Saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu ke mana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang-kadang banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi E72 jugaklah jadi penyelamat. Malangnya ciri-ciri kamera dan kualiti gambar dari Nokia E72 sangat tidak memuaskan. Ciri-ciri kamera dalam iPhone 4S yang sudah diperbaharui daripada iPhone 4 yang sebelumnya sudah tentunya menghasilkan gambar yang sangat berkualiti. Kameranya sudah diupgrade kepada 8.0 megapixel, dengan f/2.4 lens (dalam siri iPhone 4, f/2.8) menjadikan ia lebih sensitif kepada cahaya. Wow!! Lagi-lagi dengan ciri-ciri Face Detection itu, so perfect for taking great photos! Memang tak perlukan DSLR lagi ke mana-mana!
Dengan iPhone 4S saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan application picture editor yang kemudian boleh share terus di FB, twitter atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.
Tambahan lagi di sekolah, saya telah ditetapkan menjadi jurugambar rasmi sekolah. Jadi kalau malas bawa DSLR, sudah cukup untuk saya menggunakan kecanggihan kamera iPhone 4S.
Sekarang saya selalu tengok DH menggunakan iPhone 4S untuk mengambil gambar walaupun adanya smartphone yang lain. Sudah semestinya gambar-gambarnya sangat berkualiti kan?
4. Kemampuan iPhone 4S merakam HD video
Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video E72 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Kalaulah dapat iPhone 4S yang boleh merakam 1080p HD video dengan digital image stabilization, gembiranya tak terkata!! Video yang dihasilkan mesti dengan audio dan video yang sangat jelas.
5. Ingin mencuba kebijaksanaan SIRI itu
Intelligent Assistant ni mungkin boleh dianggap sebagai mini robot. Boleh bagi arahan suara untuk urusan harian seperti membuat panggilan, mesej, atau menetapkan jadual/appointment. Atau mungin boleh borak-borak kosong dengan SIRI.
Itu antara sebab-sebab utama kenapa saya inginkan iPhone 4S itu. Nak disenaraikan semua jenuhla team Denaihati nak membacanya. Banyak ciri-ciri lain yang saya tak berapa faham disebabkan tak pernah cuba. Adakah mungkin team Denaihati boleh bagi saya satu untuk meneroka kecanggihan iPhone 4S itu? hehe..
Sekali kali lagi saya ucapkan terima kasih kepada team denaihati.
Nota :
- Cikgu Naman diberi masa sehingga 11.59pm, 15/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
976 Comments
Budak-budak berjalan kali,
Impian yg dicari tinggal sehari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Pagi² gosok gigi,
Tinggal xsampai 24 jam lagii 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
Tunggu masa tak sampai sehari,
Tarikh tutup makin hampir,
Banyak komen tiap kali,
Siang hari kita tercicir.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Oh sedapnya tak ingat
manisnya rambutan seriau gigi
Bukan tidur bukan tak ingat
Siang hari mengajar menabur bakti
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
gosok gigi sekali sehari
entri pulak seminggu sekali.. hahahha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
jangan malas gosok gigi
Rajin²lah tulis entri
hhahahahaha
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
chekgu naman ada janji
katanya tak sabar nak rehatkan diri.. :p
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
selesai sudah contest ini,
esok boleh rehatkan diri
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Pisang emas dibawa belayar,
Tak boleh free dapatkan yg berbayar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Oh cantiknya sepatu,
Tak dapat free, setia dengan E72
hehe
tak boleh lah nak berviber bertango..ngeh3x..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
hehehehe..kena carilah yang murah-murah..nak beli Iphone 4S dalam mimpilah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
chekgu naman, nampaknya kena beli lah kalo tak dapat free..ngeh3x..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
kalau beli yang berbajet rendah lah..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Buah pisang dalam perahu,
Bila menang baru tahu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Makan nasi cicah budu,
kalau menang yahuuuuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
Makan budu tambah gula,
Jika menang kita pakat gembira.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
boleh jadi hadiah tahun 2012 buatkan..yahuuuuuuuu
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
hadiah buat diri sendiri sangatlah sesuai..haha
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
lambatnya nak boleh tahu keputusan siapa layak memiliki gajet impian..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
biasalah..contest yang menguji kecekalan para peserta
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Masak lemak cili api,
Ada rezeki boleh menang nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Cili api pedas sekali
Harap² ada rezeki
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
Rezeki tak kemana jika berusaha,
Impian tercipta kehendak terlaksana,
Menag dan kalah kita redha,
Boleh cuba lagi andai ada masanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
amin amin..moga ada rezeki buat mak baby..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
