Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah tahun 2012 sempat juga beberapa kali berbuka puasa bersama Rakan Blogger. Semuanya program bidan terjun tetapi alhamdulillah menjadi. Program pertama Iftar Ramadhan di Hotel Cititel asalnya program Sweetkurma bersama Rakan Media tapi Denaihati menyelit bersama berbelas Rakan Blogger yang lain juga tetamu dari Pekanbaru, Indoensia. Boleh baca coverage di beberapa blog yg join antaranya Ariffshah dan Anarm.
Program Iftar Ramadhan kedua lebih santai di Shah Alam bersama keluarga isteri dan keluarga Rakan Blogger. Walaupun tak seramai kali pertama tapi ramai juga Blogger yang pertama kali bersua muka antaranya akuzie ayu. Jejai pun datang bawa famili dan selepas program ini beliau terus menyepi menguruskan hal peribadi … doakan beliau kuat dan tabah.
Pada minggu lepas team Denaihati ada menjemput beberapa orang blogger untuk turut serta dalam Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor. Terima kasih kepada blogger yang sudi meluangkan masa datang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Majlis hari tu merupakan program anjuran Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Blogger dan pihak media berkumpul di masjid negeri Shah Alam pada pukul 3 petang, kemudian bertolak ke Rumah Warisan Kaseh dengan menaiki bas yang disediakan. Ada juga yang naik kenderaan sendiri follow dari belakang bas seperti yang disuruh untuk mengelakkan sesat dalam perjalanan ke sana. Perjalanan dari masjid negeri Shah Alam ke Warisan Kaseh, Banting makan masa lebih kurang 1 jam.
Selepas mendaftar dan diberi cenderamata yang diisi di dalam goodie bag, blogger dan pihak media berkumpul di teratak Warisan Kaseh bertemu dengan tuan rumah Hj. Masrukhin Marzoki, pemilik Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.
Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh juga dikenali sebagai Warisan Kaseh (rumah rehat dan pusat tarbiah warga emas). Menurut Hj. Masrukhin, di Rumah Warisan Kaseh tak wujud tanggapan atau andaian sesetengah pihak bahawa rumah orang tua hanya menempatkan golongan warga emas yang dipinggirkan, disingkirkan atau ‘dibuang’ oleh anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
Warisan Kaseh melakar kelainan daripada kebiasaan rumah-rumah orang tua di negara ni apabila ada dikalangan penghuninya yang datang ke situ secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.
Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, pada petang tu blogger dan pihak media mengisi masa dengan aktiviti melawat sekitar Rumah Warisan Kaseh bagi melihat sendiri keadaan tempat tinggal dan segala fasiliti kelengkapan yang disediakan untuk keselesaan penghuni di situ.
Majlis Berbuka Puasa (Iftar)
Majlis berbuka puasa beramai-ramai melibatkan blogger, pihak media, warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Makanan yang disediakan oleh pihak catering semuanya sedap-sedap. Nasi, lauk ayam, lauk daging, satay, kambing panggang dan macam-macam lagi disediakan khas untuk santapan berbuka puasa mereka yang hadir pada hari tu.
Solat Maghrib diadakan secara berjemaah di surau yang terdapat di situ. Lepas solat Maghrib sambung makan sambil menikmati alunan nyanyian nasyid dan perkongsian kata-kata nasihat daripada artis jemputan, Mu’adz Dzulkefly.
Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah penghargaan dan saguhati kepada warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. Blogger dan media juga diberi hadiah dan duit raya. Sebelum pulang diadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama blogger dan media.
Lot 3886, Kampung Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com
84 Comments
wah sangat meriah.. tapi sedihnya satu pun saya tak berkesempatan untuk join.. insyallah masa akan datang jika dipanjangkan usia akan cuba luangkan masa.. belum ada rezeki nak jumpa denaihati ni..
Curahan rasa Myvitrd @ ..CPUV a.k.a Buffered Earning Pertama Ogos 2012
wah…syioooknya..best gilak sini
Curahan rasa spudin @ ..Friendly Match : Messi Strike, Germany Sad
serius, gua dah siap nak pergi. sekali ada hal plak terpaksa tak pergi..takpelah. takde rezeki kali ni..
Curahan rasa titan @ ..Komisen Pertama dari HalalScience.com
Alhamdulillah.rezeki Ramadhan.. Semoga mendapat keberkatan dari Ilahi
Curahan rasa rozuan @ ..KEREPEK DAN BISKUT RAYA
Semoga menjadi keberkahan serta kebaikan kegiatan berbuka bersama anak yatim ini aamiin..aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk melakukan amal ibadah sebanyak mungkin karena Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi segala amal di bulan ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
.Salah satu amal ibadah yang sangat utama untuk dilakukan adalah memuliakan anak yatim.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Dan salah satunya adalah yang DH adakan berbuka puasa bersama anak yatim
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Para dermawan berlomba-lomba melakukan kebaikan yang akan dicatat oleh para malaikat dan menjadi bekal mereka di alam akhirat kelak
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Sesuai dengan kemampuan masing-masing, mereka berusaha untuk membahagiakan anak-anak yatim itu dan menumbuhkan cahaya harapan di hati anak-anak tersebut yang mengikuti iftar ramadhan bersama DH
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Semoga kegiatan-kegiatan yang mengikutsertakan serta berbagi dengan anak yatim akan lebih banyak dilaksanakan dan berbagi itu memang indah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
bilalah agaknya kita boleh join.. huhu~
Terbaru:
Acai Berry ABC Murah
Curahan rasa ahsfantasy24 @ ..Acai Berry ABC Murah | Melangsingkan Anda Dengan Mudah?
tahun depan insyaAllah.. jgn lupa jemput sy pagi.. he he..
Majlis yang baik dan perlu dijalankan secara berterusan.
Syabas.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..ZAKAT FITRAH | Kadar Zakat Bagi 2012 / 1433
Benar sekali sahabat RIS, apalagi kalau mengikutsertakan anak yatim pula di majlisnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Alhamdulillah, moga majlis macam ini dapat lagi diteruskan pada masa hadapan.. 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Wang kertas siri baharu
Semoga saja sahabat Myra…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penetapan Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Alhamdulillah dapat Jemputan Lagi rekan-rekan blogger disana
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
Beruntungnya blogger di sekitar KL. Banyak aktiviti yang berfaedah yang boleh disertai.
Curahan rasa anif @ ..Version 2.0 – Wordless Wednesday #48
wah, pasti seronok kalau dapat join iftar ni.
Curahan rasa khairil @ ..Kisah Paling Lawak Dalam Sejarah Olimpik Di Kolam Renang
memang hidup untuk memberi… tahniah buat tuan denaihati + blogger2..
Curahan rasa tokwan @ ..Jom Download Lagu Raya – Percuma
Tahniah + thumb up
Curahan rasa cik ira @ ..jom tengok filem lama posted an update: Download Free Lagu Raya
Comments are closed.