iPhone 4 – gadget terbaru yang mengiurkan

Spread the love

Salam 1Malaysia, aku bukanlah manusia yang terlalu obses dengan handphone seperti beberapa teman aku yang sering bertukar handphone mengikut trend. Mula menggunakan handphone Ericsson pada tahun 1996 dan kemudian berhijrah ke brand Nokia. 2 daripada handphone Nokia aku berakhir apabila dicuri ketika rumah aku dipecah masuk. Pada 2006 aku mula menggunakan 2 handphone Nokia dan Dopod (sekarang dah jadi HTC).

Pada 2009 aku mula survey nak tukar handphone bagi mengantikan Nokia E90 yang diambil orang ketika ikut serta Ijtimak Malaysia (mungkin orang tu tersalah ambil tu). Aku survey dan bertanya teman yang sedang menggunakan Blackberry, Nokia 97 dan iPhone mengikut keperluan semasa dan akhirnya aku buat keputusan untuk beli Nokia 97.

Baru-baru ni aku berkesempatan bersama Ustaz Rahim selama 2 minggu. Siang malam aku tengok dia begitu obses dengan iPhone 3G nya. Aku mula jatuh cinta pandang pertama dengan iPhone 3G apabila berkesempatan bermain dengan iPhone Ustaz rahim. Akhirnya ketika Ziarah Kemboja yang baru lalu aku dengan berani hati telah membeli iPhone 3GS 32GB. Perkara pertama yang aku lakukan setelah dapat gadget terbaru adalah sms Sifu iPhone aku Ustaz Rahim. Ha ha ha sifu balas balik kata aku lawan toke sebab dia masih guna iPhone 3G.

Hari ini melalui entri iPhone 4 – Generasi iPhone Apple Terbaru dan Aplple WWDC 2010 aku dimaklumkan bahawa iPhone 4 telah dilancarkan. Kalau iPhone 3GS pun dah best nak ber Facebook, Twitter dan update blog pasti iPhone 4 ni lagi mantap. Sekali fikir memang tak terkejar teknologi ni. 2-3 bulan lagi iPhone 4 ni sampai Malaysia pasti ketika itu  iPhone 4GS dilancarkan pulak di USA. Ni yang takut nak pergi Ziarah Kemboja lagi takut tergoda dengan iPhone 4 yang pasti RM400 -500 lebih murah harganya daripada di Malaysia.

Siapalah agaknya dikalangan kita yang pertama akan guna iPhone 4 ni ya?

[ad#advertlets336]


Spread the love

228 Comments

  1. iPhone 4 ni spec dia boleh tahan.. cuma kalau di Malaysia rasanya buat masa sekarang kita tak dapat lagi guna 4G

      1. @Steward John, samsung tu tak pernah tengok depan mata lagi..
        .. tapi memang betul.. banyak kawasan lagi yg x dpt liputan 3G.. macam di Pitas, yg ada cuma 3G celcom.. tu pun kawasan pekan.. kalau 4G.. mungkin kena tunggu 4-5 tahun lagi baru ada

        1. @kulanz, erm kalau guna yg ni tp x dpt guna 4g x best gak..mcm membazir je..hp mieran yg 3g ni pn x guna sngt functionnya..huuhu

          1. @Steward John, itulah lagi2 sekarang ni memang zaman Itdan teknologi. Malulah kalau orang lain tau tapi kita tak tau

            1. @zuriey, Haha.. Tu yang patut difikirkan. Biarlah kita ni gerak sejajar dengan perkembangan IT. Kalau tak dpt memiliki benda tu pun, sekurang-kurangnya kita tahu benda tu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!