moga rezeki baby tu berjangkit ke bapak..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Solat hajat minta berkat, mesti ada hikmatnya, persaingan memang sengit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
yup..peserta² yang lain memecut dengan lajunya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
laju tak laju memang laju tengoklah si impian macbook pro..hahaha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
like bertambah dengan lajunya..oh tak suka betul tang like yang senang dimanipulate tuuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
ketiak sapa bau tengit, saingan kali ni sangatlah sengitttttt
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
mana taknya sengit,
Hadiah gajet ribuan ringgit
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Selagi pemenang belum diumum, kita masih berpeluang.Bersabarlah bro..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
masalahnya perjuangan tamat esok..manakala peserta lain lambat lagi
Masa diberi sama, cuma peserta² yg awal mempunyai disadvantages manakala peserta² akhir boleh set kan target dengan tengok jumlah undi peserta awal
Kesian org yg awal..tapi itulah perjalanannya 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
Begitulah adab bertanding yg dahulu kadang2 tak bagus juga, macam main kutu dpt duit dulu kemudian lepas tu bayar saja2 utk oghe lain pulak, pasal kita dpt duit tu dah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
haha..bulih pulok dikaitkan dengan main kutu..mesti biasa nih!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
kalo tertulis iphone tu rezeki kita apa pon terjadi pasti dapat..tp kalo dh tertulis tkde rezeki hrp tk kecewa sbb dh berusaha sehabis baik
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
wah..wah..seakan-akan pakar motivasi gituuuuuuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
wp tk umum lg target susah nk dibuat..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Jadikan hadiah dahulu sebagai perangsang utk mencapai hajat kali ini,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
hajat diiringi doa dan usaha harap diberkati dan dimurahkan rezeki..amin
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
hahaha…dan jadikan keinginan peribadi sebagai pembakar semangat
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Kejaya akan menjadi milik anda insya Allah. Selamat maju jaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Terima kasih atas sokongan….malam ni aktiviti komen mengomen slow sikit..mata pun mengantuk..berapa hari dh tido 3jam lbih jah..hehe..khamis ni rehat terussss
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
Betul tu, sudah buat yg terbaik, sama2 kita berusaha. Kita bukan penentu kemenangan, hanya DH yg empunya siapa yg berjaya, mesti ada saguhatinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
walaupon tak kenal dengan sensasi2020 tetapi setiap komen sangat dihargai..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
nanti bila↓l boleh jumpa family dia kat Tok Bali
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
cikgu jgn risau lh yekk 😀 dapat punya tuh doa2 jer nnti jatuh lh dari langit lol! 😀
hatuh dari langit nanti rosak pulak..hehhe
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
cikgu wan , alah InsyaAllah dapat punya tuh , alah ikat perut sikit 3-5 bulan punya gaji bulan k-6 dpt lh tuh kekek! lol!
bulan pertama dah boleh dapat tp sebulan makin pasir..hehhe
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
pasir kalau cicah budu ada perisa tak?hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
good luck cikgu naman..semoga akan mnjadi milik cikgu naman nt..senang wat rujukan utk p&p jgk tu..hihi
betul jgok tuuu..agak² boleh sambung dengan LCD x?hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
amin amin..tapi nak ditukar dengan gs11 tu nanti..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
ooooooo..xkisahla sape yg pakai pun..janji boleh pakai smartphone 2,2..jimat bil
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
good luck cikgu naman 🙂
doakan buat chekgu naman ye..mana tau ada rezeki..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
sweet la cikgu bagi samsung S2 kat wife..mmg hidup utk memberi so mana tau ader rezeki dari org lain utk cikgu naman pulak…gud luck yer..
Curahan rasa sari @ ..Guna nama kementerian tipu bakal pelajar
orang memberi saya merasa.. moga ada rezeki buat chekgu naman sama..hehhe
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
amin..amin..moga makbul doa rakan-rakan maya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Datang bagi sokongan lagi, good luck ye cikgu Naman
Curahan rasa Myra Jay @ ..~Enjoy in Campus~
myra punya belum publish lg kan..nti kami sokong myra plk..hehhe
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
terima kasih..seronoklah ye jadi peserta↓ akhir..boleh sekodeng-sekodeng..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Datang singgah sambil Tweet untuk hari ni, Good Luck ye
tweet lah lg untuk hari ni meneruskan sisa2 terakhir perjuangan cikgu naman
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
terima aksih atas sokongan..moga kita semua dapat manfaat
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
Comments are closed.