Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir bermula. Blog pertama yang terpilih adalah blog status PR2 Naman0807.blogspot.com telah mengumpul 2646 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. BB Bold 9900 bertukar kepada iPhone 4S menjadi impian Cikgu Naman semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Cikgu Naman kenapa iPhone 4S menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Pertama kali ucapan terima kasih kepada team Denaihati kerana menganjurkan contest Gajet Impian ini yang memberi peluang kepada ramai orang memiliki gajet impian masing-masing. Setelah membuat penilaian berdasarkan keperluan sendiri dan juga faktor gajet terkini, dengan ini saya memilih gajet terkini iaitu iPhone 4S.
1. Ingin memiliki smartphone sendiri khususnya gajet terkini, iPhone 4S dan menjimatkan bil telefon
Baru-baru ni saya ada memenangi sebuah smartphone Samsung Galaxy SII dari contest beta.my tajaan mynewshub. Sebelum ini saya kurang mengambil tahu ciri-ciri istimewa dan kecanggihan mana-mana smartphone sehinggalah kecanggihan smartphone Samsung Galaxy SII itu dapat saya cuba sendiri. Tetapi memandangkan hadiah itu saya menangi menjelang hari jadi isteri, maka saya telah menghadiahkan smartphone itu sempena hari jadi beliau. Hidupkan Untuk Memberi.
Bila saya tengok macam-macam aplikasi yang ada dalam smartphone dan yang boleh dimuat turun, saya begitu teruja untuk mendapatkannya untuk diri sendiri. Ini kerana dengan adanya smartphone, banyak mendatangkan kebaikan kepada saya, contohnya aplikasi-aplikasi yang boleh membantu mengurangkan bil telefon seperti entri Say NO to SMS. Aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Viber dan Tango contohnya boleh menjimatkan penggunaan bil telefon kerana aplikasi-aplikasi sebegitu boleh memberi khidmat SMS, panggilan suara dan panggilan video secara percuma dengan syarat ada kemudahan internet.
Jadi kalau adanya iPhone 4S, saya dapat berkomunikasi dengan isteri sekiranya tidak berada di rumah secara percuma sahaja.
2. Ingin berblog, tweet, FB dan menggunakan jaringan sosial yang lain di mana-mana sahaja
Selepas memenangi Samsung Galaxy SII, saya menggunakan telefon Nokia E72 yang sebelum ini digunakan isteri saya. Banyak kekurangan dengan E72 ni. Masalahnya bila menggunakan E72, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil itu. Berbeza kalau menggunakan iPhone 4S yang canggih itu. Paparan internetnya seakan dilihat menggunakan PC/laptop cuma dengan saiz skrin yang lebih kecil. Dengan E72, saya tidak boleh update blog menggunakannya, bila masuk je blogger.com, internet akan off secara automatik.
Selalu juga saya saya baca blog-blog lain menggunakan Nokia E72. Yang tak bestnya hanya boleh melihat dalam versi mobile. Kalau buka je versi penuh, memory full dan internet akan off. Jadi saya selalu menjadi silent reader di blog Denaihati kerana kerap tidak boleh komen dengan versi mobile. Kalau dilihat dengan versi web menggunakan iPhone 4S, insyaAllah saya akan sentiasa komen di setiap entri terbaru Denaihati, mana tahu tahun 2012 boleh challenge Bang Iwan. hehe.
Dengan adanya iPhone 4S, bila balik kampung tak payah bawak balik laptop lagi. Kurang beban kereta. hehe
3. Tidak perlu lagi mengusung DSLR ke mana-mana untuk gambar yang menarik!
Saya memang suka mengambil gambar. Saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu ke mana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang-kadang banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi E72 jugaklah jadi penyelamat. Malangnya ciri-ciri kamera dan kualiti gambar dari Nokia E72 sangat tidak memuaskan. Ciri-ciri kamera dalam iPhone 4S yang sudah diperbaharui daripada iPhone 4 yang sebelumnya sudah tentunya menghasilkan gambar yang sangat berkualiti. Kameranya sudah diupgrade kepada 8.0 megapixel, dengan f/2.4 lens (dalam siri iPhone 4, f/2.8) menjadikan ia lebih sensitif kepada cahaya. Wow!! Lagi-lagi dengan ciri-ciri Face Detection itu, so perfect for taking great photos! Memang tak perlukan DSLR lagi ke mana-mana!
