Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog keempat yang terpilih adalah blog status PR2 Hans telah mengumpul 1157 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. iPad 2 menjadi impian dan harapan Hans semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Hans kenapa iPad 2 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Assalamualaikum kepada team Denaihati sekalian. Apa–apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan contest hebat ini. Alhamdulillah saya layak ke pusingan seterusnya selepas jumlah keseluruhan saya melebihi 1000 mata iaitu sebanyak 1181 mata. Walaupun pihak Denaihati memberi keizinan untuk menukar gadget pilihan jika mahu, namun saya tetap memilih iPad 2 sebagai gadget impian saya sehingga kini.
Sebab saya inginkan gadget ini juga sama seperti entri awal penyertaan saya sebelum ini di mana saya memang perlukan sebuah gadget baru bagi menggantikan laptop saya sekarang yang menunggu hari saja untuk rosak. Saya sudah menggunakan laptop jenama Acer lebih 5 tahun lamanya sejak awal pengajian saya di dalam diploma sehingga tamat pengajian saya di dalam ijazah penyiaran di UiTM.
Saya mengaku sememangnya saya tidak mempunyai wang untuk membeli gadget baru. Antara sebab-sebab lain saya mahukan iPad 2 ini ialah:
- Senang untuk dibawa kemana–mana kerana saiznya yang kecil dan tidak seberat laptop dan ia memudahkan saya untuk mengemaskini blog saya.
- Laptop usang saya kini berbunyi sangat kuat seperti mesin rumput dan untuk menghidupkannya memerlukan saya menggunakan pen untuk menekan suis di dalamnya kerana butang ON pada laptop ini sudah rosak. Memang laptop saya ini cuma boleh digunakan di rumah sahaja kerana agak sukar dan memalukan untuk membawa laptop ini keluar. Untuk menghidupkan laptop ini menggunakan pen juga mengambil masa lebih 5 minit dan saya hanya membiarkan laptop saya sekarang dalam keadaan SLEEP sahaja untuk memudahkan saya menghidupkannya.
- Sememangnya bila usia laptop melebihi 3 tahun, maka pelbagai kelengkapannya rosak dan laptop saya yang lebih 5 tahun penggunaan ini pasti juga tidak terkecuali untuk mengalami nasib yang sama. Bateri, Sound, Bluetooth dan USB sudah tidak boleh digunakan lagi manakala skrin laptop dan papan keyboard sedikit rosak.
- Saya juga akan mula bekerja selepas tamat pengajian dan mahu tidak mahu saya terpaksalah menggunakan laptop yang ada. Semoga rezeki saya ada pada contest gadget impian ini.
Jadi, itulah sahaja sebab–sebab saya mahukan gadget impian saya iaitu iPad 2 ini. Bagi saya 99% kehendak saya untuk memiliki gadget ini adalah kerana saya ingin menggunakannya untuk pekerjaan saya bermula Februari ini. Jika saya ditakdirkan terpilih sebagai pemenang, maka Alhamdulillah saya berpeluang untuk menggunakan gadget terkini ini. Secara tidak langsung juga dapat mendekati dan mempelajari teknologi baru dan terkini tanpa tertinggal di belakang.
Semoga saya adalah orang yang bertuah memenangi contest hebat yang dianjurkan oleh team Denaihati dan penaja–penaja contest ini. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
Nota :
- Hans diberi masa sehingga 11.59pm, 18/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,067 Comments
gud luck la…moga dapat ipad2 ni…gunakan utk kebaikan..hehe..teringin jgk nak pakai ipad2 ni….hehe….
Curahan rasa YuqiQiyu @ ..Motoku Terbang di kawah Bulan
teringin gak tapi rasa galaxy tab lagi nice..wakaka..hans dah wat pilihan bijak 😀
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
hahahahaha….kalau menang minta tukar lah dengan Denaihati..agak2 boleh tak? kekekeke
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
terima kasih Yuqi…even baru kenal tapi sudi membantu…thanks sangat2 tau 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
jangan lupa lawati blog http://health2080.blogspot.com/ ini .dan harapan saya semoga anda berjaya all the best ok. ipad 2 adalah satu gadjet yang amat sesuai pada masa kini.
terima kasih bro…nanti ada masa ramai – ramai pakat pi blog bro 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
blog aku nak jugak..hahah..weyh..nak jugakkk~
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : New Album Launch! PAPAZOLA : Kekasih Kebenaran
hahahaha…ialah…nih lepas Papazola launched sah femes la blog ko…hehehe..
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
semoga hans berjaya mendapat gadjet kegemaran beliau all the best kepada beliau mari sama-sama kita like
Jangan like je, ajak kawan-kawan lain like sekali, masa dah suntuk ni..:D
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
heheheh…betul tu qarr….masa sangat – sangat mencemburui aku…harap – harap masih sempat lagi 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
cemburu jelous semua ada, iri hati apatah lagi..hahah
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : New Album Launch! PAPAZOLA : Kekasih Kebenaran
hahaha…tahu tak per…rasa irihati kut tengok orang lain punya entri…ramai gila penyokong mereka..
