Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai juga Rakan Blogger yang buat duit online samada menyertai affiliate, iklan, ebook, advertorial, jual produk dan sebagainya yang membezakan cuma sikit dan banyak. Ada Rakan Blogger yang berani berhenti kerja setelah income daripada blog boleh menampung keperluan hidup. Sebenarnya blog sudah menjadi kerjaya yang boleh menampung kehidupan sebagaimana ramai blogger profesional di luar negara. Jadi kepada Blogger Nusantara yang masih tercari-cari kerja tetap mengapa tidak jadikan berblogging sebagai kerjaya.
Soalnya apa yang anda akan buat dengan duit yang diperolehi daripada berblogging. Beli gadget, belanja kawan makan, melabur atau simpan?
Ramai Blogger yang menggunakan sebahagian income blog tersebut dengan melaburkan semula untuk blog contohnya beli domain dan hosting, beli iklan untuk promosi blog dan anjurkan contest. Melabur semula penting untuk meningkatkan pendapatan.
Aku nak mencadangkan sebahagian daripada income blog digunakan dengan meningkatkan template blog. Kalau sekarang guna template percuma adalah lebih baik beralih ke template premium. Kepada Rakan Blogger yang sudah buat ribu-ribu ringgit sebulan aku cadangkan cari pakar design blog seperti Eizil dan ramai lagi blog designer untuk buat template khas untuk blog anda. Template percuma atau premium ada risikonya seperti kes “Phishing attack di blog Denaihati“. Blog ini ibarat kedai kita yang perlu ada penampilan yang menarik dan paling penting mempunyai sekuriti yang tinggi baru pelanggan yakin. Memang tidak rugi keluarkan sedikit belanja untuk mengubahsuai template blog mengikut keperluan niche blog kerana ianya pasti akan meningkatkan kualiti dan prestasi blog yang boleh meningkatkan pendapatan blog.
Blog Denaihati sejak bermula pada Julai 2008 telah banyak kali bertukar template dari percuma, percuma, percuma kemudian premium. Alhamdulillah sejak Januari 2012 rezeki blog bertambah dengan kemasukan iklan daripada banyak syarikat berjenama antrabangsa. Rezeki yang bertambah selain dikongsikan dengan Rakan Blogger melalui insentif, rewards dan hadiah contest, sebahagiannya telah dilaburkan semula untuk membina template denaihati. Template blog yang digunakan sekarang dibina oleh Eizil khas hanya untuk blog Denaihati.
Banyak pembaharuan telah dibawa dalam template denaihati. Kepada yang belum mengembara di template baru Denaihati cuba klik
1. Tanda + (plus) selepas angka Rakan Setia Denaihati Network.
2. Link paling popular dan link komen terbanyak yang ada pada main page.
3. Kotak carian yang berbeza daripada kotak carian yang lain dimana setiap kali keywords dimasukan secara automatik entri berkaitan akan keluar.
Templates Denaihati masih lagi dalam pembinaan dan lebih banyak fasiliti akan ditampilkan untuk memudahkan pembaca. Sekiranya ada cadangan sila maklumkan kepada team Denaihati melalui ruang contact.
Pandangan peribadi jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk blog kerana insyallah belanja yang kita keluarkan akan mendapat pulangan yang lumayan kemudian hari. Ibarat bisnis mesti perlukan modal mengikut kemampuan barulah mendapat keuntungan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa strategi yang betul.
Kepada Rakan Blogger yang sudah mendapat pendapatan dari berblogging kongsikan bagaimana anda menggunakan duit tersebut.
390 Comments
The best entry ever
duit dari blogging bayar ptptn, beli gadget idaman :D, bagi ahli keluarga merasa hasil blogging (belanja makan, belikan barang or cash – depends pada berapa dapat), bayar broadband, beli & renew domain + hosting, beli emas untuk simpanan akan datang. hehe 😀 basically, itulah duit yang digunakan hasil dari blogging. Niat asal cuma nak bayar PTPTN je 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..REVIEW NOVEL KAU, AKU, KITA KARYA ORKID EDYLIYNE
perghh ni mantap!!
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
dari blogging boleh blanja fmly ,beli emas!!
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
bayar ptptn plak tu..haha..gerek3!!!