Dengan iPhone 4S saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan application picture editor yang kemudian boleh share terus di FB, twitter atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.
Tambahan lagi di sekolah, saya telah ditetapkan menjadi jurugambar rasmi sekolah. Jadi kalau malas bawa DSLR, sudah cukup untuk saya menggunakan kecanggihan kamera iPhone 4S.
Sekarang saya selalu tengok DH menggunakan iPhone 4S untuk mengambil gambar walaupun adanya smartphone yang lain. Sudah semestinya gambar-gambarnya sangat berkualiti kan?
4. Kemampuan iPhone 4S merakam HD video
Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video E72 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Kalaulah dapat iPhone 4S yang boleh merakam 1080p HD video dengan digital image stabilization, gembiranya tak terkata!! Video yang dihasilkan mesti dengan audio dan video yang sangat jelas.
5. Ingin mencuba kebijaksanaan SIRI itu
Intelligent Assistant ni mungkin boleh dianggap sebagai mini robot. Boleh bagi arahan suara untuk urusan harian seperti membuat panggilan, mesej, atau menetapkan jadual/appointment. Atau mungin boleh borak-borak kosong dengan SIRI.
Itu antara sebab-sebab utama kenapa saya inginkan iPhone 4S itu. Nak disenaraikan semua jenuhla team Denaihati nak membacanya. Banyak ciri-ciri lain yang saya tak berapa faham disebabkan tak pernah cuba. Adakah mungkin team Denaihati boleh bagi saya satu untuk meneroka kecanggihan iPhone 4S itu? hehe..
Sekali kali lagi saya ucapkan terima kasih kepada team denaihati.
Nota :
- Cikgu Naman diberi masa sehingga 11.59pm, 15/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
976 Comments
Makan nasi cicah budu,
Tengok iphone semakin rindu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Beli budu cap ketereh,
kalau dapat mesti tersengih.
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
budu kat rumah tu bila nak dihabiskan??sampai nak expired dah..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Kumpullah sebaik mungkin point yg ada, hari ni kumpul lagi buat yg terakhir.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
haaa..tadi takleh masuk blog denaihati..banyak dah rugi masa..rugi..rugi..dh promote kt member² soh like..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
adui..kalo tkleh msuk makanya org yg msuk nak like pon tk blh lah kn?mmg dugaan
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Tarikh tamat tak beberapa jam lagi,
Masa yg ada harus diambil peduli.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
nabila..ipon tu dah direkues oleh isteri cikgu..ipon sesuai utk gegel aje..ekeke
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
esok malam lepas isyak terus tido ye..hahha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Saya tak boleh pakai smart phone nanti hidup dlam alam maya je keje online je nanti saya ni hehe .
di alam maya takpe, jangan di alam bunian sudah…serrrrammm
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
ngeh ngeh macam citer serapah darah malam pertama..woooo
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
hahaha..padahal cerita tu tengok sekali je pun..patsu tak tengok dah apa jadi…
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
haihh 2x dah tgk lah..malam ni ada lg leh tgk lagi apa..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
best bila sesekali kita beralam maya..hehhe tapi kalo alam bunian tu sy pon takut..huhu
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Iphone 4S ni kalau cikgu ada internet best oh kat maana mana pun boleeh digunakan.kalau sesat pun boleh guna gps
kalau ada rezeki dapat memang ank ambil plan internet lah..hehe
Yasmine pakai smartphone apa? Entah5 lagi canggih
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
yeayyyy..lepas ni boleh lah kita ber’tango’ walaupon dalam rumah..kahkahkah
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
bukan setakat tango..salsa..jazz semua boleh..hahahahaha
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
boleh lah berchicky dance kalo ada rezeki ipon ni kan..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
chekgunaman berangan nak online dalam toilet sekolah..hahahaha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
aishhhhhhhhhhhh..ada ka nak online dalam toilet..sekali kecepuk masuk lubang jamban baru tahuuuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
hahhaha..kalo sepuk jatuh koreklah pakai tangan tu..ngeh3x
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
cikgu kalau dapat phone ni mesti banyak gambar anak cikgu yg comel tukan .