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
terima kasih bro kerana sudi membantu dengan meninggalkan komen dan like yer 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Semoga Hans berjaya dalam contest ni.
Insya-Allah, usaha dan tawakal mesti berjaya.
Kalau menang, jangan lupa member pulak ye~
Curahan rasa innanie the lawyer @ ..Blogger Hebat Me’Rasuah’ Nak Menang Giveaway?
terima kasih innanie kerana sudi membantu…insyaallah..ada rezeki pasti berjaya..amin 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
salam..
support untuk Hans..semoga ipad2 ini
menjadi milik beliau..dan terus tegar
berblogging dengan gadget canggih itu 🙂
Curahan rasa zulkbo @ ..Penggunaan Dakwat Kekal Untuk Pilihanraya Telah Diwartakan
terima kasih bro zulkbo…hehehe…kalau menang tercapai la juga salah satu impian nak berblog guna gadget canggih nih 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
semoga berjaya dan semoga dapat i pad… gud luck, semoga murah rezeki…aminnn
Curahan rasa Ummi Myra @ ..Nenek berusia 16 Tahun
terima kasih Ummi Myra..harap kali nih rezeki murah la..amin 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
amin..semoga hans dapat ipad dan belanja aku sekali..aminn~
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : New Album Launch! PAPAZOLA : Kekasih Kebenaran
hahaha…insyaallah…kalau menang aku suruh asada bagi ko 25 cucuk satay…hehehe…ok?
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
semoga dapat apa yang di impikan. akan terus menyokong hans dari belakang.~ 🙂
terima kasih Burhanc sebab sudi meninggalkan komen….terharu nih…promote dekat kawan – kawan sama tau 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
akan berjuang bersama~~~~ yeeaaa
yups…mari berjuang bersama saya…ayuh ke medan promosi entri nih…hehehehe
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Salam…
Ustaz Love menyokong penuh pilihan Hans untuk memenangi iPad 2 ini. Semoga berjaya.. dan jangan lupa install game Angry Bird 😀
Curahan rasa Ustaz Love @ ..Forex Haram – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
terima kasih Ustaz Love kerana sudi membantu Hans…terima kasih sangat – sangat tau… 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
Angry bird tu sangat best.haha..ok la nanti da dapat Ipad.jangan install yang lite plak..wakakka
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
heheheh…best ker angry bird main dekat iPad? kalau menang leh try main..hehehe
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
main yang hd and full version..best la..kalau main lite..huh..bosannnn.
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : New Album Launch! PAPAZOLA : Kekasih Kebenaran
lite tu yang macam mana? ada beza ke? aku baru tahu nih…hahaha…kesian aku baru tau
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
sebab hans mesra alam muja sokong hans 😀
Curahan rasa muja @ ..bercuti di luar negara secara percuma!!! sapa tak nak bukan manusia,, hahaha!!!!
hehehe…mesra alam ke? hahaha..terima kasih muja kerana sudi membantu saya 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
walaupon x kenal tp dah anggap mcm kawan sendiri..hehe
Gud luck bro.. 🙂
hehehe…terima kasih jebeng otai sebab anggap saya macam kawan kamu dan sudi bantu saya…terima kasih sangat – sangat tau 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
dah kire komen ni dah kire macam dah berkenal-kenalan la gak kan.hehe 🙂
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
hahaha…lebih kurang macam tu lah…kehkehkeh….sapa lah yer agaknya Jebeng nih? 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Wahh , IPAD 2 !! Semoga berjaya yaa dalam mencapai cita-2 yang abg impikan .. ^_^
terima kasih yer dik areed amier sebab sudi membantu….semoga ada rezeki menang kali nih 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
macam kenal je areed amir ni..wakakak…budak kecik 2 ke..AHHA
Curahan rasa qarr @ ..Bosan2x Artwork : New Album Launch! PAPAZOLA : Kekasih Kebenaran
yups…budak kecil tu la..tahun nih PMR kut..hehehe…ialah…nama sama kan…harus lah ko kenal dia 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
denaihati semoga awak dpat gadget impaian awak tu okey… semoga berjaya.. ipad tu memang mudah simple ringan dan memang menarik la.. so gud luck okey
Curahan rasa amalina yaakub @ ..#13 SPONTANEOUS THURSDAY
terima kasih amalina yaakub..saya hans..denaihati tu yang anjur contest nih..hehe..apa2pun terima kasih sangat2 sudi bantu saya 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
memang best ipad2 ni.. semoga berjaya buat hans..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Premium Beautiful Corset for Health & Beauty
terima kasih cikpuanhady sebab sudi bantu saya dengan tinggalkan komen…doakan kejayaan saya.. 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
gud luck hans…semoga hans dapat gadjet impian hans tu yer ^^
Curahan rasa pjaz @ ..MAYAT BAYI DI DALAM BALDI
terima kasih pjaz…harap – harap kali nih ada lah rezeki..amin
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
Comments are closed.