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
Tak habis bayar pun lagi. Ada portion yang tertentu je dari income untuk bayar ptptn. Seribu je pun tinggal baki hutang 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..AURA POSITIF VS AURA NEGATIF
rindu nostalgia lihat template lama tu
Curahan rasa smp3lembang @ ..Nata Naritha menembus Dominasi Keyword Piala Eropa di Google Insight For Search
wah berarti Bang Munir, kenal DH dah lama ya….
Curahan rasa Dadan @ ..10 Bunga Hidup Bahagia
income blog pun xde lg ni.. hehehe maka gunakan jela yg percuma ni dulu.. mana tahu esok lusa akan dtg rezeki bertambah boleh lah guna yg premiumkan…
Curahan rasa Queen Teratai @ ..Reasons Why Good Employees Quit
aha skrg pun template percuma, xpe guna la dulu..
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Euro 2012 2nd Semi Final: Germany vs Italy
xpe slow2 bro.ade duit baru beli k.hehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
saya rasaa banyak jugak yang masih saya belum ketahui …masih panjang perjalanan ini 🙂
Curahan rasa spudin @ ..Jom Masuk Jadi Senarai Sifu Blog Saya
sama dengan saya, dunia blogging itu sangat luas
Curahan rasa Dadan @ ..Ulasan Tentang Eyriqazz vs Denaihati
Teringin nak ada template yang terbaik…. takat ni cuma guna template yang ada dalam dunia maya – percuma ..huhuhuh… pastu pandai2 la nampakkan ia macam premium …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..7 Sifat Seorang Blogger Yang Berjaya
blog hang un aku tgok dah mcm premium.hehe
cuma aku ckup kurang berminat nk komen kt blog blogspot.hehehe
Curahan rasa Master Zuheir @ ..MISI HEBAT 1 : Custom Made PC Gila Kaw-Kaw Part 1
Ya, kalau blog leh jana pendapatan yang hebat, memang boleh berenti kerja …. tapi macam aku, kena buat blog sbb dah tak ada kerja ..hahahaha… adehhh ….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..10 Panduan Menjadi Blogger Malaysia
Ni lah peluang utk menulis blog yg berkualiti supaya menjadi penarik kepada pengiklan datang. Sebab tu selalu aku kongsikan walaupun jadi blogger sambilan pastikan blog sentiasa berkualiti sebab rezeki akan datang bila2 masa. Jangan kerana hanya blogger sambilan maka blog pun sambil lewa je.semua bermula dari langkah pertama yg betul. tak percaya tanya amanz.my heeee
Curahan rasa denaihati @ ..Domain Blog mahal betul ke?
mmg cemburu jugk tgk ramai yg dpt income..nk cuba jaya jgak la.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Giveaway JebengOtai Pertama
kalau nak pakai templete premium boleh kongsi duit pakai..tengok la akalu time ada promosi, boleh dapat murah lagi
Curahan rasa JK @ ..FOC Oh FOC!!
Assalam , terbaik dari DH… harap suatu hari nanti dapat guna template premium…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Keputusan Malaysia Vs Taiwan 28 Jun 2012 | Kelayakan Piala Asia (AFC) B22 2013
Assalam, memang bagus apa yang DH berikan nie…lagipun template yg digunakan masih lagi free..sebab income belum dpt …hehhee… harap ada sokongan dari rakan blogger yg lain…
Curahan rasa Ikmal @ ..Semua Lelaki Nak Yang Cantik, Yang Tak Cantik Mana Nak Letak ?
x byk sgt dpt..tp mostly dpd nuffnang la..nak apply adsense tp tak reti..
tak mampu lagi..hehe..tunggu hasil blog dah banyak,Insyallah, akan dilaburkan utuk kepentingan semua.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
yang penting tidak lupa mengeluarkan zakat..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Semifinal Euro 2012 : Jerman Vs Italia , Bukan Balas Dendam
Kalau itu sudah pasti Bang, bila ingin rezeki bertambah dan penuh barokah…
Curahan rasa Dadan @ ..10 Bunga Hidup Bahagia
yg pntg guna la duit blogging ke jalan yg berfaedah..
betul…tak salah kan..hehe
Curahan rasa dzuandiey @ ..Eyriqazz vs Denaihati : Cabaran Berani Mati
berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain tentunya
Curahan rasa Dadan @ ..Ulasan Tentang Eyriqazz vs Denaihati
Comments are closed.