Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog keempat yang terpilih adalah blog status PR2 Hans telah mengumpul 1157 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. iPad 2 menjadi impian dan harapan Hans semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati Hans kenapa iPad 2 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Assalamualaikum kepada team Denaihati sekalian. Apa–apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan contest hebat ini. Alhamdulillah saya layak ke pusingan seterusnya selepas jumlah keseluruhan saya melebihi 1000 mata iaitu sebanyak 1181 mata. Walaupun pihak Denaihati memberi keizinan untuk menukar gadget pilihan jika mahu, namun saya tetap memilih iPad 2 sebagai gadget impian saya sehingga kini.
Sebab saya inginkan gadget ini juga sama seperti entri awal penyertaan saya sebelum ini di mana saya memang perlukan sebuah gadget baru bagi menggantikan laptop saya sekarang yang menunggu hari saja untuk rosak. Saya sudah menggunakan laptop jenama Acer lebih 5 tahun lamanya sejak awal pengajian saya di dalam diploma sehingga tamat pengajian saya di dalam ijazah penyiaran di UiTM.
Saya mengaku sememangnya saya tidak mempunyai wang untuk membeli gadget baru. Antara sebab-sebab lain saya mahukan iPad 2 ini ialah:
- Senang untuk dibawa kemana–mana kerana saiznya yang kecil dan tidak seberat laptop dan ia memudahkan saya untuk mengemaskini blog saya.
- Laptop usang saya kini berbunyi sangat kuat seperti mesin rumput dan untuk menghidupkannya memerlukan saya menggunakan pen untuk menekan suis di dalamnya kerana butang ON pada laptop ini sudah rosak. Memang laptop saya ini cuma boleh digunakan di rumah sahaja kerana agak sukar dan memalukan untuk membawa laptop ini keluar. Untuk menghidupkan laptop ini menggunakan pen juga mengambil masa lebih 5 minit dan saya hanya membiarkan laptop saya sekarang dalam keadaan SLEEP sahaja untuk memudahkan saya menghidupkannya.
- Sememangnya bila usia laptop melebihi 3 tahun, maka pelbagai kelengkapannya rosak dan laptop saya yang lebih 5 tahun penggunaan ini pasti juga tidak terkecuali untuk mengalami nasib yang sama. Bateri, Sound, Bluetooth dan USB sudah tidak boleh digunakan lagi manakala skrin laptop dan papan keyboard sedikit rosak.
- Saya juga akan mula bekerja selepas tamat pengajian dan mahu tidak mahu saya terpaksalah menggunakan laptop yang ada. Semoga rezeki saya ada pada contest gadget impian ini.
Jadi, itulah sahaja sebab–sebab saya mahukan gadget impian saya iaitu iPad 2 ini. Bagi saya 99% kehendak saya untuk memiliki gadget ini adalah kerana saya ingin menggunakannya untuk pekerjaan saya bermula Februari ini. Jika saya ditakdirkan terpilih sebagai pemenang, maka Alhamdulillah saya berpeluang untuk menggunakan gadget terkini ini. Secara tidak langsung juga dapat mendekati dan mempelajari teknologi baru dan terkini tanpa tertinggal di belakang.
Semoga saya adalah orang yang bertuah memenangi contest hebat yang dianjurkan oleh team Denaihati dan penaja–penaja contest ini. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
Nota :
- Hans diberi masa sehingga 11.59pm, 18/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,067 Comments
Hans, anda sebenarnya betuah mempunyai impian. Aku harap kau dapat gapai impian kau yang ini 😀 Pas tu ingat, impian bukat setakat dalam kontes nie saje!
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Waterfox: Firefox Versi Pantas Bagi Windows 64bit
terima kasih abang komander…hehehe…harap – harap tercapai lah impian aku kali nih 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
hoih…ade komander, dasyad link ko Hans..wakakak..hebat-hebat..