hahah..sudah semestinya Darwisy menjadi model tetap!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
darwisy saja? sampai hati lupakan model paling vogeh ni…ngeh3x
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
mama dia akan penuhkan memory dengan gambar sendiri..hahaha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Camera dia lawa uh cikgu ,
cikgu rasa bukan kamera dia yang lawa, gambar dengan kamera dia yang lawa..salah statement tuuu..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
gambar model tetap akan bertambah lawa jugak..kahkahkah
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Waaah bestnya kala cikgu menng
ala..sape² kalau adapat Iphone 4S free mestilah rasa best..;)
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
wife cikgu lagi berkali ganda best..hahhaha dah lama berangan ni..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
good luck naman…dh ada iphone 4s tkyh la usung dslr lg cz sure gmbr thru iphone 4s pn mantop…
Curahan rasa mama tisya @ ..MamaTisya @Facebook
kalau lah dapat..kalau takde rezeki kena usung jugak ler..hehe..tq ye
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
sian dslr dah lama tak klik klik2 kat luar..jom wiken ni??
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
ipon tu bakal bertukar milik kalo berjaya dalam genggaman..
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Kalau menang kita suka,
Kalau kalah kita duka,
Kalau dapat kita teka,
Siapa menang itu rezeki dia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
menjadi cikgu menabur bakti
Umpama lilin membakar dirinya
Usaha sentiasa jangan berhenti
Menang ke tak itu ketentuanNya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
usaha dan doa sentiasa mengiri
moga segalanya diberkati
2 kerat sudah..hahahha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
kalo chekgu naman menang ipon berjenama
sudah tentu jadi saya punya
hahahaha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Make nasi gulai kawah,
Kito di atas oghe lain di bawah,
Undi sikit kita tabah,
Rakan cyber baru makin bertambah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
layan lagu Cinta Muka Buku
sambil mengajar ayam berlari
kalau ni bukan rezekiku,
Mungkin ada di lain hari
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
Hari ini kita menang,
Mungkin esok kita kalah,
Contest ini bukan senang,
Masa dan tenaga mesti menyerlah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Anak kucing berenang-renang
Berenang dengan susah payah
memang betul bukan senang,
Masa dan tenaga dah banyak dikerah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
sungguh kerah sampai ajak pi mana mana semua di tunda.. kah3x
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
yela..yela..weekend ni bolehla jalan²..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
menyerah sgguh dah ni sampai isteri terlibat sama mengerah keringat
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
hari ini hari terakhir
kau bukan kekasih awal tapi yang terakhir.. hahahhahha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
gudluck bro…kalau dapat iphone neh aku nak pinjam 2jam je…ahahahahha…lame tak jupe ko…
boleh je..kalau menang la..datang umah aku ko mainlah angry birds tu 2jam..sejam 10ringgit..hehe
Kalau aku tak menang punmailah, main angry birds kat laptop pun jadi..FOC!!
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
darwisy book dlu kalo ada yang berkenaan game angrybirds ok
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
Like sikit komen banyak,
Campur semua Cikgu layak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
ada juga peserta like banyak komen banyak..hehe..dok reti wat pantun ayat ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesian Abang, Kerja Sampai 2-3 pagi pun duk DG41 je…
finalis tak publish lagi pon banyak
dapat ipon memang ku lanyak.. hahahha
Curahan rasa fiza @ ..Tudung bawal penyelamat!
oh..tak sangka mama darwisy pun terrer berpantun…laaalalalala
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
Comments are closed.