Salam 1Malaysia, kembara cuti sekolah kami sekeluarga singgah di rumah mertua di Sabak Bernam. Petang ni kalau tiada aral bapak mertua ajak ke Perak ziarah anaknya yang dah lama tak balik. Semenjak dua menjak ada iPhone 3GS ni tak risau sangat kalau nak travel sebab di mana sahaja ada line CELCOM pasti boleh online.
Dalam kesibukan kembara cuti sekolah kami tak abaikan keperluan kakak anak ke dua kami yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 – 23 September 2010. Setiap hari kakak perlu menyiapkan 1 kerja sekolah yang telah ditetapkan oleh gurunya. Disamping buat kerja yang cikgu bagi, kakak juga buat latih tubi secara online guna program ScoreA. Kalau ikut kajian dijangkakan soalan ramalan tahun ini ulangan kepada soalan UPSR 2006 dan 2007. Ada apa2 suggestion untuk spot soalan?
Kami sekeluarga sentiasa doakan semuga kakak dapat keputusan yang baik dan kalau boleh lebih baik daripada abang sulong yang sekarang sedang bersekolah di Madrasah Arab. Bukan apa kalau keputusan baik mudah nak ke sekolah mana sahaja. Kalau tak dapat sekolah yang dikehendaki nak merayu pun tak segan. Ni kalau keputusan tak bagus nak merayu pun susah sikit.
Kepada keluarga yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan besar tahun ini, aku senaraikan jadual peperiksaan untuk rujukkan dan perancangan (sumber : Beliamuda) :
UPSR 2010 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Ujian Bertulis >> 21 – 23 September 2010
PMR 2010 – Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis >> 5 – 12 Oktober 2010
SPM 2010 – Sijil Pelajaran Malaysia
Amali >> belum diumumkan
Ulangan >> 22 – 23 Jun 2010
Ujian Bertulis >> 22 November – 16 Disember 2010
STAM 2010 – Sijil Tinggi Agama Malaysia
Ujian Lisan >> 12 – 23 Julai 2010
Ujian Bertulis >> 18 – 27 Oktober 2010
STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ujian Lisan >> September 2010
Ujian Bertulis >> November – Disember 2010
Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
Di samping berusaha jangan lupa doa dari ibubapa itu yang paling afdal bukan sekadar solat hajat dan doa oleh guru-guru dan persatuan ibubapa tapi ibubapa sibuk dengan hal lain.
[ad#advertlets336]
No related posts.
99 Comments
thanks ya atas artikelnya salam kenal
jadi ingat masa sekaolah dulu. Tapi, saye x rajin belajar, apatah lagi mengikuti score A 🙁
Dulu dekat indonesia program Score ni udah A yah mbak Anaz?
Comments are closed.