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
hehehe…aku memang suka mengusik dia pun sebab dulu dia jadi komander masa dekat U..keh3
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Hans; blogger paling rajin kalau join kontest. Usahanya bersungguh sungguh dan selayaknya menang. Kemenangan adalah dengan usaha yang konsisten dan bertawakal kepada Ilahi:)
Curahan rasa Faizal Sulaiman @ ..Segijiwa # 8: Kemaafan
hehehe…mana tahu nih? terima kasih faizal sebab sudi membantu den nih….aku bab2 contest nih memang usaha lebih selalu… 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
Nabila doakan semoga Hans akan berjaya menjadikan impian itu menjadi sebuah realiti! Berusaha Itu Tangga Kejayaan.semoga Hans dapat mengecapi kejayaan itu 😀
terima kasih nabila medan atas pertolongan kamu…harap – harap saya ada rezeki kali ini untuk menang 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
wah! bersungguh sungguh ye Hans.. didoakan semoga Hans berjaya memenangi Ipad 2.. Good Luck! 🙂
Curahan rasa ZWAN SABRI @ ..Makin Tua Makin Auumm!
hehehe…memang bersungguh – sungguh zwan…nak menang nih…terima kasih sudi bantu hans yer 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
Dear hans, do not believe in failure because there are only delayed success in our life : ) Gambate! by the way, reasons kite nk iPad same! laptop usang -.-‘
Curahan rasa Aefa @ ..GTO : The Movie
terima kasih Aefa kerana sudi membantu saya…harap pertolongan kamu ini menambah peluang saya untuk menang 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
bukan je tu. moga cik Arfa bertambah rezeki. mana taw satu hari nnt die pun dapat ipad 2 ganti lappy usang die 🙂
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
tu la…harap – harap cik arfa pun dipermurahkan rezeki…boleh kita sama – sama jadi geng iPad 2 nanti…hehehe
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Hans “berusaha itu tangga kejayaan”,,saya doa awak berjaya untuk memenagi Ipad2 kalau ada rezeki awak Insyallah awak akan dapat memilikinya…
terima kasih sis sebab sudi bantu saya…hehehehe..nih usaha bukan setakat tangag dah tapi roket kejayaan dah nih..hehehehe
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
semoga hans & pasukan berjaya – all the best & bila dah menang nanti leh pinjam gadget tu sebarang dua hehe…
terima kasih team Klik1Malaysia sebab sudi meninggalkan komen membantu Hans..terima kasih yer 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
Ha. admin Klik1Malaysia pun dah komen..ajak la member dalam 2 sekali..wakkaka 😀
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
hehehe…kalau admin Klik1Malaysia promote memang seronok gila lah aku jawabnya 🙂
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Hans!! Semoga impian hans untuk memenangi Ipad2 terlaksana dan dapat menggunakannya untuk mengejar cita-cita hans selama ini ye.. Best of luck!!
terima kasih bro pian sebab sudi bantu den…semoga den menang la kali nih… 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Iklan Paling Bagus
all the best to you hans.hope that u will get what you dream for
terima kasih ira kerana sudi meninggalkan komen dan membantu Hans…harap – harap tercapailah apa yang saya impikan selama nih 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
This is not only dream. this is big dream! 🙂
Curahan rasa qarr @ ..BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?
yups…memang ini big dream…kalau tercapai alangkah indahnya hidup ku ini…hehehehe
Curahan rasa Hans @ ..The Rock Sekarang Kerja Part Time Dengan Hans
Semoga berjaya hans!semoga gadjet ini bermanfaat buat hans
terima kasih Ila kerana sudi membantu…harap – harap sangat lah dapat menang sebab gadget nih memang membantu 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
sedih lak aku tengok reason hang tu..especially yg no.2 hehehe. gud luck okis 😉
hehehehe….tahu xper…memang laptop tu menyedihkan…terima kasih tau anis sudi tinggalkan komen 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
hans hanis nak ipad2,,,saya harap dia akan berjaya memiliki gadjet tersebut yang sentiasa bersarang di lubuk hati,jiwa dan perasaannya,,,semoga berjaya bro..insyaallah……..
walawehh…memang betul – betul ikut sifu fadz nih…hehe…terima kasih bro kerana sudi membantu saya 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
semoga berjaya dalam mendapatkan gadjet pilihan anda,semoga impian menjadi kenyataan!
Curahan rasa wan @ ..اللهم أغث المسلمين في سوريا يا الله
terima kasih wan sebab sudi membantu Hans…doakan agar impian ini jadi kenyataan 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Satu matlamat satu tujuan untuk mencapai gadget impian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
hehehe…betul tu…satu matlamat satu tujuan dan satu harapan 🙂
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Kalau ada rezeki tak ke mana hadiahnya, janji kena berusaha lebih.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
yups…memang berusaha lebih…hari – hari tidur lewat sebab promote…ehehehehe
Curahan rasa Hans @ ..Pusingan Akhir Contest Gadget Impian – Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
Comments are closed.